Kecewa Betul Dengan Line Celcom
Kecewa betul dengan Line Celcom | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku sendiri tak tahu nak mula daripada mana. Tapi buat mereka yang guna line celcom, mesti ada mengalami masalah dengan line. Aku tak tahu la dah berapa lama tapi pastinya memang dah lama masalah line ni berlaku. Sampai tahap aku simpan sahaja telefon sebab tak boleh nak buat apa. Nak bukak facebook tak boleh. Whatsapp pun sama. Youtube lagilah tak memberi apa apa makna kan?
Kami ingin memohon maaf atas pengalaman encik kerana tidak mendapat rangkaian terbaik. Semakan kami mendapati bahawa terdapat kesesakan rangkaian di kawasan tersebut. Buat sementara waktu ini, boleh restart device dan cuba semula. Terima kasih atas kesabaran anda.
Bukan aku tak cuba hubungi celcom, tapi rasanya dah banyak kali alasan di atas aku dapat. Benda yang sama mereka akan beritahu. Sampaikan aku dah tahu dah jawapan apa yang akan diberikan.
Yang menjadi masalah adalah, hampir setiap malam line akan mengalami masalah! Masalah yang membuatkan aku tutup terus je handphone aku. Dah berapa banyak kali aku ikut apa yang disarankan. On off handphone. On off data, tapi keadaannya tetap sama!
Pernah sekali pihak celcom reset semula line aku, tapi perkara yang sama tetap aku terima. Hari demi hari makin perlahan jadinya! Yang membuatkan aku jadi lebih kecewa adalah, bilamana aku buka dan baca segala komen di page facebook.
Rata-rata daripada pelangan memberikan komen yang sama. Semuanya mengenai line celcom yang dikatakan semakin hari semakin perlahan. Aku tak mahu tulis semua, tapi cuba korang buka page celcom dan baca pada setiap post mereka, pasti ada yang komen mengenai line celcom slow.
Ramai kawan kawan yang minta aku tukar je guna telco lain. Tapi aku rasa macam sayang betul nak tukar memandangkan aku dah lama bersama celcom. Rasanya sebelum ini, aku belum pernah mengalami masalah line macam ini. Sesekali itu adalah. Cuma sekarang ni, boleh kata setiap hari, setiap masa line slow.
Aku harap sangat celcom kembali seperti biasa! Aku bayar bil penuh setiap bulan bukan untuk dapat servis semacam ini. Tambahan pula ianya memang sangat menganggu kerja aku. Banyak kerja yang tergendala kalau line slow sangat ini. Harap isu ini akan selesai tak lama lagi. Aminn.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2020/07/kecewa-betul-dengan-line-celcom.html