Kartel Daging Jangan Anggap Selesai Kpdnhep Belum Cuci Tangan


Bernama Rosol Wahid KUALA BERANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan membuat pemantauan secara berterusan dan serbuan secara berkala terhadap syarikat atau pengedar berkaitan daging import tanpa sebarang notis pada bila-bila masa.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, kementerian belum ‘cuci tangan’ berkaitan isu tersebut dan pemantauan berterusan bertujuan memastikan semua daging yang diimport masuk ke Malaysia adalah halal.
“Kementerian juga memberi jaminan bahawa semua daging import yang ada di pasaran ketika ini adalah halal…..apa yang berlaku baru-baru ini, kita telah dapat bendung dan kenal pasti.
“Tanggungjawab kita memastikan semua daging yang nak masuk ke Malaysia wajib halal kecuali daging babi, ia dalam kategori yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan pematuhan skim harga maksimum musim perayaan Krismas yang turut dihadiri Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia di sebuah pasar raya di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebanyak 9,629 premis perniagaan di seluruh negara telah diperiksa oleh KPDNHEP bagi tempoh 22 Dis hingga 29 Dis untuk pemantauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas kali ini.
Rosol berkata, hasil pemeriksaan sepanjang tempoh itu hanya merekodkan 10 kes kesalahan sahaja dengan jumlah kompaun sebanyak RM1,100 dan jumlah sitaan RM386
“Satu kes ialah gagal mempamerkan tanda harga khas (merah jambu) manakala sembilan kes lagi kerana tiada tanda harga barangan dipamerkan. Tindakan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
“Ini menunjukkan skim pemantauan harga adalah efisyen kerana peniaga sudah mengikuti peraturan yang ditetapkan agar tidak mengambil kesempatan pada musim perayaan,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, KPDNHEP juga telah memulakan Op Catut sebanyak tiga fasa untuk memantau harga barangan dan pakaian sekolah menjelang sesi persekolahan 2021 yang akan dibuka tidak lama lagi
“Fasa pertama ialah dari 24 Dis hingga esok, fasa kedua pada 1 Jan hingga 19 Jan dan fasa ketiga dari 20 Feb hingga 7 Mac depan. Op ini bertujuan memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga pakaian dan kelengkapan sekolah yang mana antara barangan diperiksa ialah seperti beg, kasut, stokin dan tudung,” katanya.
Bagi operasi fasa pertama, sebanyak 279 premis telah diperiksa setakat ini melibatkan 1,154 barangan yang daripada jumlah itu, 271 notis pengesahan maklumat barangan dikeluarkan untuk tindakan lanjut.
Selain itu, Rosol berkata, KPDNHEP juga akan melancarkan kempen ‘Back To School’ untuk memudahkan ibu bapa membuat persediaan membeli kelengkapan persekolahan dan setakat ini permohonan dari pasar raya atau premis perniagaan masih dibuka untuk menyertai kempen tersebut. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/kartel-daging-jangan-anggap-selesai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kartel Daging Kerajaan Janji Selesai Segera Kaji Tubuh Rci

Kartel Daging Kerajaan Janji Selesai Segera Kaji Tubuh Rci

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 295 hits
KUALA LUMPUR 13 Jamadilawal 1442H Isnin Kerajaan memberi komitmen akan menangani isu pengimportan daging yang diragui secepat mungkin termasuk menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasatnya Menteri di Jabatan Perdana M...
Kpdnhep Siasat Isu Kartel Daging Di Bawah 2 Kesalahan Cap Dagangan

Kpdnhep Siasat Isu Kartel Daging Di Bawah 2 Kesalahan Cap Dagangan

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 262 hits
Kementerian sedang siasat syarikat tempatan disyaki terlibat PUTRAJAYA 8 Jamadilawal 1442H Rabu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang menyiasat syarikat tempatan yang disyaki terlibat dalam isu kartel daging har...
Jalankan Siasatan Rapi Heret Kartel Daging Ke Muka Pengadilan Anwar

Jalankan Siasatan Rapi Heret Kartel Daging Ke Muka Pengadilan Anwar

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 310 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan dan penguatkuasa mengambil tindakan segera terhadap kartel daging yang didalangi kakitangan agensi kerajaan Presiden KEADILAN itu berkata pendedahan tersebut menunjukkan gejala rasuah sedang berlel...
Kartel Daging Penguatkuasa Mendapat Sogokan Lumayan

Kartel Daging Penguatkuasa Mendapat Sogokan Lumayan

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 204 hits
BOB KELANANG Rampasan 1 500 tan daging sejuk beku bernilai RM30 juta dibungkus semula dengan kotak berlogo halal palsu di Senai Johor baru baru ini mempunyai bukti kukuh bahawa kegiatan kartel dibantu anggota penguat kuasa termasuk kakitang...
Gempar Nama Besar Dalam Jakim Dikait Dengan Kartel Daging

Gempar Nama Besar Dalam Jakim Dikait Dengan Kartel Daging

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 291 hits
BOB KELANANG Saudara Zaharin Mohd Yasin sebentar tadi telah memuat naik sekeping gambar dengan tulisan berikut yang dikaitkan dengan isu kartel daging yang panas dibongkarkan ketika ini Khabar cerita yang beredar dalam kumpulan WhatsApo nam...
Dedah Dalang Kartel Daging

Dedah Dalang Kartel Daging

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 318 hits
Baru baru ini media mendedahkan wujudnya kartel yang dilindungi pihak tertentu menjalankan aktiviti menyeludup daging haram selama lebih 40 tahun PETALING JAYA Pemuda Amanah mendesak kerajaan Muhyiddin Yassin mendedahkan dalang kartel dagin...
Ahli Politik Menteri Terlibat Dalam Kes Kartel Daging Haram

Ahli Politik Menteri Terlibat Dalam Kes Kartel Daging Haram

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 635 hits
Rasanya dah seminggu kes kartel daging di dedahkan tetapi rakyat masih belum di bagitahu jenama daging yang digunapakai oleh kartel daging tu Katenya masih dalam siasatan Tapi tak pelik kat negara nie Biasanya jika melibatkan orang awam mem...
Tubuh Pasukan Khas Jejaki Dalang Kartel Daging Import Asyraf Wajdi

Tubuh Pasukan Khas Jejaki Dalang Kartel Daging Import Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 288 hits
Astro AwaniAsyraf Wajdi berkata enam cadangan itu wajar diambil tindakan segera oleh kerajaan bagi memastikan keyakinan terhadap logo Halal Malaysia tidak terjejas ASTRO AWANI SHAHIR OMAR KUALA LUMPUR Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi...
13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Education Ministry To Announce Form Six Admission Offers Tomorrow

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius

Dari Derita Ke Kaya Raya Inilah Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations