Kebun Haram Mungkinkah Tanah Milik Melayu Akan Dirampas


Ainulillia Mustahil kegiatan bertahan puluhan tahun tanpa pihak melindungi KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang dilihat seolah-olah mengambil mudah apabila kes pencerobohan tanah kerajaan negeri oleh pekebun durian yang sepatutnya diketahui keputusannya pada 9 Disember lalu, ditangguh ke 23 Disember ini.
Pertubuhan Pembela-Pembela Islam Malaysia (PEMBELA) berkata, himpunan solidariti yang dirancang untuk mendengar keputusan pencerobohan 9 Disember lalu, berakhir dengan hiba apabila ia ditangguhkan.
“Terkilan dan sedih dengan perjuangan untuk membela nasib orang Melayu. Keputusan kes pencerobohan tanah Raub ditangguh kali kedua!
“Kononnya, pada saat akhir ada afidavit baharu dikemukakan pihak plaintif. Kes tertangguh dan keputusan baru bakal menyusul 23 Disember 2020. 
“Berapa lama lagi kes ini akan dilengahkan, kita saksikan nanti! Apa pula yang akan datang lagi?,” kata PEMBELA dalam tulisan di laman Facebook, hari ini.
Pada masa sama, PEMBELA berkata, adalah mustahil kegiatan haram ini bertahan puluhan tahun, jika tidak ada pihak yang melindungi mereka.
“Jika kes ini tidak diselesaikan, maka besar kemungkinan tanah milik orang Melayu dirampas.
“Sedangkan untuk memohon pun payah, senang-senang sahaja boleh terlepas ke tangan yang lain!,” tegasnya.
9 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuantan menetapkan tarikh 23 Disember untuk keputusan kes pekebun durian Musang King yang menceroboh tanah milik kerajaan negeri.
Penangguhan itu dibuat Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz bagi memberi laluan kepada kedua-dua pihak responden yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Noor Fadzila Ishak dan plaintif yang diwakili peguam, Siew Choon Jern dan Brendan Siva menyelesaikan pengurusan kes.
Menurutnya, mahkamah juga perlu meneliti afidavit baharu yang dikemukakan pihak plaintif pada minggu lepas untuk mengguna pakai keputusan yang sama terhadap satu lagi permohonan sama yang difailkan 94 lagi pekebun.
Ini menjadikan keseluruhan sebanyak 204 pekebun memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap enam responden iaitu Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Jabatan Perhutanan, kerajaan Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang, Royal Pahang Resources PKPP Sdn Bhd dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/kebun-haram-mungkinkah-tanah-milik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Kebun Haram Kenapa Double Standard Maruah Orang Melayu Kini Sedang Di Pijak

Kes Kebun Haram Kenapa Double Standard Maruah Orang Melayu Kini Sedang Di Pijak

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 239 hits
KUANTAN Seolah olah wujud double standard dalam kes pencerobohan tanah milik kerajaan membabitkan pekebun haram di Raub Pahang Walaupun sekitar 4 400 hektar tanah diceroboh bagi tujuan penanaman durian Musang King namun sehingga kini masih ...
Melayu Punya Tanahair Tapi Tak Punya Tanah

Melayu Punya Tanahair Tapi Tak Punya Tanah

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 529 hits
Pendedahan dibuat oleh seorang pengkaji hal tanah milik Melayu mengejutkan membimbangkan kerana Melayu ditipu hidup hidup oleh penjajah British dan juga oleh para pemimpin politik Melayu sendiri Rupa rupanya dalam diam diam penjajah British...
Antara Tanah Rizab Melayu Dan Tanah Musang King

Antara Tanah Rizab Melayu Dan Tanah Musang King

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 417 hits
Tanah rizab Melayu yang HALAL semakin hilang dan berkurang Manakala tanah HARAM musang king tidak berkurang makin bertambah dan berleluasa Apa dah jadi Hairan sungguh yang HALAL tidak dijaga yang HARAM dibiarkan bermaharajalela Inilah kuasa...
Harta Haram Wang Tidak Patuh Syariah Cara Untuk Sucikan Harta Yang Bukan Milik Kita

Harta Haram Wang Tidak Patuh Syariah Cara Untuk Sucikan Harta Yang Bukan Milik Kita

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 441 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah dan syukur kepada Allah atas rezeki yang diberikan oleh Allah Rezeki bermaksud segala sesuatu yang bermanfaat berguna untuk setiap makhluk dan dapat digunakan oleh manusia sebagai sumber kehidupan Rezeki juga b...
Kebun Haram Siapa Di Belakang Penceroboh Mahkamah Putuskan Tindakan Ceroboh Salah

Kebun Haram Siapa Di Belakang Penceroboh Mahkamah Putuskan Tindakan Ceroboh Salah

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 354 hits
BANGI Kes pencerobohan tanah di Raub Pahang akhirnya menghampiri penghujung selepas keputusan mahkamah hari ini memihak kepada Kerajaan Negeri Pahang Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di Raub untuk me...
Kebun Haram Pembela Ngo Bersuara Bukan Mahu Campur Urusan Kerajaan

Kebun Haram Pembela Ngo Bersuara Bukan Mahu Campur Urusan Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 285 hits
BANGI 7 Jamadilawal 1442H Selasa Kelantangan Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam bersama pertubuhan bukan kerajaan lain dalam isu pencerobohan tanah di Pahang bukanlah kerana mahu menganggu mana mana pihak Apatah lagi ingin campur ta
Pahang Sedia Kosongkan Kebun Haram Musang King

Pahang Sedia Kosongkan Kebun Haram Musang King

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 258 hits
Oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Foto NSTP KUANTAN Kerajaan negeri bersedia untuk meneruskan penguatkuasaan pengosongan tanah yang ditanam dengan durian Musang King secara haram di sekitar Raub dekat sini dalam temp...
Kebun Haram Menang Kalah Esok Penentunya

Kebun Haram Menang Kalah Esok Penentunya

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 451 hits
Warga Pahang dijemput hadir ke Mahkamah Tinggi Kuantan KITA harap agar warga Pahang terutamanya warga Raub yang berkelapangan esok untuk sama sama hadir ke Mahkamah Tinggi Kuantan untuk menyaksikan secara terus akan apa yang bakal terjadi d...
Apa Punca Penguasa Melayu Ambil Rasuah

Apa Punca Penguasa Melayu Ambil Rasuah

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 377 hits
Apabila Asri Janggut buat pendedahan mengenai sikap double standard dan kewujudan banyak kedai judi haram Rakyat buat kesimpulan ia terjadi krn budaya rasuah yg berleluasa Begitu juga dengan kilang2 haram yg wujud sehingga jejaskan sumber a...
Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

Lumpuh Lepas Bersalin Suami Tinggal Isteri Derita Atas Katil

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

Cream O Strawberry Is The Berry Snack You Need Rn

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang

Totiq Dan Kanvas Bdq Tadabbur Yang Mengubah Cara Saya Melihat Al Quran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Asam Pedas Ikan Merah

This Wrap Isn T Just Low Carb It S A Whole New Meal Experience

Alibaba Cloud Buka Pusat Data Ketiga Di Malaysia

Saya Tahu Kekurangan Diri Niat Hanya Nak Sebarkan Gaya Hidup Sihat Isteri Dr Say

Semua Jawatan Pas Terbuka Ditandingi Kecuali Presiden Tuan Ibrahim

The Bogong Moth S Night Sky Navigation Celestial Compass In An Insect