Kebimbangan Harga Beras


Presiden Persatuan Pemborong Beras Malaysia, Ng Chee Len menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan harga beras yang diimport akan naik tidak lama lagi

Beberapa faktor yang boleh menyebabkan kenaikan harga, termasuklah pembelian panik dan larangan eksport yang berterusan serta kemarau di Thailand dan Vietnam yang menjejaskan pengeluaran beras, lapor Nikkei Asian Review

Bercakap kepada Malaysiakini, Ng mempersoalkan sekiranya Padiberas Nasional Berhad (Bernas) selaku pengimport tunggal beras negara menyimpan beras yang mencukupi ketika tercetusnya wabak Covid-19 pada Januari lalu

BANkami : Kami lebih setuju sekiranya bernas merahsiakan jumlah pegangan beras yang dimiliki. Ini bagi mengelakkan daripada eksploitasi harga yang akan dirancang sekiranya mereka tahu jumlah sebenar simpanan beras. 
"Sebagai entiti perniagaan, Bernas perlu membeli beras tambahan apabila wabak koronavirus tercetus bermula awal tahun ini. Seorang usahawan yang berpandangan jauh harus dapat membuat persiapan awal,” katanya

“Beras adalah makanan ruji yang boleh disimpan dengan mudah selama enam bulan," katanya

Beliau berkata jika Bernas mempunyai stok beras import yang mencukupi, orang ramai tidak perlu membayar lebih untuk harga beras yang mahal

"Masalahnya ialah kita tidak tahu berapa banyak stok beras yang diimport oleh Bernas,” kata Ng, yang terlibat dalam industri pemborongan beras selama lebih setengah abad

"Bernas tidak pernah mendedahkan maklumat stok beras yang diimport, tetapi kami merasakan beras import hanya berada di bawah 100,000 tan setiap tahun

"Mereka harus telus mengenai maklumat itu," katanya

Ng berkata sudah tiba masanya kerajaan membuka import beras kepada peniaga lain untuk memastikan permintaan beras import negara dipenuhi

Selain persatuan pemborong, Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) juga mempersoalkan sama ada Malaysia mempunyai stok beras yang cukup ketika perintah kawalan pergerakan (PKP)

Presiden PPBMM Mohamad Termizi Yop berkata mereka tidak tahu di mana stok beras tersebut disimpan walaupun menteri kabinet mengatakan bekalan mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik

"Wakil kami bertemu Unit Pengawasan Industri Beras dan Padi, di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk mendapatkan penjelasan lanjut," katanya dipetik The Malaysian Insight pada Isnin

"Bagaimanapun, kami berasa kecewa kerana unit pengawasan itu tidak mempunyai maklumat mengenai stok beras," katanya sambil menambah ahli PPBMM sendiri gagal memberi beras dari Bernas kerana agensi berkenaan enggan memberikan kerjasama

Katanya ahli PPBMM hanya ingin mengedarkan stok beras kepada pemborong dan pengilang bagi memastikan bekalan yang mencukupi untuk semua lokasi

Ketika dihubungi, pegawai perhubungan awam Bernas meminta Malaysiakini mengajukan soalan tersebut kepada kementerian pertanian dan industri makanan

Malaysiakini telah cuba menghubungi kementerian berkenaan untuk mendapatkan maklum balas

Pada 27 Mac, Reuters memetik data kementerian itu dengan melaporkan bahawa Malaysia mempunyai stok beras berjumlah 500,000 tan dan hanya cukup untuk bertahan selama dua bulan setengah

"Bernas bertindak awal untuk menyelamatkan kontrak eksport beras sehingga Mei 2020 dari Vietnam walaupun harganya tinggi

"Langkah seterusnya ialah membeli beras dari negara lain termasuk Pakistan, India, Myanmar dan Thailand," katanya

Perkara itu disangkal oleh menterinya, Ronald Kiandee yang mengatakan stok beras tempatan di kilang-kilang, pemborong dan kedai runcit adalah sekitar 523,000 tan

Ini tidak termasuk stok pengeluaran beras tempatan dan beras import yang ada di negara ini

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan pengeluaran stok beras tempatan dan stok beras import

Pada 2016, negara menggunakan 2.7 juta metrik tan beras atau secara purata rakyat Malaysia makan 80kg beras, menurut satu kajian mengenai status beras dan padi yang diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah pada April 2019

Bernas mengimport 30 hingga 40 peratus beras bagi menampung permintaan domestik setiap tahun

Pada Jun 2018, kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkata ia merancang untuk menamatkan monopoli import Bernas yang akan tamat pada tahun 2021

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/04/kebimbangan-harga-beras.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Beras Siam Naik Mendadak

Harga Beras Siam Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 207 hits
PASIR MAS Langkah kerajaan memperketatkan lagi keluar masuk kawasan sempadan Malaysia Thailand dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyebabkan harga beras Siam naik secara mendadak Tinjauan Sinar Harian di Pasar Tasek Raja di sini ...
Zte Axon 11 Bukan Lagi Peranti Mercu Dijana Snapdragon 765 Kamera 64mp Harga Sekitar Rm1684

Zte Axon 11 Bukan Lagi Peranti Mercu Dijana Snapdragon 765 Kamera 64mp Harga Sekitar Rm1684

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 238 hits
ZTE Axon adalah siri peranti mercu dari ZTE yang premium Ia popular di Malaysia dengan model ZTE Axon 7 yang mana memfokuskan pembesar suara stereo menghadap ke hadapan Namun jualan jenama ini tidak kuat di Malaysia dan sehingga hari ini su...
Rugi Betol Kalau Tak Beli Harga Murah Giler

Rugi Betol Kalau Tak Beli Harga Murah Giler

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 500 hits
Lagi 2 hari je nak raya ni dah siap semua persiapan raya ke belum Mak dengan anak dah prepare awal awal dah since sebelum puasa Maklumlah nak berhimpit himpit dengan kesesakkan ribuan manusia memang tidaklah dengan adanya 4 superheroes Mak ...
Kerajaan Digesa Pantau Orang Tengah Selepas Setuju Turun Harga Topeng

Kerajaan Digesa Pantau Orang Tengah Selepas Setuju Turun Harga Topeng

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 304 hits
Bekalan peralatan perlindungan diri perubatan sukar didapati di pasaran kerana orang tengah dipercayai mengambil kesempatan PETALING JAYA Kerajaan didesak mengambil tindakan tegas ke atas orang tengah yang menaikkan harga topeng dan peralat...
Kerajaan Setuju Tetap Harga Topeng Lebih Rendah Segera

Kerajaan Setuju Tetap Harga Topeng Lebih Rendah Segera

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 226 hits
Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata stesen minyak juga dikehendaki menyediakan cecair pembasmi kuman untuk kegunaan pemandu yang mengisi minyak bagi menyekat penularan wabak Covid 19 PUTRAJAYA Kerajaan bersetuju untuk menurunkan ...
Penghantaran Percuma Dan Potongan Separuh Harga Inisiatif Vits Kurangkan Beban Rakyat Malaysia

Penghantaran Percuma Dan Potongan Separuh Harga Inisiatif Vits Kurangkan Beban Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 251 hits
PENGHANTARAN PERCUMA DAN POTONGAN SEPARUH HARGA INISIATIF VITS KURANGKAN BEBAN RAKYAT MALAYSIA Virus Wuhan atau nama lainnya SARS CoV 2 yang menyebabkan COVID 19 boleh dipindahkan dari individu ke individu yang lain menerusi close contact a...
Xiaomi Mi Smart Compact Projector Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Rm1899

Xiaomi Mi Smart Compact Projector Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Rm1899

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 336 hits
Bersama sama pengumuman Redmi Note 9s untuk pasaran Malaysia pihak Xiaomi turut mengambil peluang untuk memperkenalkan satu lagi produk dibawah ekosistem Xiaomi untuk pasaran tempatan iaitu sebuah projektor bersaiz kompak Dinamakan Mi Smart...
Pelemahan Rupiah Kerap Jadi Momen Pedagang Spekulan Naikkan Harga Barang

Pelemahan Rupiah Kerap Jadi Momen Pedagang Spekulan Naikkan Harga Barang

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 217 hits
Direktur Peneliti Core Indonesia Pieter Abdullah tak menampik pelemahan Rupiah akan membuat sejumlah harga barang impor akan naik Dia mencontohkan salah satunya barang barang elektronik Namun momen pelemahan Rupiah ini kerap dimanfaatkan pe...
Tidak Benar China Derma 10 Juta Topeng Putrajaya Jual Pada Harga Siling Kata Wee

Tidak Benar China Derma 10 Juta Topeng Putrajaya Jual Pada Harga Siling Kata Wee

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 255 hits
PETALING JAYA Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong mengkritik pemimpin politik yang memutarbelitkan fakta kononnya China menderma 10 juta topeng dan Putrajaya pula menjualnya pada harga siling melalui Pharmaniaga Wee berkata perbuatan fitnah p...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi