Kerajaan Digesa Pantau Orang Tengah Selepas Setuju Turun Harga Topeng


Minderjeet KaurBekalan peralatan perlindungan diri perubatan sukar didapati di pasaran kerana orang tengah dipercayai mengambil kesempatan. PETALING JAYA: Kerajaan didesak mengambil tindakan tegas ke atas orang tengah yang menaikkan harga topeng dan peralatan perlindungan diri ketika negara berdepan krisis penularan wabak Covid-19.

Sebilangan doktor mendakwa menerima panggilan daripada petugas barisan hadapan meminta peralatan tersebut seiring dengan laporan kekurangan bekalannya hatta dalam kalangan petugas perubatan.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata hari ini bahawa kerajaan bersetuju untuk menurunkan harga siling topeng di bawah RM2 sekeping.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Jacob George bagaimanapun berkata, topeng dijual pada RM2 sehingga RM5 sekeping, selain menambah bahawa ia sukar didapati di pasaran.

Ketua pegawai eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Dr Paul Selvaraj, bersependapat bahawa bekalan topeng sukar didapati di pasaran.

“Kebanyakan peniaga mewajibkan pelanggan memakai topeng sebelum memasuki premis mereka , namun tidak ada topeng dijual di pasaran,” katanya kepada FMT.

Sementara itu George berkata, beliau bercakap dengan pemain utama industri yang mengakui mengambil kesempatan atas situasi itu.

Ini adalah rancangan mereka,” katanya kepada FMT.

“Ia bukan rahsia.”

George yang mendakwa bahawa kerajaan menyedari mengenai perkara itu berkata, Putrajaya perlu mengambil tindakan terhadap golongan ini.

Pakar kanak-kanak Dr Zulkifli Ismail dan Dr Musa Mohd Nordin berkata, mereka menerima panggilan daripada rakan sejawatan di hospital awam di seluruh negara yang meminta peralatan perlindungan diri.

“Doktor yang berkhidmat di hospital awam ini adalah barisan hadapan yang berusaha mengekang Covid-19,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Mereka menambah, ketika kebanyakan hospital seperti Hospital Sungai Buloh mempunyai bekalan mencukupi, sesetengah hospital termasuk hospital swasta berdepan kekurangan bekalan peralatan.

“Kami menerima panggilan kecemasan mengenai kekurangan topeng N95, pelindung muka, alat bantuan pernafasan, pelindung kepala dan kasut,” katanya.

Mereka menyuarakan kekecewaan berhubung penularan video petugas kesihatan terpaksa menggunakan plastik sampah dan peralatan lain sebagai alat perlindungan, sekali gus menambah bahawa keadaan itu membawa imej buruk kepada kementerian.

Mereka berkata, di Selangor sahaja sekurang-kurangnya terdapat 3 kilang yang mengeluarkan peralatan perlindungan diri itu.

“Kenapa kita tidak dengar sebarang kenyataan daripada syarikat ini?”

Ketua pengarah eksekutif Sapura Secured Technologies, Mohd Zarif Mohd Hashim berkata, Malaysia mampu mengeluarkan peralatan perlindungan peribadi yang mencukupi untuk kegunaan domestik.
“Kita mempunyai sumber yang mencukupi,” katanya kepada FMT.

“Kita hanya perlu menyelaraskan tindakan dan rantaian bekalan.”

Dalam pada itu, George mencadangkan agar kerajaan mewujudkan pasukan khas, seperti yang diwujudkan ketika penularan SARS pada 2003.

Ketua pengarah kesihatan ketika itu, Ismail Merican mengetuai pasukan berkenaan untuk mengawal keadaan,” katanya.

“Ketika ini terlalu banyak kenyataan dan begitu ramai ahli politik yang bercakap,” katanya, sambil menambah bahawa percanggahan kenyataan menimbulkan lebih banyak kekeliruan dalam kalangan rakyat.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/kerajaan-digesa-pantau-orang-tengah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Setuju Tetap Harga Topeng Lebih Rendah Segera

Kerajaan Setuju Tetap Harga Topeng Lebih Rendah Segera

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 186 hits
Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata stesen minyak juga dikehendaki menyediakan cecair pembasmi kuman untuk kegunaan pemandu yang mengisi minyak bagi menyekat penularan wabak Covid 19 PUTRAJAYA Kerajaan bersetuju untuk menurunkan ...
Harga Siling Topeng Muka Rm2 Akan Turun Kata Mkn

Harga Siling Topeng Muka Rm2 Akan Turun Kata Mkn

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 315 hits
Harga siling topeng muka RM2 akan turun kata MKN Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 Mar 2020 1 44PM
Kerajaan Setuju Beri Topeng Percuma Kepada Semua Kata Ismail Sabri

Kerajaan Setuju Beri Topeng Percuma Kepada Semua Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 222 hits
March 26 2020 4 25 PMMenteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bersetuju memberi topeng percuma kepada lebih 8 juta isi rumah dalam usaha menyekat penularan wabak Covid 19 PETALING JAYA Kerajaan hari ini mengumumkan akan membe...
Jangan Bebankan Rakyat Ph Gesa Kerajaan Kaji Semula Kenaikan Harga Topeng Muka

Jangan Bebankan Rakyat Ph Gesa Kerajaan Kaji Semula Kenaikan Harga Topeng Muka

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 257 hits
Majlis Setiausaha Pakatan Harapan merakamkan rasa kesal serta bantahan terhadap pengumuman Kerajaan yang berniat menaikkan harga pasaran bagi penutup muka 3 lapis dari RM0 80 sekeping ke RM2 00 sekeping Majlis Setiausaha PH dalam kenyataann...
Topeng Muka Menteri Pengguna Umum Naik Harga Menteri Kanan Mahu Turun Pula

Topeng Muka Menteri Pengguna Umum Naik Harga Menteri Kanan Mahu Turun Pula

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 298 hits
Selepas tiga hari harga siling bagi topeng muka tiga lapis diumum naik kepada RM2 kerajaan mahu menurunkan paras harga barang keperluan dalam berdepan wabak Covid 19 itu pula Menteri Kanan yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabr...
Kerajaan Akan Turunkan Harga Siling Topeng Muka Bawah Rm2 Ismail Sabri

Kerajaan Akan Turunkan Harga Siling Topeng Muka Bawah Rm2 Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 268 hits
PUTRAJAYA Kerajaan akan menurunkan harga siling topeng muka pada kadar RM2 seunit kepada harga yang lebih murah daripada itu Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagaimanapun harga baharu itu akan diumumkan esok selepas mesy...
Covid 19 Henti Eksport Topeng Muka Semak Semula Harga Siling

Covid 19 Henti Eksport Topeng Muka Semak Semula Harga Siling

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 334 hits
Topeng penutup mulut dan hidung digunakan bagi mencegah jangkitan 2019 Novel Koronavirus Foto tinjauan MalaysiaGazette di sekitar Hospital Kuala Lumpur SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Kerajaan diminta menyemak semula harga siling penutup hidung d...
Rakyat Belanda Panik Beratur Beli Bekalan Ganja Selepas Kerajaan Isytihar Lockdown

Rakyat Belanda Panik Beratur Beli Bekalan Ganja Selepas Kerajaan Isytihar Lockdown

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 470 hits
Kerajaan Belanda baru baru ini telah mengumumkan perintah lockdown kepada seluruh negara selepas wabak COVID 19 menyerang lebih kurang 1 000 orang dan telah mengakibatkan 20 kematian di negara tersebut Walaubagaimanapun kelainan yang ditunj...
Abdul Hadi Akan Pantau Kerajaan Anggota Kabinet

Abdul Hadi Akan Pantau Kerajaan Anggota Kabinet

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 584 hits
Datuk Seri Abdul Hadi Awang KUALA LUMPUR Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sebagai presiden parti beliau akan memantau kerajaan dan ahli ahli Parlimen Pas yang dilantik ke jawatan menteri serta timbalan menteri Katanya ketiadaannya dalam ...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Lirik Lagu Kembali Pulang Feby Putri Ft Suara Kayu

Filem Memoir Seorang Guru

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Stpm Ulangan Tarikh Stpm Ulangan 2024

Himpunan Resepi Ayam Goreng Tepung Mudah

Why Choose Private Hire In London A Traveler S Perspective