Tidak Benar China Derma 10 Juta Topeng Putrajaya Jual Pada Harga Siling Kata Wee



PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong mengkritik pemimpin politik yang memutarbelitkan fakta kononnya China menderma 10 juta topeng dan Putrajaya pula menjualnya pada harga siling melalui Pharmaniaga.

Wee berkata, perbuatan fitnah pada saat negara berdepan waktu sukar kini tidak boleh diterima.

Ini kerana katanya, Putrajaya membeli topeng dari kilang di China disebabkan kilang tempatan tidak mampu menghasilkannya.

“Untuk rekod, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah melarang pengeksportan topeng beberapa hari selepas menyandang jawatan menteri dan keputusan itu sudah diwartakan.

“Kapasiti pengeluar topeng domestik tidak mampu menghasilkan topeng (yang mencukupi). Inilah sebab Malaysia mengimport dan negara yang mempunyai bekalan ialah China walaupun harga topeng sedunia melambung tinggi selepas penularan wabak Covid-19,” katanya di Facebook, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan Fadillah Yusof, berkata Putrajaya akan mendapatkan bekalan topeng dari China sebanyak 10 juta keping bagi menampung kekurangan bekalan topeng di Malaysia untuk menangani wabak Covid-19.

Fadillah berkata, topeng tersebut akan diutamakan kepada pihak berkepentingan yang berada di barisan hadapan dalam menangani Covid-19, kegunaan di Kementerian Kesihatan, pihak berkuasa, polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Imigresen di peringkat kebangsaan dan negeri.

Wee berkata, beliau sendiri mengesyorkan supaya duti import 20% dan cukai jualan 10% untuk topeng dimansuhkan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara bersama menteri besar dan ketua menteri pada 20 Mac lalu.

Malah katanya, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah bersetuju dengan syor yang dibawanya dan meminta Kementerian Pengangkutan mengendalikan pengimportan topeng dari China melalui penerbangan kargo.

Menurut beliau lagi, Kementerian Kewangan juga sudah mengarahkan Jabatan Kastam membuat pengumuman mengenai pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas topeng berkuat kuasa mulai esok, 23 Mac 2020.

“Mulai esok, sesiapa sahaja yang mengimport topeng ke Malaysia tidak lagi tertakluk kepada duti import dan cukai jualan. Ini bermakna komponen cukai tidak lagi wujud dalam penjualan topeng di seluruh negara.

“Realiti yang dihadapi ketika ini ialah permintaan global terhadap topeng meningkat secara mendadak, khususnya permintaan dari negara Eropah dan Amerika Syarikat yang sedia membeli dengan harga premium,” katanya.

Wee berkata, beliau berharap dengan penghapusan duti import dan cukai jualan ini akan mengurangkan beban kewangan semua pihak, khususnya rakyat.

Katanya, beliau sendiri sudah dihubungi beberapa dermawan dan badan kebajikan yang menzahirkan perasaan lega terhadap keputusan kerajaan ini.

“Malah, mereka telah menempah topeng dari China untuk diedarkan kepada golongan yang memerlukan. Inilah semangat dan sifat penyayang rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/tidak-benar-china-derma-10-juta-topeng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Siling Topeng Muka Rm2 Akan Turun Kata Mkn

Harga Siling Topeng Muka Rm2 Akan Turun Kata Mkn

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 366 hits
Harga siling topeng muka RM2 akan turun kata MKN Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 Mar 2020 1 44PM
Kerajaan Akan Turunkan Harga Siling Topeng Muka Bawah Rm2 Ismail Sabri

Kerajaan Akan Turunkan Harga Siling Topeng Muka Bawah Rm2 Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 312 hits
PUTRAJAYA Kerajaan akan menurunkan harga siling topeng muka pada kadar RM2 seunit kepada harga yang lebih murah daripada itu Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagaimanapun harga baharu itu akan diumumkan esok selepas mesy...
Covid 19 Henti Eksport Topeng Muka Semak Semula Harga Siling

Covid 19 Henti Eksport Topeng Muka Semak Semula Harga Siling

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 385 hits
Topeng penutup mulut dan hidung digunakan bagi mencegah jangkitan 2019 Novel Koronavirus Foto tinjauan MalaysiaGazette di sekitar Hospital Kuala Lumpur SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Kerajaan diminta menyemak semula harga siling penutup hidung d...
Farmasi Jual Topeng 20 Sen Dengan Harga Rm1 Kena Denda Rm20 000

Farmasi Jual Topeng 20 Sen Dengan Harga Rm1 Kena Denda Rm20 000

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 382 hits
KUALA LUMPUR 11 Mac Sebuah farmasi di Selayang dekat sini dikompaun RM20 000 kerana menjual penutup hidung dan mulut melebihi harga kawalan Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna Cawan...
Polis Kongsi Cara Kesan Scammers Lebih 300 Kes Direkodkan Tipu Jual Topeng Muka

Polis Kongsi Cara Kesan Scammers Lebih 300 Kes Direkodkan Tipu Jual Topeng Muka

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 906 hits
Memang tak dapat nak dinafikan yang sekarang semakin banyak berlakunya penipuan dalam penjualan secara online Ini dapat dilihat apabila sebanyak 336 kertas siasatan telah dibuka oleh pihak polis yang mengaitkan dengan penipuan penjualan top...
Belanda Tarik Balik 600 000 Topeng Muka Diimport Dari China

Belanda Tarik Balik 600 000 Topeng Muka Diimport Dari China

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 256 hits
AMSTERDAM 29 Mac Pihak berkuasa Belanda menarik balik 600 000 topeng muka yang diimport dari China kerana tidak memenuhi piawaian ditetapkan lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan pada Sabtu Kementerian Kesihatan menarik balik t...
Presiden Russia Selesaikan Masalah Penjualan Topeng Muka Pada Harga Tinggi Dengan Satu Langkah Drastik

Presiden Russia Selesaikan Masalah Penjualan Topeng Muka Pada Harga Tinggi Dengan Satu Langkah Drastik

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 268 hits
Pada saat seluruh dunia sedang bertarung bermati matian memerangi wabak COVID 19 ada sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam situasi ini Beberapa pihak menjual topeng muka dengan harga yang terlampau tinggi kerana permintaan y...
Kejatuhan Harga Stesen Minyak Mungkin Tutup Susulan Perintah Kawalan Kata Persatuan

Kejatuhan Harga Stesen Minyak Mungkin Tutup Susulan Perintah Kawalan Kata Persatuan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 190 hits
March 26 2020 3 12 PMBanyak pengusaha stesen minyak berdepan masalah kewangan susulan kejatuhan harga bahan api itu dan kemerosotan jualan berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan PETALING JAYA Persatuan pengusaha stesen minyak tem...
Putrajaya Tanggung Kos Makan Pelajar Ipt Kata Menteri

Putrajaya Tanggung Kos Makan Pelajar Ipt Kata Menteri

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 413 hits
Putrajaya tanggung kos makan pelajar IPT kata menteri Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada 20 Mar 2020 1 40PM
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo