Kebimbangan Covid 19 Di Parlimen


Saringan Covid-19 yang diadakan di Parlimen, Khamis lalu.

Kenyataan Akhbar KPK 1 Ogos 2021 – Kebimbangan Berikutan Pengesanan Kes COVID-19 dan Risiko Penularan Jangkitan di Parlimen Seperti makluman umum, Sidang Mesyuarat Khas Parlimen telah berlangsung pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021 bertempat di Dewan Parlimen Negara, Kuala Lumpur. Mengambilkira Sidang ini melibatkan ramai individu berkumpul (mass gathering) dari seluruh negara dan memberi risiko tinggi penularan jangkitan COVID-19 terutama di kala varian berbahaya seperti varian delta merebak di dalam komuniti dan situasi peningkatan kes COVID-19 yang semakin melarat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sememangnya bimbang sekiranya berlaku penularan jangkitan di Parlimen.
Sebelum Sidang Khas Parlimen Bermula Ujian pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atas semua individu yang akan hadir ke Parlimen. Hanya individu yang disahkan negatif COVID-19 dan tidak bergejala sahaja yang dibenarkan untuk hadir ke Parlimen. 2,093 individu telah menjalani RT PCR sebelum mereka menghadiri Parlimen. Seramai 56 kes daripada jumlah yang disaring itu didapati positif COVID-19 dan telah diarahkan untuk menjalani pengasingan. Siasatan dan pengesanan kontak rapat mendapati empat (4) kes dikesan positif COVID-19. Kesemua 60 kes positif COVID-19 ini tidak hadir ke Parlimen sejak dari hari pertama Sidang berlangsung.

Sebelum Sidang bermula, pada 26 Julai 2021 jam 8 pagi, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) yang mewakili KKM telah membuat pembentangan kepada “Mesyuarat Penyelarasan Bagi Urusan Berkaitan Mesyuarat Khas Bagi Dewan Rakyat berikutan Penularan Wabak COVID-19” di Parlimen. Mesyuarat telah dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri Menteri Kanan Luar Negeri yang mengetuai Kluster Keselamatan, YB Menteri Parlimen dan Undang-Undang, YDP Speaker dan Timbalan-Timbalan Speaker Dewan Rakyat, dan ketua atau wakil kanan parti-parti politik dari pihak Kerajaan dan Pembangkang..

Mereka telah dimaklumkan hasil saringan pra-persidangan, risiko penularan jangkitan COVID-19 serta kekhuatiran pihak KKM. KKM kemudiannya telah mengemukakan cadangan seperti berikut:
i.       Sidang Khas Parlimen ditangguhkan sehingga status liputan imunisasi sekurang-kurangnya 40 peratus terutama di Lembah Klang. Ini mengambilkira peningkatan kes positif COVID-19 seluruh Malaysia terutama di Selangor, WPKL dan Negeri Sembilan; ATAU
ii.       Sekiranya Sidang Khas Parlimen diteruskan, jumlah kehadiran secara fizikal di Parlimen dikurangkan dan tempoh persidangan dipendekkan bagi mengurangkan tempoh pendedahan. Dicadangkan supaya Sidang hendaklah dihentikan serta merta sekiranya terdapat kes positif COVID-19 dikesan bagi mencegah berlakunya risiko penularan jangkitan di kalangan individu yang hadir di Parlimen.   
Sepanjang Sidang Khas Parlimen Berlangsung Bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 sepanjang Sidang, KKM telah:
memantau status kesihatan setiap individu yang hadir di Parlimen dengan mengadakan saringan suhu dan risiko jangkitan di pintu masuk Parlimen pada setiap hari;menyediakan kemudahan ujian saringan kendiri RTK antigen (Ag) saliva di bangunan Parlimen bermula pada 26 Julai 2021. Seramai 104 orang telah disaring pada 26 hingga 28 Julai 2021. Pada 29 Julai 2021 jam 12.30 tengah hari, KKM telah dimaklumkan mengenai dua (2) kes positif COVID-19 yang telah hadir ke Parlimen. Kes pertama merupakan seorang petugas yang telah hadir ke Parlimen sejak 26 Julai 2021 dan dikesan positif melalui ujian pengesahan RT PCR di sebuah fasiliti kesihatan kerana bergejala batuk. Nilai CT value atau nilai ambang RT PCR beliau adalah 18.71. Kes kedua pula dikesan semasa saringan di Parlimen pada pagi 29 Julai 2021 jam 12:30 tengah hari menggunakan ujian kendiri RTK antigen (Ag) saliva kerana gejala batuk dan loya.
Tindakan KKM Susulan Penemuan Kes Positif COVID-19 Seperti sedia maklum kebolehjangkitan adalah tinggi dua (2) hari sebelum gejala dan berterusan sehingga hari ke tujuh (7). Dengan pengesanan dua (2) kes positif COVID-19 pada 29 Julai 2021 terutama dengan kes pertama didapati mempunyai CT value 18.71 semasa ujian RT PCR, KKM telah mengambil keputusan segera untuk menjalankan saringan ujian kendiri RTK Ag saliva ke atas 1,183 individu di dalam Parlimen dan mendapati sembilan (9) lagi kes positif COVID-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 11 kes (seorang RT PCR positif dan 10 orang RTK Ag positif) dengan lima (5) daripadanya bergejala.


Bagi pengesahan lanjut, kesemua 10 kes positif RTK Ag telah diambil swab bagi ujian pengesahan jangkitan COVID-19 menggunakan RT PCR. Lapan (8) kes disahkan positif COVID-19 di mana lima (5) kes mempunyai kadar kebolehjangkitan yang amat tinggi (CT value atau nilai ambang antara 12.67 hingga 18.19). Kesemua sampel ini telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk dibuat ujian jujukan genom (genomic study) bagi mengenalpasti jenis varian virus SARS-CoV-2.


Daripada lapan (8) kes positif COVID-19 ini, hanya dua (2) kes sahaja yang mempunyai sejarah vaksinasi COVID-19 lengkap (melepasi 14 hari dari tarikh dos ke-2). Kesemua kes ini stabil dan telah diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian untuk menjalani pengasingan di tempat kediaman masing-masing serta dipakaikan gelang tangan pengawasan. Setakat ini seramai 48 kontak rapat telah dikenalpasti, namun siasatan dan pengesanan kontak rapat masih lagi diteruskan.


Pada 30 Julai 2021, saringan pra-persidangan Dewan Negara telah dijalankan ke atas 100 individu menggunakan ujian RT PCR dan mendapati sembilan (9) kes positif COVID-19. Pemakluman kes telah dilaporkan kepada KKM pada 1 Ogos 2021. Siasatan ke atas kes dan pengesanan kontak rapat sedang dijalankan untuk diambil tindakan kawalan dan pencegahan sewajarnya.
Penilaian Risiko Walaupun jumlah kes positif COVID-19 yang dikesan semasa Sidang Parlimen ini adalah 0.8 peratus, namun hasil penilaian risiko dengan mengambilkira faktor epidemiologi dan persekitaran, didapati persidangan Parlimen merupakan satu perhimpunan yang berisiko tinggi untuk berlaku penularan jangkitan COVID-19. Kriteria penilaian risiko tersebut adalah:


Faktor epidemiologi:
1.      Terdapat enam (6) kes (1 kes pertama dan 5 kes pengesahan lanjut dengan RT PCR) dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi (CT value yang rendah) dan bergejala yang memberi risiko berlaku penularan jangkitan dan berpotensi menjadi superspreader.
2.      Seperti sedia maklum kebolehjangkitan adalah tinggi dua (2) hari sebelum gejala dan berterusan sehingga hari ke tujuh (7).
3.      Pergerakan kes di sekitar kawasan Parlimen yang berkemungkinan boleh menyebabkan pendedahan kepada individu lain.
4.      Ramai dalam kalangan yang hadir ke Sidang Mesyuarat Khas Parlimen ini dalam kategori warga emas dan kemungkinan mempunyai faktor komorbid yang meningkatkan risiko jangkitan.
5.      Tidak semua individu yang hadir di Parlimen telah mendapat vaksinasi COVID-19 yang lengkap.


Faktor persekitaran Parlimen
1.      Keadaan dewan Parlimen yang bertutup meningkatkan risiko penularan jangkitan memandangkan virus SARS-CoV-2 tersebar/menular melalui udara dan boleh kekal dalam persekitaran selama beberapa jam (rujukan New England Journal of Medicine, WHO, CDC Atlanta).
2.      Tempoh berada dalam Dewan dan sekitar Parlimen yang panjang memberi risiko pendedahan berulang.
3.      Perkongsian kemudahan asas seperti tandas, surau, kafe dan sebagainya oleh ramai individu termasuk kes.
4.      Penjarakan fizikal dalam Dewan kurang dari satu (1) meter antara satu sama lain walaupun terdapat penghadang meja.
5.      Perkumpulan kecil kerap berlaku di dalam dan di luar dewan.


Mengambilkira hasil penilaian risiko semasa dan bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19 dari berlaku di Parlimen, maka KKM telah mencadangkan agar semua sesi mesyuarat termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen serta pembentangan yang dirancang di Parlimen atau yang melibatkan individu yang berada di Parlimen pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021 ditangguhkan sementara waktu untuk tempoh dua (2) minggu bermula dari 29 Julai 2021. Penilaian risiko kejadian jangkitan COVID-19 di Parlimen akan dinilai semula dari semasa ke semasa.


Semua individu yang berada di Parlimen pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021 dinasihatkan untuk memantau status kesihatan secara kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera. Sekiranya mengalami gejala, sila jalani pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran dengan tempat tinggal masing-masing.


Kerjasama semua yang terlibat dipohon agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan demi memastikan penularan jangkitan dapat diputuskan. Kesihatan dan keselamatan semua menjadi tanggungjawab kita bersama.


Sekian, terima kasih.


TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH


KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA


1 Ogos 2021 @ 6:30PM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/kebimbangan-covid-19-di-parlimen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Noor Hisham Sebanyak 11 Kes Positif Covid 19 Telah Pun Di Kesan Di Parlimen Semalam

Noor Hisham Sebanyak 11 Kes Positif Covid 19 Telah Pun Di Kesan Di Parlimen Semalam

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 273 hits
PETALING JAYA Sebanyak 11 kes positif Covid 19 telah dikesan di Parlimen semalam Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes pertama merupakan seorang petugas yang telah hadir ke Parlimen pada 26 sehingga 28 Julai l...
3 Lagi Ahli Parlimen Negatif Covid 19 Zahid Positif Kategori 1

3 Lagi Ahli Parlimen Negatif Covid 19 Zahid Positif Kategori 1

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 260 hits
3 lagi Ahli Parlimen negatif Covid 19 Zahid positif kategori 1 Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon dan Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz masing masing negatif Co...
Sektor Industri Sah Penyumbang Terbesar Kluster Covid 19 Azmin Kelirukan Parlimen

Sektor Industri Sah Penyumbang Terbesar Kluster Covid 19 Azmin Kelirukan Parlimen

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 195 hits
Kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor semalam yang mendakwa sektor perkilangan sebagai penyumbang terbesar kluster Covid 19 di Selangor cukup untuk menolak penjelasan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Parlimen minggu la...
Pegawai Parlimen Dr Mahathir Positif Covid 19

Pegawai Parlimen Dr Mahathir Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 314 hits
Bagaimanapun menurut pejabat Mahathir pegawai tersebut tidak bertemu dengan bekas perdana menteri itu Kakitangan Parlimen dan ahli ahli Parlimen serta pengamal media diarah untuk melakukan ujian kendiri susulan terdapat kes positif Covid 19...
Najib Persoal Parlimen Di Tangguh Selepas Kes Covid 19 Di Kesan Sedangkan Ppv Terus Buka

Najib Persoal Parlimen Di Tangguh Selepas Kes Covid 19 Di Kesan Sedangkan Ppv Terus Buka

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak mempersoalkan penangguhan sidang Parlimen sehingga tarikh yang belum diumumkan kerana Covid 19 apabila cetusan jangkitan di sebuah pusat pemberian vaksin di Shah Alam mengakibatka...
Masa Untuk Umno Pergi Parlimen Ditutup Dan Dikepung Bukan Kerana Covid 19

Masa Untuk Umno Pergi Parlimen Ditutup Dan Dikepung Bukan Kerana Covid 19

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 197 hits
Oleh ARIF ATAN August 3 2021Mengakui terperanjat menyaksikan pihak polis menyekat kesemua jalan menuju ke bangunan Parlimen semalam veteran Umno Tan Sri Shahrir Abdul Samad menggesa parti itu meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional Bekas A...
Ahli Parlimen Pegawai Hadiri Mesyuarat Pac Disahkan Positif Covid 19

Ahli Parlimen Pegawai Hadiri Mesyuarat Pac Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 241 hits
MALAYSIA NOW Ahli Parlimen tersebut menghadiri prosiding PAC antara 26 dan 28 Julai lalu Kakitangan Parlimen dan ahli ahli Parlimen serta pengamal media diarah untuk melakukan ujian kendiri susulan terdapat kes positif Covid 19 melibatkan k...
85 Kes Positif Covid 19 Di Parlimen Kp Kesihatan

85 Kes Positif Covid 19 Di Parlimen Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 235 hits
AGENDA DAILYKementerian Kesihatan mengesan 85 kes yang ada kaitan dengan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang diadakan pada 26 Julai hingga 29 Julai 2021 lalu 11 jam lalu Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 85 kes positif Covid 19 yang a...
Tangguh Sidang Parlimen Covid 19 Serang Tiba Tiba Atau Nak Tutup Penipuan Kerajaan Soal Najib

Tangguh Sidang Parlimen Covid 19 Serang Tiba Tiba Atau Nak Tutup Penipuan Kerajaan Soal Najib

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 308 hits
Najib Razak berkata alasan Parlimen tidak boleh bersidang kerana alasan Covid perlu dilihat dari sudut lebih luas manakala Ahmad Maslan sudah menjangka ia akan berlaku PETALING JAYA Persidangan Dewan Rakyat Isnin yang ditangguh kerana seran...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Pulau Poporang A Hidden Gem Of World War Ii History In Indonesia

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Posting Di Ig Raih Perhatian Assistant Cik Epal Dibelasah Jofliam Aku Jumpa Kau Pecah Muka Kau

Kepulangan