Masa Untuk Umno Pergi Parlimen Ditutup Dan Dikepung Bukan Kerana Covid 19


 

Oleh ARIF ATAN / August 3, 2021


Mengakui terperanjat menyaksikan pihak polis menyekat kesemua jalan menuju ke bangunan Parlimen semalam, veteran Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menggesa parti itu meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu menegaskan Umno mesti berbuat demikian memandangkan PN yang diterajui Mahiaddin Md Yasin melakukan kesilapan demi kesilapan.
Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong sudah bertitah supaya kedua-dua majlis Parlimen memenuhi peranan masing-masing mengikut Perlembagaan.
Shahrir juga mempersoalkan sama ada tindakan kerajaan PN menghalang Ahli Parlimen pembangkang itu merupakan arahan Kabinet.
“Parlimen ditutup dan dikepung bukan kerana Covid-19 tetapi atas arahan KKM (Kementerian Kesihatan) dan PDRM.
“Semuanya atas arahan Jemaah Menteri? Jemaah Menteri yang sama yang meremehkan peranan berperlembagaan YdPA.
“Tapi setelah mengepung Bangunan Parlimen, boleh pula dibenarkan ahli-ahli PAC Parlimen masuk ke kawasan bangunan Parlimen.
“Dari satu kesilapan kepada satu lagi kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan PN ini. Yang pertama belum selesai, ditambahkan masalah perbuatan sendiri,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau yang juga abang kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad berkata, sudah tiba masanya untuk Umno meninggalkan PN.
“Cukuplah untuk Umno bersama PN.
“Jawatan-jawatan DPM dan menteri-menteri tidak dapat menghalang kerajaan PN untuk merosakkan sistem kenegaraan kita.
“Keluar saja,” ulangi Shahrir lagi menerusi catatannya di Facebook hari ini.
Semalam, lebih 500 anggota polis dikerah untuk bertugas selepas beberapa jalan di ibu negara ditutup selain membuat sekatan dan lencongan jalan susulan himpunan Ahli Parlimen pembangkang.
Seramai 107 Ahli Parlimen Pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka sebagai bantahan terhadap penangguhan sidang Parlimen serta larangan memasuki bangunan itu.
Antara yang hadir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Kota Raja, Mohammad Sabu; Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Susulan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya akan memanggil kesemua Ahli Parlimen terbabit dalam masa terdekat.
Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mencadangkan semua sesi mesyuarat di Parlimen, termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen, ditangguhkan selama dua minggu bermula 29 Julai lalu bagi mencegah perebakan jangkitan Covid-19.
Menurutnya, hasil penilaian risiko yang dilakukan selepas mengambil kira faktor epidemiologi serta persekitaran, mendapati sidang Parlimen adalah perhimpunan berisiko tinggi untuk penularan wabak itu.
Mengulas alasan risiko perebakan Covid-19 itu, Shahrir berkata, hanya terdapat empat kes jangkitan pandemik tersebut mengikut semakan di aplikasi MySejahtera sepanjang tempoh 14 hari dalam jarak 1 kilometer dari bangunan Parlimen.
“Sudahlah Parlimen ditangguh mesyuaratnya untuk hari semalam. Patutnya, mesyuarat khas bagi hari kelima supaya boleh dilaksanakan tugas Dewan Rakyat untuk mengungkaikan Proklamasi Darurat dan membatalkan ordinan-ordinan darurat,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/masa-untuk-umno-pergi-parlimen-ditutup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Umno Diberi Tempoh 48 Jam Tarik Diri Atau Dipecat

Ahli Parlimen Umno Diberi Tempoh 48 Jam Tarik Diri Atau Dipecat

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 493 hits
Oleh KHABARNYA kepemimpinan tertinggi UMNO mula memberi tekanan kepada ahli ahli Parlimen parti itu yang berada dalam Kerajaan Perikatan Nasional Mereka dikatakan diberikan tempoh 48 jam sama ada menarik sokongan kepada Kerajaan PN dan perl...
Tinggal Kami 8 Beradik Dalam 3 Hari Yatim Piatu Setelah Ibu Ayah Pergi Akibat Covid

Tinggal Kami 8 Beradik Dalam 3 Hari Yatim Piatu Setelah Ibu Ayah Pergi Akibat Covid

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 299 hits
Sejak kebelakangan ini peningkatan kes kematian akibat wabak Covid 19 dilihat semakin menjadi jadi Keadaan ini dianggap sebagai ancaman dalam diam dan tak dapat nak pastikan siapa yang akan kena Apa yang menyentuh hati jika kematian ini mel...
3 Lagi Ahli Parlimen Negatif Covid 19 Zahid Positif Kategori 1

3 Lagi Ahli Parlimen Negatif Covid 19 Zahid Positif Kategori 1

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 301 hits
3 lagi Ahli Parlimen negatif Covid 19 Zahid positif kategori 1 Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon dan Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz masing masing negatif Co...
Kebimbangan Covid 19 Di Parlimen

Kebimbangan Covid 19 Di Parlimen

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 211 hits
Saringan Covid 19 yang diadakan di Parlimen Khamis lalu Kenyataan Akhbar KPK 1 Ogos 2021 Kebimbangan Berikutan Pengesanan Kes COVID 19 dan Risiko Penularan Jangkitan di Parlimen Seperti makluman umum Sidang Mesyuarat Khas Parlimen telah ber...
Najib Persoal Parlimen Di Tangguh Selepas Kes Covid 19 Di Kesan Sedangkan Ppv Terus Buka

Najib Persoal Parlimen Di Tangguh Selepas Kes Covid 19 Di Kesan Sedangkan Ppv Terus Buka

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 351 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak mempersoalkan penangguhan sidang Parlimen sehingga tarikh yang belum diumumkan kerana Covid 19 apabila cetusan jangkitan di sebuah pusat pemberian vaksin di Shah Alam mengakibatka...
Parlimen Tidak Boleh Bersidang Umno Pula Dipaksa Buat Pemilihan

Parlimen Tidak Boleh Bersidang Umno Pula Dipaksa Buat Pemilihan

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 268 hits
MUHYIDDIN lupa yang rakyat tidak bodoh Mereka boleh lihat bagaimana Muhyiddin seolah olah menyalahgunakan kuasa dengan mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengenakan tekanan terhadap UMNO dalam isu pemilihan parti tersebut Umno membidas...
Covid 19 Hanya Alasan Untuk Tunda Sidang Parlimen

Covid 19 Hanya Alasan Untuk Tunda Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 347 hits
Dr Lee Boon Chye menyifatkan penularan kes pandemik Covid 19 hanya dijadikan sebagai alasan untuk menangguhkan sidang Parlimen Ahli Parlimen Gopeng itu berkata perkara itu tidak munasabah kerana Covid 19 juga digunakan sebagai alasan untuk ...
Umno Tegaskan Kerajaan Pn Tiada Majoriti Cabar Buktikan Di Parlimen

Umno Tegaskan Kerajaan Pn Tiada Majoriti Cabar Buktikan Di Parlimen

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 223 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi KUALA LUMPUR Kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kerajaan Perikatan Nasional masih mempunyai majoriti adalah tidak benar Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berk...
Adakah Sidang Khas Parlimen Isnin Ini Digagalkan Covid 19

Adakah Sidang Khas Parlimen Isnin Ini Digagalkan Covid 19

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 234 hits
Kow Gah Chie Shakira BuangDewan Rakyat sepatutnya dijadualkan meneruskan sidangnya pada Isnin ini namun ekoran perkembangan yang berlaku sejak empat hari lalu kedudukannya kini dilihat menjadi tidak menentu Satu sumber yang dekat dengan Put...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Budak Kilat

Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Selamat Datang Victor Einar Gy Keres Ke Arsenal Fc

Sambal Tempoyak Masak Atau Kokek Tempoyak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Afiq Adnan Hancur Chord

Blacktop Brawler A Custom Indian Chieftain For A Ufc Fighter

Sara Untuk Semua Bantuan Rm100 One Off Menerusi Mykad