Keberkatan Tadarus Surah Al Kahfi Setiap Jumaat


Hari Jumaat bukan sekadar hari cuti bagi sesetengah orang, ia sebenarnya hari yang penuh keberkatan dan keistimewaan dalam Islam. Dan salah satu amalan yang sangat digalakkan pada hari ini ialah membaca Surah Al-Kahfi. Bukan sekadar 10 ayat awal atau akhir, tapi keseluruhan 110 ayat

Alhamdulillah, saya berpeluang menyertai tadarus Surah Al-Kahfi yang dianjurkan oleh Unit Tarbiyah dan Tazkirah SRR (Suri Rumah Rahmah). Program ini merupakan kesinambungan dari semangat Ramadan – apabila ramai suri rumah melazimi tadarus setiap hari, dan kini diteruskan pada setiap hari Jumaat jam 9.30 pagi secara konsisten bermula minggu lepas




Kami baca beramai-ramai seluruh ayat surah alKahfi, bukan sahaja dapat melatih diri agar lancar membaca al-Quran, tetapi juga kerana yakin dengan sabda Nabi SAW:
“Tidak berkumpul suatu kaum di rumah dari rumah-rumah Allah membaca Kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat akan meliputi mereka, malaikat akan mengelilingi mereka, dan Allah akan menyebut-nyebut mereka di hadapan makhluk yang ada di sisi-Nya.”(Hadis Riwayat Muslim)
Kenapa Pilih Surah Al-Kahfi?
Surah ini bukan surah yang pendek. Tapi bila dibaca bersama-sama, terasa ringan dan manis. Dan ternyata, kelebihan yang Allah sediakan bagi sesiapa yang membaca surah ini amat besar

Antara kelebihannya:
1. Perlindungan dari fitnah Dajjal
“Sesiapa yang menghafal sepuluh ayat dari awal Surah Al-Kahfi, dia akan dilindungi daripada Dajjal.”(Hadis Riwayat Muslim)
Dalam riwayat lain:
“Sesiapa membaca sepuluh ayat terakhir dari Surah Al-Kahfi, dia akan dilindungi daripada Dajjal.”(Hadis Riwayat Muslim & al-Nasa’i)
2. Mendapat cahaya antara dua Jumaat
“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan terpancar cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”(Riwayat al-Hakim, al-Baihaqi & al-Darimi – disahihkan oleh al-Albani)
Mesti baca keseluruhan surah Kahfi ke

Walaupun hadis menyebut tentang 10 ayat awal atau akhir, pihak Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa membaca keseluruhan surah sangat digalakkan. Ini kerana lafaz hadis menyebut secara umum “Surah al-Kahfi”, dan ini membawa maksud keseluruhan surah

“Pembacaan keseluruhan surah lebih sempurna dan lebih utama untuk mendapatkan ganjaran yang lebih besar…”(Rujuk: www.muftiwp.gov.my)
Tadarus Kahfi – Usaha Kecil, Ganjaran Besar
Program ini dihadiri secara berkala oleh ahli-ahli SRR setiap minggu. Alhamdulillah, minggu pertama seramai 15 orang dapat sertai mengaji surah alKahfi. Walaupun sibuk sebagai suri rumah, ibu, dan isteri – kami ambil masa untuk berhenti sekejap dari rutin harian, dan beri masa untuk al-Quran

Tiada siapa yang terlalu sibuk untuk al-Quran. Bila kita buat kerana Allah, pasti Allah permudahkan

Penutup: Mula Hari Ini
Jika belum mampu hafal 10 ayat, mulakan dengan membaca. Jika belum boleh baca seorang, cari kawan atau kumpulan. Jika belum konsisten, mulakan dengan niat – kemudian langkahkan kaki

Kerana satu amalan kecil yang dilakukan berterusan lebih dicintai Allah daripada satu amalan besar yang ditinggalkan

“Bacalah Surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat…”– kerana ia adalah cahaya, ia adalah perisai, dan ia adalah penyambung jiwa kita dengan Kalamullah
Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2025/04/blog-post.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Jumaat Dan Makan Di Tokyo Camii A K A Tokyo Mosque Shibuya

Solat Jumaat Dan Makan Di Tokyo Camii A K A Tokyo Mosque Shibuya

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 173 hits
CATATAN TRIP KE JEPUN HARI KETIGA JUMAAT 6 DISEMBER 2024Sambungan entri terdahulu Semasa membuat itinerari trip ke Jepun saya susun supaya pada hari Jumaat kami dapat menunaikan solat Jumaat di Tokyo Camii Selain tujuan ibadah solat ia memb...
Pdrm Cari Pengguna Fb Yang Cadang Bom Masjid Waktu Solat Jumaat

Pdrm Cari Pengguna Fb Yang Cadang Bom Masjid Waktu Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 223 hits
Pihak Polis Diraja Malaysia kini sedang memburu pemilik akaun Facebook Lyan Liu setelah pengguna itu membuat komen menghina tentang komuniti Melayu dan menyeru agar masjid dibom semasa solat Jumaat Menurut laporan Sinar Harian seorang penia...
Kembalikan Rutin Setiap Pagi

Kembalikan Rutin Setiap Pagi

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 245 hits
Assalamualaikum Selamat pagi eh eh dah nak tengah hari dah eh Ralit buat kerja sampai tak perasan dah nak tengah hari baru sempat menaip untuk entry pertama hari ini Sejak 1 syawal minum air manis je kurang betul minum air kosong bahaya ni ...
Bukan Senang Nak Berpakat Netizen Puji Usaha Penduduk Ppr Sungai Bonus Hias Setiap Tingkat

Bukan Senang Nak Berpakat Netizen Puji Usaha Penduduk Ppr Sungai Bonus Hias Setiap Tingkat

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 239 hits
Bagi penduduk yang tinggal di kediaman bertingkat seperti flat kondominium atau apartment menjaga kebersihan kawasan perumahan adalah satu tanggungjawab bersama Apabila wujud semangat kerjasama dan keharmonian antara jiran tetangga ia bukan...
Setiap Perkahwinan Berbeza Liyana Jasmay Tak Suka Banding Banding Bahagia Dengan Cara Sendiri

Setiap Perkahwinan Berbeza Liyana Jasmay Tak Suka Banding Banding Bahagia Dengan Cara Sendiri

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 332 hits
Liyana Jasmay baru baru ni kongsi satu pandangan yang memang deep tapi sangat relatable Jangan bandingkan perkahwinan kita dengan orang lain Dalam video yang dimuat naik oleh keluarga my di TikTok Liyana dengan jujurnya menyatakan bahawa se...
Kerajaan Pahang Peruntuk Rm1 66 Juta Untuk Bakal Jemaah Haji Jemaah Terima Wang Saku Rm750 Setiap Seorang

Kerajaan Pahang Peruntuk Rm1 66 Juta Untuk Bakal Jemaah Haji Jemaah Terima Wang Saku Rm750 Setiap Seorang

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 195 hits
PEKAN Seramai 1 725 bakal jemaah haji di Pahang pada tahun ini menerima sumbangan wang saku berjumlah RM750 setiap seorang Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata inisiatif itu bermula pada 2023 yang sebelum ini menyaks...
Microsoft Bakal Perkenal Ciri Baru Yang Kontroversi Tangkapan Skrin Aktiviti Setiap Beberapa Saat

Microsoft Bakal Perkenal Ciri Baru Yang Kontroversi Tangkapan Skrin Aktiviti Setiap Beberapa Saat

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 261 hits
Microsoft kini mula memperkenalkan satu ciri baharu yang kontroversi dan mungkin menimbulkan persoalan tentang privasi dalam kalangan pengguna Windows Dikenali sebagai Recall yang tersedia pada PC Copilot ciri ini menggunakan kecerdasan bua...
Hafaz 30 Juzuk Dalam Tempoh 4 Bulan Ahmad Ziyyad Mula Hafal 42 Surah Sejak Usia 2 Tahun

Hafaz 30 Juzuk Dalam Tempoh 4 Bulan Ahmad Ziyyad Mula Hafal 42 Surah Sejak Usia 2 Tahun

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 242 hits
Hafaz 30 juzuk dalam tempoh 4 bulan Ahmad Ziyyad mula hafal 42 surah sejak usia 2 tahun Seorang kanak kanak berusia 10 tahun Ahmad Ziyyad Mohd Zahir mengukir pencapaian luar biasa dengan berjaya menghafaz 30 juzuk al Quran dalam hanya empat...
Sheraton Kota Kinabalu Sabah S Newest Luxury Landmark Opens

Anak Dara Ke Janda Baik

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Hukum Menipu Untuk Menutup Aib Sendiri


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Realiti Suami Curang Yang Ramai Tak Berani Buka

Balik Kampung Cuti Sekolah

Hadits Arbain Nawawi Ke 18 Taqwa Dan Akhlak Mulia

Kenali Silkscreen Printing Untuk Botol Rahsia Cetakan Tahan Lama Elegan

Kicap Mee Sedap Dan Mudah

Penghargaan Cemerlang Skuad Futsal Harimau Malaya Terima Hadiah Tempat Ketiga