Hafaz 30 Juzuk Dalam Tempoh 4 Bulan Ahmad Ziyyad Mula Hafal 42 Surah Sejak Usia 2 Tahun


Hafaz 30 juzuk dalam tempoh 4 bulan, Ahmad Ziyyad mula hafal 42 surah sejak usia 2 tahun. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Ahmad Ziyyad Mohd Zahir, mengukir pencapaian luar biasa dengan berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam hanya empat bulan 10 hari.
Hafaz 30 Juzuk Dalam Tempoh 4 Bulan, Ahmad Ziyyad Mula Hafal 42 Surah Sejak Usia 2 Tahun Dalam suasana tenang di sebuah kediaman di Bukit Payung, Marang, Terengganu, lantunan ayat-ayat suci al-Quran kedengaran jelas tanpa gangguan televisyen atau gajet.
Ahmad Ziyyad, yang memiliki memori luar biasa serta minat mendalam terhadap al-Quran, menamatkan hafazannya pada 23 Mac lalu melalui program hafazan pantas (fast track) yang ditawarkan oleh Akademi Al-Quran Amalillah, sebuah pusat tahfiz di Terengganu yang menyediakan program intensif khas bagi pelajar berpotensi tinggi.

Ibunya, Nurul Shahida Lukman, 35, berkongsi bahawa anak sulungnya itu telah menunjukkan kecenderungan terhadap al-Quran sejak bayi lagi. Pada usia dua tahun lapan bulan, Ahmad Ziyyad sudah mampu menghafal sebanyak 42 surah, termasuk surah panjang seperti al-Baqarah dan al-A’raf, hanya dengan mendengar bacaan.
Menurut beliau, sejak kecil lagi Ahmad Ziyyad menunjukkan reaksi sensitif terhadap bacaan al-Quran. “Saya selalu mendodoikannya dengan al-Quran. Jika saya berhenti membaca pada ayat tertentu, dia akan menangis dan hanya tenang bila saya mula semula dari awal surah,” katanya kepada Bernama.
Disebabkan minat yang luar biasa itu, Nurul Shahida dan suaminya, Mohd Zahir Mohammad Noor Sabri, 38, mengambil keputusan untuk berpindah dari Kota Bharu ke Marang bagi membolehkan anak mereka menghadiri kelas hafazan di akademi tersebut setiap hari. Sebelum ini, Ahmad Ziyyad bersekolah di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Fateh di Kota Bharu, tetapi masa yang terhad menyukarkan hafazan al-Quran dijalankan secara konsisten.
Keluarga ini kemudiannya menemukan Akademi Al-Quran Amalillah pada tahun 2024. Walaupun akademi itu hanya menerima pelajar berumur antara 10 hingga 15 tahun, Ahmad Ziyyad diterima masuk ketika baru berusia sembilan tahun berkat keupayaannya menghafal beberapa potong ayat dalam masa 10 minit – satu pencapaian luar biasa yang tidak dimiliki kebanyakan pelajar lain.
Nurul Shahida juga menjelaskan bahawa anaknya mempunyai keistimewaan iaitu hyperlexia dan hypernumeric, yang membolehkannya mengenal huruf dan nombor pada usia lebih awal dari biasa – ciri yang sering dikaitkan dengan spektrum autisme. “Dia tahu surah, ayat dan muka surat setiap kali membaca al-Quran. Dia suka mendalami nama-nama Allah dan mampu menjawab jika ditanya. Mungkin kerana semuanya berkait dengan nombor, yang memang menjadi minatnya,” jelas beliau.

Walaupun kadang-kala emosinya tidak stabil dan mudah menangis, Ahmad Ziyyad tetap menunjukkan semangat yang tinggi dalam meneruskan hafazan selepas episod sebegitu. Kini setelah bergelar hafiz, beliau kembali ke SRITI Al-Fateh untuk menyambung persekolahan hingga ke darjah enam sebelum memasuki fasa syahadah – peringkat pengesahan hafazan di hadapan panel.
Apa yang lebih menggembirakan ibunya ialah perubahan positif dalam sikap dan peribadi Ahmad Ziyyad. “Dia kini solat di awal waktu tanpa disuruh, rajin melakukan amalan sunat seperti tahajud, dan semakin matang. Perangai autistiknya juga lebih terkawal dan dia jadi teladan baik buat adik-adiknya,” ujar Nurul Shahida.
Guru hafazannya, Nurfatihar Riduan, turut mengakui kehebatan Ahmad Ziyyad yang mampu menghafal satu muka surat al-Quran dalam masa 15 hingga 30 minit, bergantung pada kesukaran ayat. Beliau menyatakan, “Ada hari dia boleh tasmi’ satu juzuk sehari, dan ulangkaji pula sampai dua hingga empat juzuk. Fokus dan disiplin Ahmad Ziyyad sangat tinggi.”
Guru itu turut memuji komitmen ibu bapa Ahmad Ziyyad yang sanggup berpindah negeri demi menyokong impian anak mereka menjadi hafiz, satu pengorbanan yang akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.
Sumber: Bernama
Baca artikel lain juga: Kanak-Kanak Perempuan Gagal Tahan Sebak, Berjaya Hafaz Al-Quran Dalam Tempoh 9 Bulan 6 Hari. Hebat!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Hafaz 30 Juzuk Dalam Tempoh 4 Bulan, Ahmad Ziyyad Mula Hafal 42 Surah Sejak Usia 2 Tahun appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hafaz-30-juzuk-dalam-tempoh-4-bulan-ahmad-ziyyad-mula-hafal-42-surah-sejak-usia-2-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belasungkawa Tun Abdullah Ahmad Badawi Perginya Permata Negara Di Usia 85 Tahun

Belasungkawa Tun Abdullah Ahmad Badawi Perginya Permata Negara Di Usia 85 Tahun

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 179 hits
Tun Abdullah Ahmad Badawi juga dikenali sebagai Pak Lah Perdana Menteri Malaysia ke 5 juga merupakan bekas Presiden UMNO ke 6 telah menghembuskan nafas terakhirnya di IJN pada 14 April 2025 Berita Kematian Pak LahMemang terkejut pada awalny...
Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 171 hits
Sophia Albarakbah aktres jelita yang sering menjadi perhatian ramai akhirnya membuka cerita mengenai hubungan istimewanya bersama seorang jejaka yang sudah dikenalinya sejak lebih sedekad lalu Meskipun belum melangkah ke fasa yang lebih ser...
18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 187 hits
Seorang remaja berusia 18 tahun Zhou Deli mendakwa dia ditolak oleh dua bank berbeza ketika memohon untuk membuka akaun peribadi bagi PTPTN kerana namanya berada dalam senarai hitam Menurut Kwong Wah penyiasatan mendapati bahawa Zhou Deli s...
Mengandung Di Usia 40 Tahun Ada Risikonya Ibu Perlu Bersedia

Mengandung Di Usia 40 Tahun Ada Risikonya Ibu Perlu Bersedia

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 113 hits
Risiko mengandung pada usia 40 tahun adalah aspek penting yang tidak boleh diabaikan oleh mereka yang memilih untuk hamil pada usia ini Namun hamil pada usia ini tidak menjadi kesalahan tetapi perlu diberikan perhatian wajar terutama dalam ...
China Latih Kanak Kanak Tentang Ai Seawal Usia 6 Tahun Mahu Lahirkan Lebih Ramai Pakar Di Masa Akan Datang

China Latih Kanak Kanak Tentang Ai Seawal Usia 6 Tahun Mahu Lahirkan Lebih Ramai Pakar Di Masa Akan Datang

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 106 hits
Bagi melahirkan lebih ramai pemimpin teknologi China melancarkan satu inisiatif untuk melatih kanak kanak tentang artificial intelligence seawal usia enam tahun Menurut The Economic Times inisiatif tersebut dimulakan di sekolah rendah dan m...
Paus Fransiskus Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun Pada Senin Paskah

Paus Fransiskus Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun Pada Senin Paskah

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 46 hits
Pihak Vatikan mengumumkan wafatnya Paus Fransiskus ke 266 pada Senin dengan merilis pemberitahuan duka yang mendalam Baca selengkapnya di sini
Usia 20 Tahun Youtube Tampil Dengan Ui Lebih Moden Dan Menarik

Usia 20 Tahun Youtube Tampil Dengan Ui Lebih Moden Dan Menarik

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 73 hits
Sempena ulang tahun ke 20 YouTube memperkenalkan kemas kini antara muka dan beberapa ciri baharu yang bakal meningkatkan pengalaman pengguna Antara kemas kini utama yang bakal dinikmati pengguna adalah reka bentuk UI baharu untuk tontonan T...
Musang King Dakwa Semua Penceroboh Di Mahkamah Dan Mereka Yang Melindungi Sejak 40 Tahun Lalu

Musang King Dakwa Semua Penceroboh Di Mahkamah Dan Mereka Yang Melindungi Sejak 40 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 184 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang perlu membawa mereka yang terlibat dengan pencerobohan tanah haram musang king ke muka pengadilan tanpa perlu melayan apa jua rundingan dengan pihak terbabit Malah semua pihak yang bersekongkol dibelakang tabir denga...
Siti Nurhaliza Bakal Adakan Konsert Ulang Tahun Ke 30 Bulan Julai Info Tiket Pelan Tempat Duduk Telah Diumumkan

Siti Nurhaliza Bakal Adakan Konsert Ulang Tahun Ke 30 Bulan Julai Info Tiket Pelan Tempat Duduk Telah Diumumkan

papar berkaitan - pada 26/4/2025 - jumlah : 118 hits
Sure Here s a revised version of the article in a more casual and concise style Tahun lalu peminat Dato Sri Siti Nurhaliza terpesona dengan konsert Love Is In The Sky di Arena Of Stars Resorts World Genting Kini bersiaplah untuk pengalaman ...
Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Need And Want

Sahabat Sejati Permata Yang Sukar Dicari Tapi Sentiasa Ada Ketika Diperlukan

Jodoh Itu Memang Takdir Tetapi Kamu Berhak Memilih Jodoh Terbaikmu

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Makan Malam Di Rodakafe Kulai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Three Innovative Power Products By Cuktech

Amalan Doa Daripada Habib Umar Bin Hafidz Untuk Anak Yang Nakal

Sambutan Hari Guru Di Sekolah Dengan Tema Hobi Guru

Mutiara Terhasil Luka Jadi Nilai

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Hadiah Hari Guru