Kebergantunganku Kepada Allah Sahaja Cara Usir Bangsa Jin Di Kediaman


 2 malam, aku sudah tidak lena tidur. Berapa jam je tidurnya. Ini semua disebabkan syaitan laknatullah, iaitu  gangguan jin yang datang bukan kepada diriku sahaja, malah seisi rumah turut diganggunya. Bukan aku seorang sahaja yang dengar, tapi seisi rumah. Suami dan anak-anakku. 









Apa jenis gangguan

Jenis gangguan yang biasa aku lihat adalah kelibat di siang hari. Kadang-kadang tengah memasak, aku rasakan bilik stor yang bersebelahan dapur basah aku seperti ada kelibat yang mengintai dari dalam. Tapi, aku abaikan sahaja. Malas nak melayan, kalau dilayankan agaknya memang tidak berasap dapur. Adakalanya, kelibat tersebut aku rasakan itu semua khayalanku. 


Gangguan JIN yang aku terima yang lebih teruk iaitu kerap di belakang badan kena cakaran. Bangun pagi jer, terasa pedih. Rupanya dah ada kesan cakaran panjang. 


Bukan aku sahaja yang kena cakar, suami ku sendiri alami nasib sama. Sebanyak 2 kali sahaja. Hahaha, sebab masa tu suami tidak percaya yang mengatakan bahawa dalam rumah kami ada JIN. 


Bila gangguan menganggu

Gangguan tersebut mula menganggu keluarga kami pada tahun lepas. Masa tu, kami buat tidak endah sahaja. Yer lah, mungkin anak-anak jiran sebelah yang buat bising.  Maklumlah, anaknya jika tidak silap saya 6 orang, dan semuanya dari usia sekolah rendah dan paling bongsu bawah 6 tahun. Jadi, saya fikirkan bunyi terebut datangnya daripada rumah sebelah. 
Bagi menguatkan lagi kenyataan diatas, suami pun pernah bertanyakan hal ini kepada jiran sebelah. Dan, beliau akui anaknya yang bongsu mengamuk tengah malam sambil ketuk dinding. 


Pada tahun lalu, rumah selang 3 buah daripada rumahku. Tuan rumah tersebut memanggil budak-budak Tahfiz membaca serta memagar rumahnya pada siang hari. Ermm.. ada kemungkinan tak ek? beralih ke rumah lain pula bangsa JIN? wallahualam. 


ATAU bangsa JIN yang berada dirumahku adakah kemungkinan daripada batu yang ku ambil 


Bunyi menukang 

2 hari lepas, aku dan anak-anak masuk tidur jam 10 malam. Jika korang nak tahu, semua anak-anakku ketakutan nak tidur di bilik mereka. Jadi, kami berkumpul di bilik utama. 
Sedang lena kami tidur, ada bunyi ketukan yang terlalu kuat di dinding rumah. Bunyi tersebut sebanyak 3 kali. 


"Tung! Tunggggg! Tunggg!" bunyi tersebut seakan orang menukang rumah. 
Korang bayangkan, dah tengah malam bunyi macam orang menukang pada dinding rumah. Tapi, bunyi tersebut dari dalam dinding. Macam nak runtuh rumah kami. 
"Al-Anuka Bilaknatillah! Al- Anuka Bilaknatillah! Al-Anuka Bilaknatillah!" suaraku memecahkan suasana tengah malam. Jam menunjukkan angka 1 pagi. 
Sementara itu, Soffea menggelupur berselubung dengan kain selimutnya. 


Maksud ayat tersebut adalah : "aku laknat kamu dengan laknat Allah"


"Allahuakbar!" celah laki aku secara tiba-tiba, apabila mendengarkan suaraku melaungkan potongan ayat  tersebut. 


Kemudian, bunyi seperti menukang sudah lenyap. Macam biasa, aku jenis sukar tidur malam jika sudah terjaga. Maka, dalam kepala ni bermacam-macam ku fikirkan sehinggalah terlelap. 




Semakin mengganas usikan 


Malam seterusnya, aku tidur berselimut sehingga menutupi mukaku. Hari tersebut, aku diserang selsema. Jadinya, hidung aku akan tersumbat apabila kesejukan aircond dan juga terkena angin kipas siling. 


Sedang aku tidur lena, kain selimutku ditarik. Dan aku perasan, kain yang menutupi mukaku bergerak. Korang sila bayangkan macam mana perasaan korang jika berlaku? jantung aku berdegup sangat laju, mengalahkan enjin turbo kereta lakiku. Allahuakbar! dalam masa yang sama, aku ketakutan. 


Sebaik kain selimutku ditarik, aku spontan membuka selimut dan "Allahuakbar!" spontan kalimah Allah keluar daripada mulutku. Dan terus berpaling ke sebelah kanan. Sebab tadi aku tidur secara terlentang, dan aku dapat rasakan ada sesuatu berpaut di kakiku.. berat. Kerana kaki ku mahu menjadi kaku dan hampir tidak boleh bergerak. 


Aku ingatkan setakat itu sahaja usikan pada malam itu. Rupanya tidak! 




"Ketak, ketakkkkkkkk, ketakkkkkkkk." Bunyi seakan benda terjatuh, macam guli tapi tak tahulah tu. Memang bunyinya begitu. 


"Tunggggg, tung, tunggggg, tungggg, tung!" kedengaran pula bunyi ketukan yang keras di dalam dinding. Iaitu lokasi dinding tersebut hanya bersebelahanku sahaja. Aku memang tidak berani untuk memalingkan muka ku kearah dinding tersebut. Dan, anak bongsuku tidur di tepi dinding. 


"Al-anuka Bilaknatillah!" nampaknya bunyi tersebut semakin kuat kedengaran. 


"Al-anuka Bilaknatillah! Al-anuka Bilaknatillah , Al-anuka Bilaknatillah!" aku melaungkan sekuat hati kearah dinding tersebut lalu meniupnya kali ini. Namun, usahaku gagal! kerana bunyi tersebut semakin kuat. Lebih kuat dari suaraku. 


Bacaan ayat Qursi mula ku bacakan saat ini. Seperti tadi, gangguan bunyi semakin kuat sehinggakan semua anak-anakku terjaga daripada tidur. Mereka semua memerhatikan tingkah laku ku. 


"Kenapa bising malam-malam?" ujar suami. 


"Syhhhh! ayang nak habiskan malam ni juga. Penatlah kena ganggu macam ni!" marahku kepada suami. Sebab suami memang tidak percayakan hal-hal ghaib. Katanya, bunyi-bunyi tersebut terhasil daripada paip bocor sahaja. 


Sewaktu azan dan ayat Qursi dibaca secara berulang, dan bunyi yang menganggu seperti guli-guli jatuh bertaburan ke lantai disertai bunyi menukang yang bingit semakin kuat seperti mahu menenggelamkan suaraku ketika itu.  Aku daripada berani, terasa kerdil secara tiba-tiba. Dengan suami yang tidak percayakan hal-hal begini. 


Aku mendapat akal. Teringat satu video yang aku tonton di TikTok dan juga aku amalkan selepas solat. 


Aku laungkan sekuat hati dalam keadaan bertenang, dan bergantung harap sepenuhnya dengan kalimah Allah SWT. Ini senjata terakhirku ketika ini. 


Allahumma sholli ‘ala muhammad,
 Ya Rabbi sholli ‘alalihi wasallim 
Ya Allah limpahkanlah sholawat kepada Nabi Muhammad SAW, wahai Tuhanku limpahkan rahmat dan kesejahteraan kepadanya
 Allahumma sholli ‘ala muhammad, 
Ya Rabbi sholli ‘alalihi wasallim
 Ya Allah limpahkanlah sholawat kepada Nabi Muhammad SAW, wahai Tuhanku limpahkan rahmat dan kesejahteraan kepadanya 


Rabbi fanfa’na bibarkatihim, 
wahdinal husna bihurmatihim Rabbi fanfa’na bibarkatihim,
 wahdinal husna bihurmatihim 
Ya Allah dengan barokah mereka berilah kami kemanfaatan, dan dengan kehormatan mereka tunjukkan kami kepada kebaikan


Aku berselawat dari jam 1 pagi ketika itu sehingga jam 3 pagi, bunyi tersebut semakin perlahan dan hilang terus. Syukur, Masya Allah Tabarakallah. Dengan izin Allah hanya dengan berselawat sahaja bangsa JIN sudah tidak membuat lagi bising pada hari seterusnya. Jika tidak, bermulanya asar bunyi-bunyian akan bermaharajalela. 


Kesan gangguan tersebut. 

1. Gangguan tersebut telah menakutkan anak-anakku untuk tidur di bilik mereka. 
2. Sedikit sebanyak membuatkan diriku ketakutan, walaupun aku seorang yang tidak meninggalkan solat 5 waktu dan mengaji Al-Quran. Cuma, solat tengah malam tu jer aku tidak beramal. Takut! iman ni kadang turun naik, adakala aku bangun juga tengah malam buat solat sunat dan mengaji dan ada harinya jadi malas dan lebih kepada takut. 

3. Mata aku jadi lebam sebab tidak cukup tidur. Kemudian, aku topup tidur jam 10 pagi, untuk cover migrain aku. Huhuhu, Bila cukup tidur, baru migrain tidak datang menyerang. 

4. Anak bongsu kerap menyebut ada hantu dalam rumah. Namun, aku endahkan sahaja, sehingga lah berlarutan kesnya macam ni, baru perasan memang cakap Yusuf betul. 

5. Bergaduh anak-anakku, dan hubungan kami juga. Kesan daripada bangsa JIN berada dalam rumah. 

6. Rezeki tersekat-sekat. Ini tiada kaitan dengan tidak bersedekah, solat, mengaji Al-Quran, santuni ahli keluarga dan sebagainya, tapi kerana kehadiran jin di rumah. Menjadikan aura sekeliling kita gelap. 

7. Sering kali aku sakit sendi-sendi. Terutamanya bahagian tengkuk sakit, dan pinggang. Sakit sendi aku beramal dengan doa pendinding diri dan Surah Al-Baqarah serta ayat penggerak setiap kali ingin bergerak sama ada di dalam rumah atau keluar rumah sekalipun. 




Cara untuk mengusir JIN dalam rumah 
1. Keesokan harinya, aku membaca potongan ayat yang diberikan oleh Ustaz Shahzan di TikTok seperti dalam gambar. Ia mujarab dalam mengusir JIN yang berada dalam rumahku. Setelah aku ulang baca 2 kali iaitu Asar dan malam sebelum tidur. Tidur malam kami tenang tanpa gangguan. Allahuakbar! syukur dengan izin mu Ya Allah.




Doa pengusir JIN dari kediaman


2. Selain daripada itu, jika ku rasakan seram di dalam rumah atau ternampak kelibat. Aku melantunkan selawat tempur yang diajar oleh Ustaz Ujang Bostami daripada Indonesia.  Begitu juga dengan anak-anak, mereka diajar olehku untuk mengamalkannya supaya mereka tidak terlalu takut. Seterusnya menjadi kekuatan kepada mereka.






Secara kesimpulannya, jika di rumah korang mempunyai gangguan. Tidak memadai jika korang pasangkan ruqyah plugin sahaja. Sebab rumahku pun sudah dipasang dan tidak menjadi. Kerana sebaik-baiknya adalah bacaan yang keluar daripada mulut kita sendiri dengan kebergantungan kepada Allah SWT. Segala petua saya sudah kongsikan untuk menghalau gangguan JIN dari rumah, semoga anda dapat beramalnya untuk mengelakkan dan semasa kejadian. 
























Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2023/10/cara-usir-gangguan-jin-kediaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Menunaikan Solat Dhuha Dan Kebaikannya

Cara Menunaikan Solat Dhuha Dan Kebaikannya

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 298 hits
Cara Menunaikam Solat Dhuha dan Kebaikannya Solat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang digalakkan untuk mendirikannya setiap hari jika berkemampuan Sering kali kita mendengar ayat Jika ingin dilimpahkan rezeki maka lakukan solat Dhuh...
Cara Mohon Bantuan Warga Emas Bagi Tahun 2023

Cara Mohon Bantuan Warga Emas Bagi Tahun 2023

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 294 hits
Kita ketahui kerajaan Malaysia sangat menjaga kebajikan warga emas Oleh yang demikian kami menyediakan info cara mohon bantuan warga emas berjumlah RM500 ringgit Malaysia Kelayakan untuk menerima elaun ini tertakluk kepada kriteria yang tel...
Catat Begini Cara Dapat Rice Cooker Gratis Dari Pemerintah

Catat Begini Cara Dapat Rice Cooker Gratis Dari Pemerintah

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 196 hits
Pemerintah akan membagikan penenak nasi atau rice cooker gratis kepada masyarakat
Tanda Buasir Ubat Kecutkan Buasir Cara Nak Kecutkan Buasir Luar Dalam

Tanda Buasir Ubat Kecutkan Buasir Cara Nak Kecutkan Buasir Luar Dalam

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 213 hits
Buasir adalah masalah yang kerap berlaku di kalangan orang dewasa tetapi seringkali tidak dibincangkan secara terbuka Sebab itu juga ada sebahagian yang menggelarkannya Penyakit Pemalu Dalam artikel ini saya akan kongsikan info berkait buas...
Keenakan Rasa Puding Buah Dalam Setiap Suapan Begini Cara Buatnya

Keenakan Rasa Puding Buah Dalam Setiap Suapan Begini Cara Buatnya

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 293 hits
Jika tercari cari menu pencuci mulut dengan kombinasi yang sempurna antara kelembutan tekstur dan keenakan rasa serta dipenuhi dengan warna warni buah buahan segar yang memikat selera Puding Buah Kuah Kastard adalah pilihan terbaik untuk di...
Mengenal Jenis Jenis Mesin Slot Dan Cara Bermainnya

Mengenal Jenis Jenis Mesin Slot Dan Cara Bermainnya

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 217 hits
Mengenal Jenis jenis Mesin Slot dan Cara Bermainnya Halo bagi pecinta permainan mesin slot kita pasti sudah tidak asing lagi dengan jenis jenis mesin slot yang ada di kasino atau bahkan di dunia maya Mesin slot sudah menjadi salah satu perm...
Punca Senggugut Ubat Senggugut Cara Hilangkan Senggugut Yang Berkesan

Punca Senggugut Ubat Senggugut Cara Hilangkan Senggugut Yang Berkesan

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 227 hits
Senggugut lazimnya menyerang penghidapnya setiap bulan semasa haid Ramai yang terseksa akibat sakit senggugut bertahun tahun lamanya dan terpaksa bergantung dengan ubat tahan sakit Dalam artikel ni saya akan kongsikan pelbagai info berkaita...
Panduan Lengkap Cara Bermain Judi Bola Untuk Pemula

Panduan Lengkap Cara Bermain Judi Bola Untuk Pemula

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 209 hits
Panduan Lengkap Cara Bermain Judi Bola untuk Pemula Halo para pecinta olahraga dan para pemula yang ingin mencoba bermain judi bola Jika Anda baru memasuki dunia taruhan sepak bola panduan ini akan memberikan langkah langkah dan tips pentin...
Cara Mohon Pembiayaan Pinjaman Asb Financing Maybank Secara Online Di Mae By Maybank2u L Asb Loan

Cara Mohon Pembiayaan Pinjaman Asb Financing Maybank Secara Online Di Mae By Maybank2u L Asb Loan

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 156 hits
Ikuti video ini cara untuk mohon pembiayaan pinjaman bagi pembelian unit ASB dari Maybank secara online melalui aplikasi MAE by Maybank2u Jangan lupa Subscribe atau Follow Ali Gajet untuk pelbagai lagi info terkini dan tutorial Website http...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun