Kebergantungan Terhadap Tenaga Buruh Asing Akan Diperhalusi Mustapa



BERITA HARIAN 


KUALA LUMPUR : Kerajaan akan melihat semula dasar tenaga buruh asing yang ketika ini berjumlah kira-kira 2.3 juta orang di negara ini, susulan pelbagai kesukaran dialami mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata bilangan buruh asing ini mungkin akan dapat dikawal, sekali gus membuka lebih peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

"Meskipun begitu kita menyedari keperluan industri tertentu terhadap buruh asing bagi memenuhi tuntutan ekonomi," katanya dalam program Bicara Naratif: Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19 di TV1 RTM, malam tadi.

Sementara itu, Mustapa berkata pembukaan sektor ekonomi tertentu sepanjang Perintah Kawalan PKP Bersyarat (PKPB), hari ini dapat dapat mengelakkan ekonomi mengundur empat tahun ke belakang.

Katanya, sekiranya tiada sebarang tindakan diambil ekonomi akan sama seperti yang dicapai pada 2016 dan pendapatan perkapita turun kepada US$9,000 berbanding US$12,000.

"Pandemik yang melanda Malaysia dan dunia ini sangat bersejarah dalam ekonomi moden. Justeru operasi perniagaan ini diharap dapat membendung penurunan ekonomi negara," katanya.

Selain itu, katanya, PKPB turut memberi ruang kepada rakyat untuk mendapat pekerjaan dan tidak bergantung kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), sekali gus meningkatkan kuasa beli.

"Kita sudah melandaikan keluk penularan COVID-19 tapi belum sepenuhnya, malah kesihatan tetap menjadi keutamaan.

"Sekarang kita masuk ke fasa mengerakkan semula ekonomi secara perlahan mengikut garis panduan ketat dan memerlukan disiplin tinggi," katanya.

Pada 27 Mac lepas kerajaan mengumumkan Pakej PRIHATIN bernillai RM250 bilion untuk meringankan beban rakyat dan komuniti perniagaan yang terjejas akibat COVID-19 serta PKP.

Mustapa berkata, ada syarikat termasuk syarikat multinasional dalam sektor tekstil mengumumkan akan menghentikan operasi mereka kerana kurang mendapat permintaan dari negara-negara maju.

Katanya, perubahan strategi perniagaan oleh syarikat termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan dan pengganguran.

"Sebab itu subsidi upah ditambah baik agar majikan dapat melindungi pekerjaan. Namun kita sedar kadar pulih tidak akan berlaku serta merta," katanya.

Pada 6 April, peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac lalu melalui Pakej PRIHATIN dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion.

Bagi tempoh jangka masa panjang, Mustapa berkata, kerajaan sedang melihat semula industri-industri yang berkeupayaan untuk bersaing dan mengkaji insentif baharu bagi menggalakkan pelaburan asing dan tempatan.

Jaminan turut diberi terhadap pelaksanaan projek infrastruktur seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) supaya menjadi 'game changer' (pembawa perubahan) yang akan mengubah lansdkap ekonomi negara.

"Rancangan Malaysia Ke-12 serta Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 akan diberi perhatian.
"Usaha meningkatkan taraf hidup rakyat diteruskan, tetapi ia hanya berlaku jika ada pertumbuhan ekonomi bermula sekarang," katanya. – BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/kebergantungan-terhadap-tenaga-buruh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasar Mini Kotor Warga Asing Ditutup

Pasar Mini Kotor Warga Asing Ditutup

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 375 hits
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur menutup sebuah pasar mini di Sentul hari ini kerana dikendalikan warga asing dengan ruang niaga kotor Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Dahlan berkata serbuan jam 4 50 petang itu dilakukan selepas mener...
Sibuk Berebut Ghanimah Khazanah Negara Dicuri Orang Asing

Sibuk Berebut Ghanimah Khazanah Negara Dicuri Orang Asing

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 291 hits
Beliau berkata dalam masa beberapa bulan lebih 200 vesel asing telah ditahan dan beberapa bot asing juga telah ditenggelamkan untuk dijadikan tukun bagi tujuan pembiakan ikan serta hasil laut Ini sekaligus membantu mengawal pencerobohan nel...
Kkm Sahkan Satu Kluster Baru Covid 19 Libatkan Pekerja Asing Dikesan Di Tapak Pembinaan Setia Alam

Kkm Sahkan Satu Kluster Baru Covid 19 Libatkan Pekerja Asing Dikesan Di Tapak Pembinaan Setia Alam

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 428 hits
Satu kluster baharu jangkitan COVID 19 melibatkan pekerja warga asing dikesan di sebuah tapak pembinaan di Setia Alam Selangor Kementerian Kesihatan berkata kluster baharu tersebut dikesan pada 6 Mei lalu apabila pihaknya menerima notifikas...
Cerita Miris Jadi Abk Di Kapal Asing Kerja Puluhan Jam Dan Digaji Minim Jauh Dari Kata Manusiawi

Cerita Miris Jadi Abk Di Kapal Asing Kerja Puluhan Jam Dan Digaji Minim Jauh Dari Kata Manusiawi

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 391 hits
Berita ABK yang dilarung ke laut oleh kapal Cina kemarin hanyalah puncak gunung es masih banyak kisah serupa yang nggak kalah miris
Tembak Rekan Kerja Pakai Senapan Hingga Tewas Buruh Bangunan Ditangkap Polisi

Tembak Rekan Kerja Pakai Senapan Hingga Tewas Buruh Bangunan Ditangkap Polisi

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 264 hits
Peristiwa itu terjadi di sebuah bedeng pembangunan Gedung Paud Desa Petang Kecamatan Petang Kabupaten Badung Bali Minggu siang Namun baru dilaporkan Senin pagi ke Polres Badung
Dua Buruh Positif Corona Bupati Minta Pabrik Di Tangerang Tutup Sementara

Dua Buruh Positif Corona Bupati Minta Pabrik Di Tangerang Tutup Sementara

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 315 hits
Zaki menerangkan dua pekerja perusahaan yang meninggal dunia itu memang belum terkonfirmasi positif terjadi penularan lokal
Kena Phk Saat Wabah Corona Buruh Pabrik Di Bandung Terpaksa Jadi Psk

Kena Phk Saat Wabah Corona Buruh Pabrik Di Bandung Terpaksa Jadi Psk

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 362 hits
Jam menunjukkan pukul 16 30 WIB sore Rani langsung bersiap untuk ke tempat kerjanya yang baru Berangkat dari rumah ia hanya berbekal lipstik dan beberapa peralatan make up lainnya Penampilannya tidak mencolok Namun sesampainya di tempat ker...
Kelompok Buruh Janji Tak Demo Pada May Day Di Sumut

Kelompok Buruh Janji Tak Demo Pada May Day Di Sumut

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 259 hits
Edy Rahmayadi menyambut baik dan mengapresiasi dukungan para buruh dalam upaya penangan Covid 19 di Sumut termasuk sikap untuk tidak akan melakukan unjuk rasa di Hari Buruh
Cuba Buka Pintu Tunjuk Reaksi Gaya Minta Sedekah Warga Asing Tak Disenangi

Cuba Buka Pintu Tunjuk Reaksi Gaya Minta Sedekah Warga Asing Tak Disenangi

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 380 hits
Isu lambakan warga asing di Malaysia bukanah satu perkara yang baru untuk dikupas Sejak kebelakangan ini masalah warga asing dilihat sebagai sebagai isu yang sensitif buat rakyat Malaysia untuk disentuh Malah ada yang turut mencadangkan dan...
Doe Suspends Yan Rice Mill Over Air Pollution

Adik Masak Ayam Gepuk

Proton X90 Vs Chery Tiggo 8 Pro Suv 7 Seater Mana Lebih Berbaloi

Pakaian Selam Tertua Yang Masih Wujud Di Dunia

Focus On 10 Projects In Negeri Sembilan Pm Tells Economy Ministry

Surprises At Dap Polls But Has Anything Really Changed

Speed Read A Royal Enfield Himalayan 450 Rally Bike And More

Pakcik Ken The Ultimate Hainanese Chicken Rice Experience For Food Wanderers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Birthday Gift

Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Ppim 17 03 2025

Qalbi Fil Madinah Lyrics Maher Zain Harris J

Soal Jawab Qada

Gigi Perez Sailor Song Chord

Juyaya Sakit Sakit Sakit Chord