Keberanian Sebagai Nilai Harga Diri



Keberanian adalah harga diri. Tanpa keberanian, hidup kita tiada berharga. Maka, kita perlu sentiasa memupuk dan menjaga keberanian diri.

Pramoedya Anan Toer pernah berkata, dalam hidup kita hanya satu yang kita punya iaitu keberanian. Jika tidak punya itu, lantas apa harga hidup kita ini.

Pemimpin terkenal Britain, Sir Winston Churchill pula pernah berkata bahawa keberanian adalah kemampuan untuk berdiri dan menyuarakan pendapat bahkan keberanian juga dituntut untuk duduk diam dan mendengar.

Keberanian adalah satu nilai yang sangat berkait rapat dengan etika dan integriti mana-mana insan atau organisasi.

Pun perlu ditegaskan, keberanian yang difokuskan ialah keberanian moral bukan keberanian fizikal.

Penulis, Ambrose Redmoon melihat keberanian bukannya sebagai kehilangan rasa takut, tetapi lebih kepada pertimbangan ke atas sesuatu yang lebih penting daripada rasa takut.

Ketika Mark Twain melihat keberanian sebagai halangan kepada rasa takut, Samuel Johnson pula menganggapnya sebagai prinsip kehidupan teragung melainkan sekiranya kita tidak mempunyai nilai ini, maka kita tidak akan berupaya memelihara prinsip kehidupan yang lain.

Sekiranya kelakuan buruk tidak ditangani, ia akan terus menjadi-jadi dan akan bertambah buruk. Kita akan sukar untuk berhadapan dengan perkara sebegini sekiranya kita membenarkan diri melupakan atau tidak menghiraukannya.

Oleh itu, keberanian bukan saja harus dipraktikkan di medan perang, tetapi juga dalam kehidupan dan kerjaya lazimnya. Seseorang itu mesti ada naluri menegakkan keadilan moral apabila berurusan dan berhadapan dengan kelakuan tidak beretika.

Stephen Covey pernah mengatakan, kesabaran itu ibu kepada kebijaksanaan, manakala keberanian adalah bapa kepada kebijaksanaan kerana nilai ini wujud dalam harmoni bersama nilai teras lain seperti amanah dan kejujuran.

Kini, kita memasuki era globalisasi dan dunia hari ini sangat berbeza.
Kita menghadapi pelbagai cabaran dan kerumitan baharu, bukan saja dalam kehidupan peribadi bahkan juga dalam hubungan bersama keluarga, rakan dan komuniti terutama di tempat kerja.

Kita perlukan keberanian untuk membawa perubahan, membuat keputusan penting yang perlu walaupun tidak popular, bersuara, berdiri berseorangan apabila berlaku salah faham untuk mengatakan 'tidak' dan juga memohon maaf.

Keberanian moral adalah sesuatu yang jarang dilihat dan berasal daripada pendirian kukuh pada diri seseorang. Menegakkan prinsip kendiri memerlukan keberanian moral dan etika terutama apabila berhadapan dengan kesusahan, bahaya, ataupun ketidakpastian.

Sebagai pemimpin di dalam organisasi tersendiri, kita wajib memainkan peranan yang berkesan dalam memberi tunjuk ajar kepada pekerja bagaimana keberanian itu boleh dipraktikkan.

Keberanian hanya diterima sebagai nilai positif apabila ia digunakan untuk tujuan baik dan mulia seperti mempertahankan maruah dan integriti negara, ataupun untuk tujuan perkembangan dan pembangunan.

Keberanian boleh menjadi sesuatu yang buruk sekiranya digunakan untuk tujuan peribadi yang jahat seperti menipu, rasuah atau mengamalkan aktiviti tidak bermoral seperti gangguan seksual, mencuri, membunuh, rogol dan sebagainya.

Kesimpulannya, keberanian adalah teras kepada nilai murni dan rasional dan ia harus dipraktikkan hanya dengan keperibadian positif dan kesedaran diri yang betul. Oleh itu, sebagai pemimpin organisasi, kita harus menggunakan keberanian sebagai nilai untuk memperteguh dan mengangkat integriti perkhidmatan awam dan negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2020/12/hgu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perempuan Yang Ada Harga Diri

Perempuan Yang Ada Harga Diri

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 588 hits
Perempuan Yang Ada Harga Diri Perempuan adalah golongan yang paling mudah terpengaruh dan juga mempengaruhi Sekali baca nampak macam perempuan adalah golongan yang rapuh Itu ada benarnya Kerana perempuan memiliki hati yang lembut bersifat p...
Kejatuhan Harga Minyak Didorong Oleh Kenaikan Rizab Di As

Kejatuhan Harga Minyak Didorong Oleh Kenaikan Rizab Di As

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 319 hits
Harga minyak mentah sedikit jatuh pada pagi Rabu Faktor tekanan utama adalah berita mengenai kenaikan yang tidak dijangka dalam tahap simpanan emas hitam di Amerika Syarikat yang disampaikan oleh American Petroleum Institute Niaga hadapan h...
Semak Harga Multi Tester Terkini

Semak Harga Multi Tester Terkini

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 320 hits
Semak harga multi tester terkini Multitester adalah antara peralatan yang wajib ada untuk seorang juruteknik elektrik Salah satu Multitester analog yang paling popular dipasaran dan dikalangan juruteknik adalah multitester daripada Sanwa mo...
Mynews Tawar Baucar Rm10 Pada Harga Rm5 Bersempena 12 12

Mynews Tawar Baucar Rm10 Pada Harga Rm5 Bersempena 12 12

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 236 hits
myNEWS merupakan salah satu kedai serbaneka yang popular dan terdapat di sejumlah lokasi seluruh negara Selari dengan perkembangan dunia digital myNEWS sedia memperkenalkan aplikasi rasmi dengan sokongan transaksi nirtunai selain kiosk laya...
Hp Pavilion Gaming 15 Dengan Geforce Gtx 1660ti Kini Di Pasaran Tempatan Harga Bermula Rm3989

Hp Pavilion Gaming 15 Dengan Geforce Gtx 1660ti Kini Di Pasaran Tempatan Harga Bermula Rm3989

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 222 hits
Sewaktu acara pelancaran maya HP Omen 15 HP Malaysia turut memperkenalkan sebuah lagi komputer riba gaming untuk mereka dengan keperluan yang lebih mudah HP Malaysia memperkenalkan HP Pavilion Gaming 15 iaitu versi gaming komputer riba HP P...
Tindakan Harga Pasangan Mata Wang Aud Usd Mengisyaratkan Lebih Banyak Keuntungan

Tindakan Harga Pasangan Mata Wang Aud Usd Mengisyaratkan Lebih Banyak Keuntungan

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 247 hits
Pasangan mata wang AUD USD diniagakan pada tahap 0 7464 sewaktu penulisan ini dibuat dan nampaknya harga tekad untuk mencapai tahap tinggi baru tidak lama lagi Secara teknikalnya pasangan mata wang AUD USD ini berjaya menembusi beberapa tah...
Peniaga Rantau Panjang Terpaksa Turunkan Harga Untuk Tarik Pelanggan

Peniaga Rantau Panjang Terpaksa Turunkan Harga Untuk Tarik Pelanggan

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 338 hits
Peniaga di zon bebas cukai Rantau Panjang di sini terpaksa menurunkan harga barangan bagi menarik semula orang ramai berkunjung ke kawasan itu Tindakan itu susulan serangan pandemik Covid 19 yang menyebabkan kawasan berkenaan seolah olah hi...
Ipo Airbnb Dimulakan Pada Harga 68 Melepasi Target

Ipo Airbnb Dimulakan Pada Harga 68 Melepasi Target

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 349 hits
Airbnb reportedly priced its initial public offering at 68 per share or above its already raised range in one of this year s largest and most highly anticipated public debuts Bloomberg and Dow Jones reported the pricing Wednesday evening ci...
Usd Jpy Meningkatkan Pembalikan Harga Lagi

Usd Jpy Meningkatkan Pembalikan Harga Lagi

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 262 hits
USD JPY meningkat selepas menguji dan menguji semula aliran menaik kecil Saya telah memberitahu anda dalam analisis sebelumnya bahawa pasangan itu dapat mengembangkan pertumbuhan yang penting jika pergerakan berada di atas garis aliran mena...
Startup Ecosystem And Innovation

Perapan Menu Bbq Waktu Bercuti

Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

Sihat Dan Kaya

Flavors Of Malaysia S 13 States At Doubletree By Hilton Johor Bahru

Tangani Isu Pencerobohan Tanah Secara Bijak Bukan Dengan Memusnahkan Hasil Kenyataan Media Ppim 11 04 2025

Pelamindiy Dan Hantaran Simple

Plan For Your Retirement Wisely


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Api Dapur Bertukar Oren Jangan Panik Cuba Cara Ni Dulu

Ditching The Vinegar Burn With These Expertly Crafted Keto Gummies Full Of Apple Flavor

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next

Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar

Eh Geng Lepas Ni Nak Masuk Thailand Jangan Main Redah Je Mulai 1 Mei

Bangun Kuil Atas Tanah Masjid Jais Arah Pengosongan Serta Merta