Kebenaran Rentas Negeri Perlu Dibuat Secara Bertanggungjawab


Ainul IlliaRakyat perlu beri masa kepada kerajaan dalam membuat keputusan itu KUALA LUMPUR – Keputusan kebenaran merentas negeri perlu dibuat secara bertanggungjawab dengan memastikan ia benar-benar selamat, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Menggunakan slogan #reopeningsafely berhubung isu kebenaran rentas negeri, beliau berkata pelbagai faktor perlu dipertimbang termasuk jumlah peratusan vaksinasi dan kemampuan hospital di negeri dalam menangani COVID-19 sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
Katanya, risiko penularan wabak COVID-19 juga perlu dilihat jika perjalanan secara besar-besaran dibenarkan terutama bagi mereka yang berada di kawasan berisiko.
“Saya harap semua tahu kita bukan sahaja serius tetapi kita juga bertanggungjawab untuk memastikan apabila kita buat kelonggaran, kita lakukannya dalam keadaan selamat dan bertanggungjawab,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Hishammuddin berkata pada akhirnya, akan ada sinar di hujung terowong namun rakyat perlu memberi masa kepada kerajaan dalam membuat keputusan berhubung perkara itu. 
Beliau berkata, buat masa ini, kerajaan telah memberikan kelonggaran berkaitan rentas negeri seperti projek rintis gelembung pelancongan Langkawi dan pasangan jarak jauh yang telah lengkap vaksinasi.
“Menuju fasa endemik, lebih banyak kelonggaran akan diberikan kepada rakyat. Saya berharap rakyat tidak leka sebaliknya kekal berdisiplin dalam mengamalkan SOP (prosedur operasi standard) serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan,” katanya.
Hishammuddin juga berkata, mesyuarat kedua Menteri Kuartet COVID-19 hari ini bersetuju dengan cadangan supaya pemilik premis perniagaan stesen minyak, restoran, kedai makan dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi secara seragam di semua fasa mulai 6 pagi hingga 12 malam kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).  
Beliau berkata keputusan itu akan disyor untuk diputuskan kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok.
Katanya, mesyuarat juga memfokus kepada penambahbaikan SOP dengan usaha mempermudah 181 SOP kepada 10 sahaja agar berjalan dengan baik sekali gus memberi keyakinan ia dapat diselesaikan seperti dirancang pada permulaan Oktober. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/kebenaran-rentas-negeri-perlu-dibuat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebenaran Rentas Negeri Diumum Dalam Tempoh Terdekat

Kebenaran Rentas Negeri Diumum Dalam Tempoh Terdekat

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 188 hits
Oleh ZULKIFLI MANZOR Gambar hiasanKUALA LUMPUR Kebenaran rentas negeri penting sebagai langkah memulihkan industri pelancongan negara yang terjejas teruk akibat pandemik Covid 19 Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri b...
Kebenaran Rentas Negeri Tidak Cet0s Peningkatan Kes Ini Penjelasan Menteri Kesihatan

Kebenaran Rentas Negeri Tidak Cet0s Peningkatan Kes Ini Penjelasan Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 253 hits
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pada sidang dewan parlimen hari ini sebarang Ionjakan kes penuIaran jngkitan dalam kalangan masyarakat adalah berpunca daripada perkumpulan atau perhimpunan Justeru itu kebenaran pergerakan re
Kebenaran Rentas Negeri Dijangka Pertengahan Oktober

Kebenaran Rentas Negeri Dijangka Pertengahan Oktober

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 252 hits
Aktiviti rentas negeri dijangka boleh dilaksanakan selewat lewatnya pertengahan Oktober ini Gambar hiasan Kebenaran rentas negeri dijangka bulan hadapan PUTRAJAYA Kebenaran rentas negeri dijangka akan dapat dilakukan bulan hadapan bersandar...
Boleh Rentas Negeri Sebaik Capai 90 Vaksinasi Dewasa

Boleh Rentas Negeri Sebaik Capai 90 Vaksinasi Dewasa

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 392 hits
Rakyat dibenarkan merentas negeri dengan syarat negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan Foto hiasan 90 kadar vaksin dewasa syarat pembukaan pusat pelancongan aktiviti...
Jangan Melencong Tunjuk Surat Rentas Negeri Pdrm

Jangan Melencong Tunjuk Surat Rentas Negeri Pdrm

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 278 hits
ALOR SETAR Pelancong yang mahu menikmati kemudahan gelembung pelancongan menerusi Projek Rintis Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Kedah yang akan dibuka Khamis ini tidak dibenarkan melencong ke destinasi lain Ketua Polis Kedah Datuk Kama...
Rentas Negeri Dibenarkan Jika 90 Peratus Dewasa Terima Vaksin Pm

Rentas Negeri Dibenarkan Jika 90 Peratus Dewasa Terima Vaksin Pm

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 442 hits
KUALA LUMPUR Pusat pelancongan pulau berserta aktiviti rentas negeri hanya akan dibenarkan dengan syarat negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa
Parlimen Rentas Negeri Tak Cetus Lonjakan Kes Covid 19

Parlimen Rentas Negeri Tak Cetus Lonjakan Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 266 hits
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin KUALA LUMPUR Kebenaran pergerakan rentas negeri sekiranya liputan imunisasi mencapai 90 peratus dijangka tidak mengundang gelombang peningkatan kes COVID 19 Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebaliknya ...
Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Pemilik Ig Rentas Negeri Dari Selangor Ke Janda Baik

Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Pemilik Ig Rentas Negeri Dari Selangor Ke Janda Baik

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 351 hits
BENTONG Polis membuka kertas siasatan berkaitan hantaran tular pemilik akaun Instagram Vieshantiekhan yang mendakwa rentas negeri untuk ke Janda Baik di Pahang dari Selangor tidak melanggar prosedur operasi standard bagi mengekang penularan...
Kerajaan Pertimbang Rentas Negeri Jika Negara Masuk Fasa Endemik

Kerajaan Pertimbang Rentas Negeri Jika Negara Masuk Fasa Endemik

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 269 hits
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Ikuti kami di dan untuk berita terkini setiap hari klik KUALA LUMPUR Kerajaan hanya akan mempertimbangkan keputusan untuk membenarkan aktiviti merentas negeri secara menyeluruh pa...
Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Cbd Pouches Vs Traditional Nicotine Pouches Which One Is Right For You

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik

Pesanan Mudah Untuk Jadi Usahawanm Yes Or No Sahaja

Jkm Jaga 9 Kanak Kanak Dikait Gisbh Hingga 18 Tahun Kata Nancy

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Zamri Mocks Jakim

Di Masjid Tiada Kasta