Jangan Melencong Tunjuk Surat Rentas Negeri Pdrm


Ahmad Fansuri Mohd Nasir
ALOR SETAR: Pelancong yang mahu menikmati kemudahan gelembung pelancongan menerusi Projek Rintis Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Kedah yang akan dibuka Khamis ini tidak dibenarkan melencong ke destinasi lain.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata berikutan itu semua pelancong dari luar Kedah dan Perlis perlu membawa surat kebenaran polis untuk tujuan pemeriksaan kerana mereka perlu merentas negeri.
Katanya, mereka perlu menunjukkan surat kebenaran itu walaupun mempunyai bukti tempahan tiket feri dan hotel ke pulau peranginan berkenaan.
“Ia bagi memastikan tiada yang cuba mengambil kesempatan dengan melencong ke negeri lain terlebih dulu, sebelum ke Langkawi.
“Pihak polis akan melihat surat kebenaran (polis) berdasarkan maklumat individu itu untuk memastikan tiada yang melencong dulu, sebelum datang ke sini,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.
Kamarul Zaman berkata, orang ramai juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan menjaga jarak fizikal, memakai pelitup muka dan menerima dos lengkap vaksin.
Selain itu, katanya, ujian pengesanan COVID-19 sama ada melalui RT-PCR, RTK-Antigen dan ujian kendiri saliva akan dilakukan sama seperti di Terminal Feri Kuala Perlis sebelum dibenarkan menaiki feri untuk memastikan tiada penumpang yang dikesan positif virus terbabit.
“Kita akan menempatkan pegawai dan anggota polis dengan dibantu beberapa agensi lain di kawasan Kuala Kedah supaya orang ramai mematuhi SOP, selain mengelak kesesakan di kawasan itu.
“Perancangan awal sudah diatur bagi mengelak berlaku kesesakan di Kuala Kedah pada hari itu kerana kita menjangkakan lebih ramai pelancong akan menggunakan laluan darat untuk menaiki feri di Terminal Feri Kuala Kedah,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga sudah berbincang dengan pengusaha tempat letak kereta persendirian di Kuala Kedah untuk memberi kemudahan terbaik kepada pelancong yang datang.
“Ini kerana, kawasan Kuala Kedah adalah terhad dan dibimbangi akan berlaku kesesakan jika tidak dikawal rapi.
“Orang ramai dinasihatkan supaya datang awal sekurang-kurangnya dua jam sebelum feri berlepas untuk memudahkan proses yang dibuat untuk ke Langkawi,” katanya.-BERITA HARIAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/jangan-melencong-tunjuk-surat-rentas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Vie Shantie Khan Ke Janda Baik Tanpa Surat Rentas Negeri

Hiburan Vie Shantie Khan Ke Janda Baik Tanpa Surat Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 340 hits
Selebriti media sosial Vie Shantie Khan mengundang persoalan orang ramai apabila memuat naik beberapa keping foto sedang beriadah di Janda Baik bersama keluarga ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementOrang ramai mempertikaikan bagaimana selebriti m...
Pelancong Naik Pesawat Ke Langkawi Tak Perlu Surat Rentas Negeri Khairy

Pelancong Naik Pesawat Ke Langkawi Tak Perlu Surat Rentas Negeri Khairy

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 340 hits
Hanya pelancong yang menggunakan jalan darat untuk ke Langkawi memerlukan surat polis bagi pemeriksaan di sekatan jalan raya kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Katanya pelancong yang menggunakan pesawat udara tidak perlu mengemukakan ...
Polis Bentong Nafi Tidak Perlu Surat Rentas Negeri Ke Janda Baik Siasatan Di Lakukan

Polis Bentong Nafi Tidak Perlu Surat Rentas Negeri Ke Janda Baik Siasatan Di Lakukan

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 408 hits
BENTONG Polis menafikan kenyataan mengelirukan oleh selebriti media sosial Vie Shantie Khan yang menyatakan tidak perlu surat rentas negeri dari Selangor ke Janda Baik di sini Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berka...
Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Pemilik Ig Rentas Negeri Dari Selangor Ke Janda Baik

Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Pemilik Ig Rentas Negeri Dari Selangor Ke Janda Baik

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 467 hits
BENTONG Polis membuka kertas siasatan berkaitan hantaran tular pemilik akaun Instagram Vieshantiekhan yang mendakwa rentas negeri untuk ke Janda Baik di Pahang dari Selangor tidak melanggar prosedur operasi standard bagi mengekang penularan...
Buat Persediaan Awal Menjelang Rentas Negeri Kata Nancy

Buat Persediaan Awal Menjelang Rentas Negeri Kata Nancy

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 304 hits
Antara kelonggaran baharu diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob adalah pembukaan pusat pelancongan pulau atau kawasan pelancongan berserta aktiviti rentas negeri PETALING JAYA Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya menyeru penggiat...
Rentas Negeri Lagi 7 5 Berbaki Sebelum Dibenarkan

Rentas Negeri Lagi 7 5 Berbaki Sebelum Dibenarkan

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 298 hits
Rentas Negeri lagi 7 5 berbaki sebelum dibenarkan Kebenaran rentas negeri hanya dibolehkan apabila kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu antara ketetapan dalam Mesyuara...
Okay Dah Boleh Kemas Baju Menteri Kanan Bagitahu Bila Kerajaan Umum Boleh Rentas Negeri

Okay Dah Boleh Kemas Baju Menteri Kanan Bagitahu Bila Kerajaan Umum Boleh Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 473 hits
Insya Allah sabar Tunggu beberapa minggu lagi saya percaya 90 peratus dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri
Kebenaran Rentas Negeri Dijangka Pertengahan Oktober

Kebenaran Rentas Negeri Dijangka Pertengahan Oktober

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 401 hits
Aktiviti rentas negeri dijangka boleh dilaksanakan selewat lewatnya pertengahan Oktober ini Gambar hiasan Kebenaran rentas negeri dijangka bulan hadapan PUTRAJAYA Kebenaran rentas negeri dijangka akan dapat dilakukan bulan hadapan bersandar...
Rentas Negeri Melancong Ke Pulau Redang 6 Dikompaun Rm5 000

Rentas Negeri Melancong Ke Pulau Redang 6 Dikompaun Rm5 000

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 336 hits
Polis berkata kompaun itu dikeluarkan melalui pemantauan Operasi Bersepadu Pematuhan Pelan Pemulihan Negara Bagi Fasa Tiga Dalam Sektor Pelancongan selama dua hari bermula Jumaat lepas KUALA TERENGGANU Seramai enam individu termasuk seorang...
Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Pizza Roket Roti Pelangi Cuti Umum Bersama Syabil Syarif

Rrsepi Sup Ekor Ala Thai

Cara Aktivasi Coretax Pribadi Bagi Yang Sudah Memiliki Npwp

Ganti Bms Ke Daly 100balance Smart Bms

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Attention


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65

Kehebatan Efootball Mobile Hari Perlawanan 2 Di Fifae World Cup 2025

Revolusi Perjalanan Ets3 Pendekkan Masa Perjalanan Kl Jb

Akmal Saleh Batalkan Hasrat Tunai Haji Serah Rm120 000 Untuk Rawatan Hati Adik Medina

Suami Uruskan 95 Hal Kahwin Erra Fazira Kongsi Momen Indah Terkejut Terima 24 Keping Dinar Emas Di Hari Majlis

Perumahan Kasih Johor 2026 Panduan Lengkap Permohonan