Kebenaran Rentas Negeri Dijangka Pertengahan Oktober


Aktiviti rentas negeri dijangka boleh dilaksanakan selewat-lewatnya pertengahan Oktober ini. Gambar hiasan
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) Kebenaran rentas negeri dijangka bulan hadapan PUTRAJAYA: Kebenaran rentas negeri dijangka akan dapat dilakukan bulan hadapan (Oktober) bersandarkan kepada data selepas 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin mengadakan sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di Kementerian Kewangan hari ini. - Gambar Bernama
“Kemungkinan pada Oktober sama ada pada peringkat awal atau selewat-lewatnya pertengahan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPN Bilangan 3/2021 di sini hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.


Muhyiddin berkata soal pembukaan sempadan negara juga sedang diperhalusi kementerian berkaitan, dan akan dibincangkan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya harap itu akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya selain rentas daerah dan negeri, pembukaan sempadan negara juga penting untuk mempercepatkan proses pemulihan negara.


Beliau berkata perbincangan pembukaan sempadan negara merangkumi cadangan sempadan negara dibuka kepada pelancong, peniaga dan usahawan untuk datang ke Malaysia dan membolehkan rakyat Malaysia melancong ke negara yang menerima kedatangan mereka yang telah lengkap vaksinasi.

“Ini adalah salah satu keputusan yang akan membawa kesan besar kepada negara,” katanya.

Muhyiddin berkata mesyuarat MPN hari ini memberi fokus kepada persiapan bagi pembukaan semula sektor pelajaran.


Beliau berkata, MPN diberi penerangan terperinci mengenai laporan status terkini berkaitan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan, Pelan Pembukaan dan Pengoperasian Institut Pendidikan Tinggi Sesi Akademik 2021/2022 oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Laporan Penilaian Pembukaan Sekolah oleh Kementerian Pendidikan.

“Mesyuarat mengambil maklum mengenai pembukaan institusi pendidikan tinggi (IPT) secara berperingkat bermula 15 Okt dan pembukaan sekolah secara berperingkat bermula 3 Oktober serta SOP yang akan berkuatkuasa demi melindungi warga IPT dan warga sekolah dari jangkitan COVID-19,” katanya.

Muhyiddin berkata mesyuarat hari ini juga meluluskan kertas cadangan untuk menubuhkan Majlis Pemulihan Negeri, yang akan dipengerusikan oleh menteri besar dan ketua menteri.

Katanya Majlis Pemulihan Negeri berperanan untuk memastikan keputusan MPN dilaksanakan di peringkat negeri, memperaku strategi dan inisiatif pemulihan di peringkat negeri dan daerah, dan memantau impak pelaksanaan inisiatif pemulihan di peringkat negeri dan daerah.

Beliau berkata cadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri dan mekanisme yang berkaitan akan dikemukakan kepada perdana menteri dan Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan persetujuan.


Muhyiddin berkata MPN akan menumpukan kepada pemulihan negara secara menyeluruh melibatkan pelbagai sektor dan kumpulan terkesan.

“Tumpuan juga diberikan kepada bantuan yang boleh disediakan untuk perniagaan, usahawan mikro, kecil dan sederhana untuk bangkit dan meneruskan perniagaan, dan masalah kemiskinan pasca pandemik dalam kalangan penduduk bandar dan luar bandar,” katanya. - Bernama

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/kebenaran-rentas-negeri-dijangka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebenaran Rentas Negeri Perlu Dibuat Secara Bertanggungjawab

Kebenaran Rentas Negeri Perlu Dibuat Secara Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 251 hits
Rakyat perlu beri masa kepada kerajaan dalam membuat keputusan itu KUALA LUMPUR Keputusan kebenaran merentas negeri perlu dibuat secara bertanggungjawab dengan memastikan ia benar benar selamat kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hisha...
Kebenaran Rentas Negeri Diumum Dalam Tempoh Terdekat

Kebenaran Rentas Negeri Diumum Dalam Tempoh Terdekat

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 242 hits
Oleh ZULKIFLI MANZOR Gambar hiasanKUALA LUMPUR Kebenaran rentas negeri penting sebagai langkah memulihkan industri pelancongan negara yang terjejas teruk akibat pandemik Covid 19 Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri b...
Kebenaran Rentas Negeri Tidak Cet0s Peningkatan Kes Ini Penjelasan Menteri Kesihatan

Kebenaran Rentas Negeri Tidak Cet0s Peningkatan Kes Ini Penjelasan Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 356 hits
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pada sidang dewan parlimen hari ini sebarang Ionjakan kes penuIaran jngkitan dalam kalangan masyarakat adalah berpunca daripada perkumpulan atau perhimpunan Justeru itu kebenaran pergerakan re
Kerajaan Pertimbang Rentas Negeri Jika Negara Masuk Fasa Endemik

Kerajaan Pertimbang Rentas Negeri Jika Negara Masuk Fasa Endemik

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 327 hits
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Ikuti kami di dan untuk berita terkini setiap hari klik KUALA LUMPUR Kerajaan hanya akan mempertimbangkan keputusan untuk membenarkan aktiviti merentas negeri secara menyeluruh pa...
Polis Bentong Nafi Tidak Perlu Surat Rentas Negeri Ke Janda Baik Siasatan Di Lakukan

Polis Bentong Nafi Tidak Perlu Surat Rentas Negeri Ke Janda Baik Siasatan Di Lakukan

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 376 hits
BENTONG Polis menafikan kenyataan mengelirukan oleh selebriti media sosial Vie Shantie Khan yang menyatakan tidak perlu surat rentas negeri dari Selangor ke Janda Baik di sini Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berka...
Jangan Melencong Tunjuk Surat Rentas Negeri Pdrm

Jangan Melencong Tunjuk Surat Rentas Negeri Pdrm

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 325 hits
ALOR SETAR Pelancong yang mahu menikmati kemudahan gelembung pelancongan menerusi Projek Rintis Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Kedah yang akan dibuka Khamis ini tidak dibenarkan melencong ke destinasi lain Ketua Polis Kedah Datuk Kama...
Rentas Negeri Dibenarkan Jika 90 Peratus Dewasa Terima Vaksin Pm

Rentas Negeri Dibenarkan Jika 90 Peratus Dewasa Terima Vaksin Pm

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 512 hits
KUALA LUMPUR Pusat pelancongan pulau berserta aktiviti rentas negeri hanya akan dibenarkan dengan syarat negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa
Parlimen Rentas Negeri Tak Cetus Lonjakan Kes Covid 19

Parlimen Rentas Negeri Tak Cetus Lonjakan Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 305 hits
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin KUALA LUMPUR Kebenaran pergerakan rentas negeri sekiranya liputan imunisasi mencapai 90 peratus dijangka tidak mengundang gelombang peningkatan kes COVID 19 Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebaliknya ...
Kelonggaran Rentas Negeri Antara Dibincang Esok Hishammuddin

Kelonggaran Rentas Negeri Antara Dibincang Esok Hishammuddin

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 283 hits
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meluangkan masa bergambar dengan seorang pelajar semasa mengadakan lawatan kerja ke Program Vaksinasi Covid 19 Back To School Peringkat Kementerian Pertahanan di Sekolah Menengah ...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Storytelling Is Key To Marketing

Roti Pandan Garlic

Saya Tidak Mahu Filem Komedi Ammar Ahyan Luah Hasrat Mahu Jadi Pelakon Aksi Jadikan Sharnaaz Ahmad Sebagai Inspirasi

Sekutu Trump Akan Menguasai Tiktok Versi As

Lebai Pas Adun Adun Sungai Ramal Mohon Maaf Tanpa Syarat Pada Ahli Parlimen Dap

Cara Guna Touch N Go Ewallet Untuk Isi Petrol Budi95 Panduan Lengkap Mudah