Kebebasan Media Hari Ini Masih Rapuh Kata Ahli Akademik
GERALDINE TONG 
Kebebasan media dalam Malaysia masih rapuh dan boleh dirampas pada  bila-bila masa oleh mereka yang berkuasa kerana struktur utama yang  menyokong status quo masih ada, kata ahli akademik V Gayathry.
"Saya fikir apa yang tidak berubah (sejak PRU ke-14) dan akan terus menjadi masalah utama kita ialah struktur.
"Jadi  apa yang menjadi asas politik dan media selama ini, saya fikir kita  tidak benar-benar mula menanganinya," katanya dalam satu forum  pelancaran buku Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope in New Malaysia di Petaling Jaya hari ini.
Gayathry,  yang merupakan pembantu profesor media dan politik Universiti  Nottingham, memberikan beberapa contoh untuk menunjukkan bahawa media  masih bergelut dengan kebebasan selepas PRU ke-14.
Menggunakan  Media Prima sebagai contoh, beliau berkata media berkenaan dilihat  pro-BN selama tiga dekad yang lalu, tetapi sekarang beralih dari menjadi  "pro- Mahathir dalam BN kepada pro-Mahathir dalam Pakatan Harapan".
Satu  lagi contoh yang diberikannya ialah persembahan oleh kumpulan Drama  Band yang menjadi kontroversi selepas dilihat menyindir bekas perdana  menteri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor, yang disiarkan di TV3.
"Tetapi,  anda fikir, TV3 mungkin melakukan ini sejak lama, tetapi anda  membenarkan diri anda menjadi alat parti itu dan gabungan itu selama  bertahun-tahun dan kemudian hari ini anda membenarkan ini kerana orang  lain telah berjuang untuk kebebasan anda .
"Namun anda tidak  menggunakan kebebasan anda dengan cara untuk memperluaskan ruang  tersebut. Anda tidak tahu bagaimana untuk menguruskan kebebasan itu.
"Bagi  anda, kebebasan adalah 'okay, sekarang kita hanya melihat siapa  kerajaan hari itu dan kemudian hanya mematuhinya'," kata Gayathry.
Beliau menegaskan bahawa pemilikan beberapa syarikat media besar tetap sama maka elemen kawalan ke atas media tidak berubah.
Apabila  panel moderator Masjaliza Hamzah mempersoalkan sama ada persembahan  Drama Band yang dilihat menyindir Najib akan disiarkan jika ia  sebaliknya menyindir Mahathir.
"Jika dia (Mahathir) merasa  terancam maka dia mempunyai semua alat yang diperlukan untuk memberitahu  media untuk menghentikan semua ini.
"Kita pastinya lebih banyak  mendengar BFM, Astro Awani dan LiteFM bercakap tentang politik. Itu  bagus, tetapi ia tidak dapat dikekalkan kerana ada pihak yang boleh  mengubahnya dengan cara lain pada masa depan jika mereka tidak berpuas  hati.
"Dan sekiranya keadaan itu wujud di mana perkara itu  (kebebasan media) boleh dirampas dengan begitu saja, ini bermakna kita  tidak benar-benar menangani masalah sebenar isu ini," jelasnya. 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/kebebasan-media-hari-ini-masih-rapuh.html