Agama Bangsa Dipijak Tapi Masih Ada Kata Tak Mengapa
Oleh Siti Fatimah Ishak Ultra kiasu makin 'kuat' sehingga kerajaan terpaksa mengalah

BANGI – “Apa sudah jadi dengan negara, seolah-olah tidak diperintah oleh  kerajaan yang sebenar, tetapi oleh ultra kiasu yang tidak pernah setia  kepada negara.
“Agama dan  bangsa, sudah dilenyek, dipijak, maruah entah di mana. Masih ada  sebahagian mengatakan, tidak ada apa-apa. Kita sanggup menikam sesama  saudara, demi untuk mengekalkan kuasa bersama ultra kiasu.”
Demikian  luahan pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah melihat ‘kekusutan’  yang berlaku dalam negara, apabila banyak isu yang berlegar tetapi  tidak berpihak kepada Melayu dan Islam.
Beliau  berkata, dalam banyak isu Melayu menjadi mangsa, sebaliknya ultra kiasu  semakin bermaharajalela sehingga pihak kerajaan terpaksa mengalah.
Ridhuan  Tee mengambil contoh insiden yang menimpa saudara Allahyarham Muhammad  Adib, sehingga kini, masih tidak ada pembelaan untuk anggota bomba itu.
Begitu juga dengan isu jawi, akhirnya, jawi tinggal jawi, tidak ada satu sekolah Cina yang mengajar jawi di SJKC, katanya.
“Kuil yang  sepatutnya berpindah ke tapak telah disediakan, tetap beroperasi dengan  megah, semakin aktif, ceria, seolah-olah tidak ada apa-apa yang  berlaku.
“Berbeza  sekali dengan tahanan ultra kiasu yang mati dalam lokap. Desakan demi  desakan dibuat terhadap kerajaan agar pembelaan dibuat terhadap tahanan  yang mati dalam lokap, sedangkan mereka yang nak dibela itu adalah  penjenayah tegar.
“Dalam  maksud, kerajaan terus didesak dan diasak. Akhirnya, kerajaan terpaksa  mengalah. Dasar yang sepatutnya dilaksanakan tidak dapat dilaksanakan,”  katanya.
Justeru,  apa yang perlu dibuat Ridhuan Tee berkata, suka atau tidak, ikhlas atau  tidak, mahu atau tidak, Muafakat Nasional mesti disokong sepenuhnya  sebagai satu cara untuk menyekat kemaraan ultra kiasu.
Namun, melihat kepada tanda-tanda yang ada, terlalu sukar untuk melihat Islam dan Melayu itu mengakar.
“Ultra  kiasu dilihat terlalu kuat. Lebih-lebih lagi jika ada Melayu ultra kiasu  bersama mereka. Lebih pelik lagi Melayu ultra kiasu di Kelantan turut  bersama,” katanya.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/agama-bangsa-dipijak-tapi-masih-ada.html