Kebaikan Pakai Stokin Ketika Tidur
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Kebaikan Pakai Stokin Ketika Tidur | Pakai stokin siang malam hanya diamalkan lepas bersalin dalam pantang. Paling lama pun 60 hari.. Lepas tu confirm dah tak pakai stokin dah...
Tapi sebenarnya banyak kebaikan pakai stokin ketika tidur yang kita sendiri tak tau...
Jom baca fakta ini...
KEBAIKAN PAKAI STOKING KETIKA TIDUR
Jom amalkan. Tidur pakai stokin.
Mungkin tidak ramai dari kita yang menyedari akan kebaikan amalan memakai sarung kaki (stoking) ketika tidur.
1. Untuk Tidur Yang Berkualiti
Kajian perubatan telah menunjukkan bahawa memakai stoking ketika tidur sangat digalakkan untuk membantu mendapatkan tidur yang berkualiti, selain dari itu ianya mempunyai beberapa kebaikan yang lain dari segi kesihatan.
Jika kita hanya menggunakan selimut sebagai menutup kaki, terdapat kebarangkalian yang besar yang selimut itu akan terselak ketika kita sedang tidur, tetapi dengan memakai stoking, kaki kita akan tetap tertutup rapi hingga ke pagi.
2. Hangatkan suhu tapak kaki
Apa yang berlaku bila memakai stoking ketika tidur, antaranya ialah, stoking akan membuatkan suhu tapak kaki kita menjadi hangat dan secara langsung akan memberi isyarat ke minda separasedar bahawa cuaca sedang panas. Hasilnya, otak akan memberi arahan pada tubuh badan supaya merendahkan suhu badan. hal ini akan membantu kita mendapatkan tidur yang berkualiti.
3. Elakkan tumit kaki merekah
Selain dari itu, pemakaian stokin ketika tidur juga didapati dapat mengelakkan tumit dan tapak kaki menjadi rekah, dan jika diamalkan, InsyaAllah anda akan mendapati rekahan-rekahan tapak kaki anda akan mula pulih sedikit demi sedikit.
4. Elak cadar dan tilam berbau
Pemakaian stoking ketika tidur juga dapat mengatasi masalah tilam dan cadar berbau akibat hiperhidrosis tapak kaki. Dimana, segala peluh tapak kaki akan diserap oleh stoking anda, dan ini dapat megelakkan tilam dan cadar anda dari berbau.
5. Elak gigitan nyamuk
Selain itu, tapak kaki anda terpelihara dari gigitan nyamuk dan anda dapat merasakan keselesaan dan rasa selamat ketika tidur. Kerana itulah, umpama kemestian, bayi yang baru lahir akan dibekalkan stokin dan kita dapat melihat penggunaan stoking oleh bayi.
6. Memelihara kekuatan tenaga batin lelaki
Dari segi yang lain pula, pengamal perubatan alternatif mengatakan bahawa orang lelaki yang mengamalkan pemakaian stoking ketika tidur, akan dapat menjaga suhu tapak kaki daripada kedinginan dan menghalang bisa dingin tapak kaki dari menjalar kebahagian urat saraf vital (anggota sulit) lelaki, yang mana ini akan dapat memelihara kekuatan tenaga batin lelaki itu dalam konteks perhubungan badan antara suami isteri.
7. Elak lenguh badan
Bahagian tapak kaki adalah bahagian yang paling awal mengesan dan menangkap kesejukan yang mana dingin tapak kaki yang berlebihan akan membawa kepada perkara-perkara seperti lenguh-lenguh, bisa-bisa dibetis dan lain-lain. Maka dengan memakai stoking ketika tidur, dapat dijadikan ikhtiar bagi mengelakkan perkara ini berlaku.
CARA PEMAKAIAN
Stoking yang digunakan ketika tidur janganlah jenis yang terlalu tebal atau terlalu nipis.
Jangan gunakan stoking yang sama setiap malam tanpa dicuci, gunakan hanya sekali semalam, dan basuh keesokkan harinya. Jika tidak, ini akan membuatkan bakteria dan kuman dari perpeluhan terkumpul, maka gangguan kulit seperti fungus dll pula akan muncul.
Jika mampu, dapatkan beberapa pasang stoking khas sebagai koleksi stoking tidur anda. Jangan gunakan stoking untuk tidur untuk kegunaan lain seperti kepejabat atau bersukan.
Sebaiknya, sebelum menyarungkan stoking, sapukan sedikit losyen kulit pada kaki anda dengan rata hingga kering sebelum menyarungkan sarung kaki anda. Jadikan ia sebagai last thing on bed bagi mengelakkan anda berjalan kesana kemari didalam rumah setelah memakai stoking, agar kotoran dan lain-lain yang berada dilantai rumah kita tidak melekat pada stoking anda.
Kredit : Facebook Fedtri yahya
Ringkasan:
Kebaikan Memakai Stokin Ketika Tidur:
1. Membantu mendapatkan tidur yang berkualiti.
2. Menghangat suhu badan
3. Mengelakkan tumit dan tapak kaki menjadi rekah.
4. Dapat mengatasi masalah tilam dan cadar berbau akibat hiperhidrosis tapak kaki.
5. Terpelihara dari gigitan nyamuk dan dapat merasakan keselesaan ketika tidur.
6. Menghalang bisa dingin tapak kaki.
7. Dapat memelihara kekuatan tenaga batin lelaki.
8. Menghindari masalah lenguh-lenguh, bisa-bisa dibetis dan lain-lain.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2017/11/8-kebaikan-pakai-stokin-ketika-tidur.html