Kebaikan Mendapatkan Tidur Yang Mencukupi Dan Berkualiti Tidur Pun Boleh Kurus
Tidur yang mencukupi memberi banyak manfaat kepada tubuh badan kita tetapi apa yang dimaksudkan dengan mencukupi? Berapa lama sepatutnya kita tidur baru ianya diklasifikasikan sebagai tidur yang mencukupi?
Satu persoalan yang sangat bagus!
Memetik dari artikel yang dikongsikan oleh laman sesawang Sleep Foundation, Orang dewasa yang sihat memerlukan antara 7 hingga 9 jam tidur setiap malam. Begitu juga dengan orang yang berumur lebih dari 65 tahun mereka juga harus mendapatkan 7 hingga 8 jam tidur setiap malam. Manakala, untuk bayi, kanak kanak dan remaja memerlukan lebih banyak tidur untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan mereka.
Apakah Kebaikan Mendapatkan Tidur Malam Yang Mencukupi?Tidur yang mencukupi dan berkualiti membantu tubuh badan kita untuk berfungsi dengan lebih baik. Berikut adalah antara manfaat mendapatkan tidur yang mencukupi.
1. Jantung Lebih Sihat Dan Kuat
Tidur yang mencukupi dan berkualiti akan mengurangkan beban kepada jantung kerana tekanan darah dan kadar degupan jantung menurun sewaktu kita tidur. Apa yang berlaku sekiranya tidur kita tidak mencukupi?
Menurut apa yang aku baca di website sclhealth, tidur yang tidak mencukupi akan menyebabkan badan kita melepaskan hormon kortisol iaitu hormon tekanan yang mencetuskan jantung kita untuk bekerja lebih keras.
Apabila jantung bekerja lebih keras untuk jangkamasa yang panjang ianya boleh menyebabkan penyakit contohnya hiperlipidemia dimana keadaan kolestrol dalam darah berada pada tahap tinggi yang boleh menjadi punca kepada serangan jantung dan strok.
2. Membantu Mengawal Dan Mengurangkan Berat Badan
Dalam badan kita terdapat hormon yang dipanggil leptin dan ghrelin
leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel lemak dimana tugasnya adalah untuk mengendali nafsu makan serta rasa lapar. Leptin memberi singal kepada otak untuk memberitahu kita ketika perut sudah kenyang.
Ghrelin pula adalah hormon yang dihasilkan oleh perut. Ghrelin juga dikenali dengan nama lain iaitu hormon lapar kerana fungsinya adalah untuk memberi singal kepada otak bawahasanya kita sedang lapar.
Dalam artikel yang bertajuk Sleep and Overeating yang dikongsikan oleh website Sleep Foundation, tidur yang tidak cukup boleh meningkatkan tahap hormon ghrelin dan menurunkan hormon leptin. Keadaan ini boleh meningkatkan nafsu dan selesa makan seseorang.
Jadi, kita perlu dapatkan rehat dan tidur yang mecukupi supaya hormon lapar kita dapat dikawal dengan lebih baik. Bila tidak lapar, insyaAllah kita dapat mengurangkan masalah makan secara berlebihan. Jadi, kalau nak jaga berat badan dapatkan rehat dan tidur yang cukup.
3. Membantu Mengurangkan Stress Dan Mengekalkan Mood Yang Baik
Seperti yang dimaklumkan dalam point yang pertama, tidur yang tidak mencukupi boleh meningkat hormon tekanan (stress). jadi, pastikan kita mendapatkan tidur yang cukup supaya hormon tekanan ini dapat dikawal dengan baik untuk mengurangkan stress dan anxiety. Apabila stress berkurang, mood kita juga akan berada dalam keadaan yang baik.
4. Keselamatan Diri Dan Orang Sekeliling Lebih Terjamin
Tidak berkaitan dengan dalaman badan tetapi masih penting untuk kita ambil berat kerana ianya melibatkan orang sekeliling.
Kurang tidur pada boleh menyebabkan kita rasa mengantuk dan ianya boleh membahayakan diri dan orang sekeliling. Sebagai contoh, memandu kenderaan di jalanraya. Tidak mendapatkan rehat yang cukup sebelum memandu boleh membuatkan kita terlelap seketika (microsleep) dan kemalangan jalanraya boleh berlaku.
Baca Juga : Terlelap Secara Tiba Tiba! Kenali Apa Itu Microsleep
Selain itu, rasa mengantuk di tempat kerja juga sangat bahaya terutama sekali buat mereka yang menggunakan alatan atau mesin sewaktu menjalankan tugas. Jadi, wajib mendapatkan tidur yang cukup supaya kita lebih fokus dalam melakukan pekerjaan dan memandu dijalanraya.
Berikut adalah antara kebaikan dan manfaat yang kita boleh dapat sekiranya tidur dijaga dengan baik. Terdapat banyak faktor kenapa ramai rakyat Malaysia tidak dapat tidur yang cukup dan berkualiti tetapi aku berharap kita semua cuba yang terbaik untuk mengubahnya sedikit demi sedikit untuk kebaikan tubuh badan kita.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.luqmanzakaria.com/2022/08/manfaat-tidur-yang-cukup-berkualiti-boleh-kurus.html