Mama Kakak Rindu Adik Ibu Reda Anak 5 Bulan Pergi Ketika Tidur Di Taska


Setiap apa yang berlaku semuanya dah ketentuan Allah. Ajal, maut jadi rahsia-Nya. Sama juga situasinya kepada pasangan suami isteri ini apabila anak lelaki yang ditunggu selama tiga tahun setelah dikurniakan dua anak perempuan dijemput ilahi pada 3 Ogos lalu.
Menerusi laporan Metro, menurut Aisyah Abdul Aziz, selama tiga tahun dia dan suami, Azrai Ramly menanti kehadiran anak lelaki dan doa mereka termakbul apabila dikurniakan bayi diberi nama Aariz Nuh pada 13 Februari lalu.

Kehadiran Aariz memberi sinar dalam kehidupan mereka namun yang terindah hanya sementara apabila anak bongsu mereka itu dijemput Ilahi pada 3 Ogos lalu ketika berusia lima bulan.
Aariz meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari selepas dihantar ke sebuah taska dan punca kematian masih belum diketahui kerana perlu menunggu laporan lengkap bedah siasat.
Lebih menyedihkan apabila Aariz pergi seminggu sebelum bapanya, Azrai menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34, 10 Ogos lalu.
@hani.aisya Kenangan terindah kami… Rindu tiada penghujung…. Aariz Nuh adik.. sayang.. Lagi 10 hari adik nak makan, tapi Allah jaga adik lebih baik… #alfatihah #03082022 ♬ Sholawat Jibril – Nada Langit
Kisah meruntun hati itu mendapat perhatian netizen selepas Aisyah, 33, memuat naik video di TikTok miliknya, baru-baru ini.
Menerusi video itu, kelihatan Aisyah memangku Aariz yang dibaluti kain batik dalam keadaan tidak bernyawa.
Berkongsi kisah sebenar, Aisyah berkata, video itu dimuat naik sebagai kenangan dan untuk melepaskan rindu terhadap anaknya.
“Orang yang datang ziarah di rumah mungkin nampak saya kuat namun saya sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan rindu pada anak.

“Jadi, perkongsian di TikTok itu sahaja cara untuk meluahkan apa yang terpendam kerana hendak meratap tidak boleh, nak menangis pula sampai bila?
“Tak sangka ramai yang menonton termasuk perkongsian video suami, malah ramai yang mendoakan dan itu (doa) membuatkan saya bangkit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menceritakan apa yang berlaku, Aisyah berkata, pagi hari kejadian, suaminya menghantar Aariz ke taska sebelum ke tempat kerja.
Katanya, pada jam 12.05 tengah hari, dia menerima panggilan daripada pihak taska memaklumkan anaknya berada di sebuah hospital swasta, di sini.
“Saya datang bersama suami dan setibanya di hospital, kami nampak doktor dan jururawat ada di sisi Aariz sebelum memberitahu yang anak kami sudah tiada.

“Saya terus peluk suami ketika itu dan sedih sangat hingga tertanya-tanya mengapa Aariz boleh meninggal dunia sedangkan saya sudah menghantarnya ke tempat yang terbaik tetapi tenang semula selepas mengenangkan Rasulullah yang juga diuji dengan kematian anak Baginda.
“Lagipun Aariz sudah pasti di syurga, jadi ia hadiah buat kami sekeluarga apabila tahu dia di tempat yang baik di sisi yang Esa,” katanya.
Aisyah berkata, anak sulungnya, Afea Naela, 6, yang paling terkesan dengan pemergian Aariz.
“Sebelum adanya Aariz, saya sudah ada dua cahaya mata perempuan dan tidak kisah jika dapat lagi yang sama (anak perempuan).

“Bagaimanapun anak perempuan saya berdoa supaya dapat adik lelaki malah dia yang paling teruja sejak hari pertama Aariz dilahirkan.
“Sejak Aariz pergi, hampir setiap malam Afea menangis dan cium bantal adiknya kerana rindu,” katanya.
Lagi 10 hari Aariz nak rasa makanan pertamanya
Sementara itu, di akaun TikTok hani.aisya, Aisyah memberitahu pihak taska menghubunginya dan memaklumkan bahawa anak lelakinya itu meninggal dunia ketika tidur.
Menurutnya, dia terkilan kerana anak bongsunya, Aariz Nuh sepatutnya dapat merasai makanan pertamanya dalam masa 10 hari lagi, namun telah dijemput ajal.

Masa ni langkah kaki macam melayang, hati mama kosong…lagi 10 hari nak makan, tapi Allah jaga adik lebih baik.
Simpati dengan apa yang berlaku, ramai yang menitipkan kata-kata semangat dan doa buat ibu ini dan percaya Aariz dah bahagia di sana dan ini juga tiket untuk ibu ayahnya ke syurga.
Sumber: Metro & Tiktok @hani.aisya

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post “Mama, Kakak Rindu Adik.” Ibu Reda Anak 5 Bulan Pergi Ketika Tidur Di Taska appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mama-kakak-rindu-adik-ibu-reda-anak-5-bulan-pergi-ketika-tidur-di-taska/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rambut Anak Digunting Ketika Tidur Pakaian Diconteng Digunting Ibu Dakwa Anaknya Menjadi Mangsa Khianat Di Mrsm Kuantan

Rambut Anak Digunting Ketika Tidur Pakaian Diconteng Digunting Ibu Dakwa Anaknya Menjadi Mangsa Khianat Di Mrsm Kuantan

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 421 hits
The ReporterTular di media sosial seorang wanita mendakwa anak perempuannya menjadi mangsa khianatdi Maktab Rendah Sains Mara Kuantan sejak Jun 2022 sehingga ke hari ini masih belum menemui jalan penyelesaian Nazrah Mohamed mendakwa kes yan...
Ibu Sekolah Abang Tidur Ramai Geram Dengar Anak Kecil Layan Abang Rider Hantar Barang Jujur Sungguh

Ibu Sekolah Abang Tidur Ramai Geram Dengar Anak Kecil Layan Abang Rider Hantar Barang Jujur Sungguh

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 202 hits
Setiap kali belian barang secara atas talian sampai anak anak kitalah yang paling gembira Berlari lari ke muka pintu untuk mengambil barang Telatah lucu perbuatan anak kecil bersama abang rider J T Ekpress yang dikongsikan oleh satu akaun T...
Ibu Ini Kongsi Tip Anak Bebas Pampers Seawal 3 Tahun Tidur Pun Tak Ada Masalah

Ibu Ini Kongsi Tip Anak Bebas Pampers Seawal 3 Tahun Tidur Pun Tak Ada Masalah

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 206 hits
Apabila anak mula berusia 2 tahun ke atas ibu bapa dah terfikir untuk bagi anak bebas lampin Cuma yang risaunya takut anak terkucil atau membuang air besar di merata tempat Menerusi perkongsian ibu ini Puan Elina Fatini cara dia melatih ana...
Lembutkan Hati Anak Ibu Ini Kongsi Semasa Anak Hampir Tidur Amalkan Doa Ini

Lembutkan Hati Anak Ibu Ini Kongsi Semasa Anak Hampir Tidur Amalkan Doa Ini

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 200 hits
Apakah doa yang boleh diamalkan untuk lembutkan hati anak anak Ini antara soalan popular dalam kalangan ibu bapa Setiap ibu bapa sentiasa nak yang terbaik buat anak mereka Tambah lagi setelah seharian kita sibuk dengan tugasan dan mengurusk...
No Gadjet Dekat Meja Makan Ibu Ini Kongsi Aktiviti Bonding Bersama Anak

No Gadjet Dekat Meja Makan Ibu Ini Kongsi Aktiviti Bonding Bersama Anak

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 161 hits
Menjadi trend zaman sekarang masing masing sibuk dengan telefon pintar sendiri sambil makan Tiada lagi komunikasi dalam keluarga yang ada hanyalah tumpuan 100 pada gadjet dan dunia sendiri walaupun satu meja Agak rugi jika keadaan seperti i...
Baliklah Norshahzrin Ibu Rayu Orang Ramai Cari Anak Perempuannya Yang Dipercayai Lari Ikut Mat Motor

Baliklah Norshahzrin Ibu Rayu Orang Ramai Cari Anak Perempuannya Yang Dipercayai Lari Ikut Mat Motor

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 143 hits
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dipercayai telah melarikan diri dari rumah bersama seorang kenalan lelaki yang menunggang motosikal di Batu Pahat Siti Azizah Mohd Mazlan 40 ibu kepada remaja Norshahzrin Shahzwani Mohd Hafiz berkat...
Ibu Hamil Wajib Tahu Ini Penyebab Bibir Anak Sumbing Saat Dilahirkan

Ibu Hamil Wajib Tahu Ini Penyebab Bibir Anak Sumbing Saat Dilahirkan

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 182 hits
Deteksi dini bibir sumbing saat kehamilan bisa dilakukan melalui USG 3D dan yang terbaru adalah dengan USG 4 dimensi
Saya Mengakui Ibu Saya Mencuri 3 Coklat Cadbury 2 Botol Syampu Rejoice Anak Tampil Mohon Maaf Bagi Pihak Ibunya

Saya Mengakui Ibu Saya Mencuri 3 Coklat Cadbury 2 Botol Syampu Rejoice Anak Tampil Mohon Maaf Bagi Pihak Ibunya

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 183 hits
Susulan kejadian pencuri menuntut permohonan maaf dari pekerja kedai serbaneka yang menularkan video dirinya mencuri coklat Cadbury dan mengancam mengambil tindakan undang undang terhadap pekerja terbabit Frank Hutapea anak kepada peguam te...
Mana Nak Cari Ibu Kongsi Anak Menangis Minta Duit Rm3 Warganet Terhibur

Mana Nak Cari Ibu Kongsi Anak Menangis Minta Duit Rm3 Warganet Terhibur

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 238 hits
Kadang kadang ada saja permintaan anak yang pelik pelik sampai kita nak handle pun pening kepala Pemikiran kreatif anak ni jangan dipandang ringan mereka mampu berfikir di luar kotak Kita yang dewasa pun tak pernah terfikir tapi anak ni mac...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut