Keangkuhan Israel Makan Diri



TEL AVIV – Keangkuhan Israel melakukan jenayah perang dan penghapusan rakyat Palestin tiada tolok banding.
Selama lebih tujuh dekad lamanya, rejim Zionis rakus melakukan pembunuhan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak.
Malah, kecaman masyarakat antarabangsa terhadap kekejaman Israel umpama mencurahkan air ke daun keladi.
Namun, pada Sabtu keangkuhan Israel memakan diri apabila ia seolah-olah tidak mampu mengawal nasib sendiri apabila negara haram itu dihujani ribuan roket yang dilancarkan dari Genting Gaza.
‘Operasi Banjir al-Aqsa’ yang dilancarkan Hamas yang menguasai Gaza umpama tamparan hebat kepada Israel kerana skala pertempuran terbaharu itu tidak pernah disaksikan sejak 1948.
Perang berskala besar itu berlaku apabila pihak berkuasa Israel menutup lintasan sempadan Karem Abu Salemm (Kerem Shalom) yang menghubungkan wilayah Gaza selama dua minggu.
Sebagai respons terhadap hujan roket tersebut, tentera Israel juga bertindak melancarkan serangan udara ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza yang berada di bawah kepungan haram sejak 2007.
Serangan dirancang teliti, dilaksanakan dengan baik
Serangan melalui udara, laut dan darat dilancarkan Hamas dan pejuang lain dari Gaza dianggap satu kejayaan dan dilaksanakan dengan baik.
Seiring pelancaran ribuan roket ke arah wilayah yang diduduki, ratusan pejuang Palestin menyerang kawasan tentera Israel di bahagian selatan yang meragut hampir 300 nyawa.
Objektif Hamas dan Operasi Banjir al-Aqsa bukanlah rahsia. Pertama, membalas dan menghukum Israel kerana pendudukan, penindasan dan penempatan haram serta pencemaran Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.
Kedua, Operasi Banjir al-Aqsa adalah tanda protes Hamas terhadap normalisasi negara Arab dengan rejim Zionis dan akhir sekali perang terbaharu ini sebagai langkah untuk mendapatkan pertukaran banduan serta tahanan politik lain dari penjara Israel.
Perlu diingat bahawa pemimpin Hamas di Genting Gaza, Yahya al-Sinwar ditahan lebih dua dekad di penjara Israel sebelum dibebaskan dalam pertukaran tahanan.
Terdapat juga aspek ‘menghukum dan balas dendam’ dalam perang kali ini kerana ketua tentera Hamas, Mohammed Deif kehilangan orang tersayang akibat keganasan Israel yang menyaksikan bayi lelaki, anak perempuan berusia tiga tahun dan isterinya maut dalam serangan udara Israel pada 2014.
Dalam erti kata lain, serangan mengejut Hamas bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Tamparan hebat
Sifat angkuh Israel dan kesombongan pemimpinnya bukan lagi rahsia kerana mereka selama ini menganggap kebal dan tidak boleh dikalahkan.
Namun, serangan kali ini disifatkan sebagai satu tamparan kepada Israel yang selama ini memperlekehkan perjuangan Palestin.
Menurut penganalisis politik veteran Israel, Meron Rapaport Israel sedang melalui situasi yang mereka tidak pernah gambarkan sebelum ini.
Rapoport menyifatkan perkhidmatan perisikan Israel berada dalam keadaan terkejut dan kepercayaan Israel terhadap tentera telah lebur.
“Ini adalah kegagalan tentera dan perisikan yang pasti Israel perlu mengambil masa yang lama untuk pulih, dari segi keyakinan diri,” katanya.
Tambahnya, selama bertahun-tahun Israel telah membangunkan rangkaian infrastruktur kawalan yang canggih dan mahal di dalam serta sekitar Genting Gaza yang telah dikepung sejak 2007.
“Sepatutnya ada kamera di sana, dron di udara. Ini adalah tamparan hebat yang tidak dapat dibayangkan oleh tentera Israel,”katanya.
Rapoport menyatakan bahawa unit perisikan tentera Israel yang dikenali sebagai Unit 8200, dapat mengetahui butiran paling halus dalam kehidupan rakyat Palestin.
Namun peliknya, kali ini mereka tidak dapat mengesan ratusan atau ribuan roket yang dilancarkan pejuang Palestin.
“Imej-imej di televisyen yang menunjukkan remaja berbisik kepada media bertanya di mana tentera berada, sungguh memberi kesan.
“Pejuang Palestin menembak di luar tetapi tentera masih belum muncul. Situasi ini menjadi sangat sukar untuk dipulihkan,” katanya. – Agensi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/10/keangkuhan-israel-makan-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Obama Beri Amaran Tindakan Israel Di Gaza Boleh Makan Diri

Obama Beri Amaran Tindakan Israel Di Gaza Boleh Makan Diri

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 244 hits
AstroawaniAgensiBEBERAPA tindakan yang diambil Israel dalam menentang Hamas seperti memotong bekalan makanan dan air di Gaza hanya akan mengukuhkan lagi sikap rakyat Palestin selama beberapa generasi akan datang dan melemahkan sokongan anta...
Elak Kutuk Hamas China Beritahu Israel Semua Negara Ada Hak Pertahan Diri

Elak Kutuk Hamas China Beritahu Israel Semua Negara Ada Hak Pertahan Diri

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 305 hits
HarapanDaily comChina hari ini mengelak mengutuk Hamas secara terbuka atas konflik di Palestin sebaliknya memberitahu rakan sejawatnya di Israel bahawa semua negara mempunyai hak mempertahankan diri Mesej itu disampaikan Beijing dalam perbu...
Mulut Celupar Sanusi Tohmahan Pn Boleh Makan Diri Analisis

Mulut Celupar Sanusi Tohmahan Pn Boleh Makan Diri Analisis

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 177 hits
Hariz MohdPRK PELANGAI Walaupun Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor disambut seakan bintang selebriti di negeri negeri yang ditadbir PAS namun keadaannya agak berbeza di Pelangai Dia dikatakan tokoh kontroversi yang selalu melawak de...
Tiada Tempat Untuk Penduduk Gaza Larikan Diri Selepas Israel Isytihar Perang

Tiada Tempat Untuk Penduduk Gaza Larikan Diri Selepas Israel Isytihar Perang

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 139 hits
HARAPAN DAILY Bangunan kediaman penduduk di Semenanjung Gaza dihujani senjata tentera Zionis Israel selepas serangan Hamas yang tidak pernah berlaku sebelum ini Dalam situasi yang bila bila masa saja meragut nyawa itu isteri Amer Ashour mul...
Makan Tengah Hari Dekat Mykori Dessert Cafe Bandar Puteri Puchong

Makan Tengah Hari Dekat Mykori Dessert Cafe Bandar Puteri Puchong

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 543 hits
MyKori Dessert Cafe Bandar Puteri PuchongMyKori Dessert Cafe Bandar Puteri Puchong Tempat Makan Menarik Di Puchong Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys Minggu lepas kebetulan ikut kawan kawan buat konten media sosial diorang jadi MOMI s...
Cari Makan Dalam Sogo

Cari Makan Dalam Sogo

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 186 hits
Sejak dah pindah pejabat ni yang dekat dengan stesen LRT asal hari Jumaat je merayap ke SOGO Ada je point nak ke situ haha Ni 2 minggu berturut k fiezz repeat ke Sogo Minggu lepas nak pi Guardian Sales kat tingkat 7 Mak k fiezz suruh beli h...
Santainya Hewan Ini Tetap Makan Meski Tubuh Terlilit Ular

Santainya Hewan Ini Tetap Makan Meski Tubuh Terlilit Ular

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 176 hits
Walau tubuhnya terlilit ular hewan ini masih bisa bergerak untuk makan
Makcik Hangpa Pi Tengok Wayang Karaoke Makan Kat Hotel Or Pi Main Golf Hari Hari Ka

Makcik Hangpa Pi Tengok Wayang Karaoke Makan Kat Hotel Or Pi Main Golf Hari Hari Ka

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 208 hits
Mat RopiService tax yg naik dari 6 ke 8 tue hanya libatkan perkhidmatan mewah mcm tidur hotel pusat karoake panggung wayang pusat hiburan Service tax utk makanan masih masa 6 Yg makcik2 duk kampung menyalak teruk sangat kenapa Hari2 ke tidu...
Singgah Port Makan 97 Pavilion Food Space Di Kampung Banggul Kepala Batas

Singgah Port Makan 97 Pavilion Food Space Di Kampung Banggul Kepala Batas

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 348 hits
97 Pavilion Food SpaceSalah satu port makan yang ala ala hipster sikit di Kepala Batas korang boleh cari 97 Pavilion Food Space yang terletak di Jalan Pokok Sena Kampung Banggul Kepala Batas Pulau Pinang Sebenarnya macam food court la jugak...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco