Keadilan Buat Cikgu Fadli Terima Surat Tindakan Tatatertib Kpm Kerana Jujur Tegur Ppd






Kerana jujur dan mengatakan kebenaran, Kementerian Pendidikan Malaysia nak buang kerja saya. Oh Malaysiaku..

Malam ni saya kongsi terus surat dari KPM yang nak buang kerja atau turun pangkat saya. Kerana apa saya nak kena buang kerja

Adakah saya seorang guru bermasalah di sekolah? Tidak, markah prestasi saya saban tahun melebihi 90%, bahkan mencecah 98%

Adakah saya selalu MC dan ponteng kerja? Juga tidak. Rekod kehadiran saya ke sekolah setiap tahun sangat cantik

Adakah saya tumbuk Guru Besar, bergaduh dengan rakan sekerja? Juga tidak, saya sangat disenangi rakan sekerja dan pentadbir

Adakah saya cabul atau rogol murid? Jauh sekali. Anak-anak didik saya, saya layan ibarat anak-anak sendiri. Saban tahun masa Hari Guru dapat hadiah terbanyak dan Anugerah Guru Popular. Setiap tahun dapat anugerah guru popular dan hadiah paling banyak sejak tahun pertama saya dipostingkan hingga ke hari ini. 
Adakah saya bermasalah dengan ibubapa? Pun tidak. Ibubapa dengan saya sangat rapat. Tak pernah bergaduh. Bahkan bila saya ditukarkan dari SK Taman Melawati 2 pada 2016, ibubapa buat petisyen, kutip tanda tangan, bawa ke PPD nak kekalkan saya di sana

Tak berjaya juga, mereka panjat JPN jumpa Timbalan Pengarah JPN mohon jasa baik kekalkan saya di SKTM2. Kerana mereka tahu saya ditukarkan bukan kerana saya bermasalah, tetapi kerana saya bercakap jujur dan benar mengenai isu PPD masa tu

Jadi soalnya kenapa KPM nak buang saya? Kerana saya bercakap jujur dan menyatakan kebenaran
Mereka tak boleh dengar kebenaran. Mereka tak boleh dengan luahan jujur. Mereka hanya nak dengar ampu, bodek, puji puja sahaja

Saya berkata jujur tentang apa sampai nak kena buang kerja tu? Saya bercakap tentang :Beg berat bahaya pada anak-anak kitaSilibus tinggi dan padat. Silibus syok sendiri.Bilangan murid yang ramai dalam kelas.Subjek yang banyak murid belajar.Masa belajar untuk subjek teras terutamanya Matematik tidak mencukupi.Adanya Little Napoleon dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan kita rosak.Itu yang saya tulis.
Kata mereka, 'Cikgu perlu guna saluran yang betul. Bukan kat Fb'

Jangan sembang saluran yang betul dengan saya. Sebab saya dah luahkan dalam saluran yang paling betul, masa penataran buku silibus baru di PPD di hadapan lebih 30 orang guru Matematik daerah Gombak, pegawai PPD dan pegawai JPN

Sehingga mereka tak mampu berhujah dan menjawab persoalan saya, mereka bawa pegawai BPK dari Putrajaya. Pegawai yang bertanggungjawab membuat silibus baru itu hadir dalam bengkel semata-mata nak menjawab semua persoalan saya

Dan sampai ke sudah saluran paling betul itu langsung tak memberi kesan apa-apa, bahkan makin menyusahkan

Beginilah sistem kita. Sistem yang hanya nak mendengar puja puji walaupun ianya penipuan
Yang pandai membodek, pandai menipu, naik pangkat cepat. Yang menukarkan saya dulu naik pangkat menjadi Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran di JPN sana

Sedangkan saya yang bercakap jujur dan mengatakan kebenaran hendak dibuang kerja.
Lihat dan baca sendiri semua pertuduhan ke atas saya. Sesiapa tolong bagitahu saya, manakah antara tuduhan itu saya menipu

Semuanya benar. Semuanya fakta. Semuanya benda umum yang semua orang tahu. Bukan bawah akta kerahsiaan pun

Tapi, mereka seboleh mungkin nak kaitkan juga kesalahan dengan akta lapok yang sepatutnya lama dah dimansuhkan. Akta yang menyekat sesiapa menyatakan kebenaran jika kebenaran itu pahit dan menunjukkan salah dan lemah mereka

Habis tu sampai bila? Sampai bila benda salah nak sorok? Sampai bila nak sapu sampah bawah karpet? Sampai bila nak sorok kudis kecil? Tunggu jadi barah hingga tak boleh dirawat lagi? Begitukah

Selama ini sesiapa jua ingin berkata, didiamkan dengan ugutan tindakan tatatertib. Saya bukan guru pertama timbulkan isu ini

Berpuluh guru, bahkan beratus guru lain yang pernah persoalkan tentang silibus tinggi, yang jujur bagitahu ada penipuan dalam data KPM, mereka semua disenyapkan dengan ugutan seperti ini

Maka pakat mendiam semua. Mereka ada anak isteri. Mereka ada komitmen hutang yang perlu dilunaskan setiap bulan. Jika terlucut kerja macamana agaknya kehidupan mereka

Semua orang fikir tentang periuk nasi. Takut kena sekat pangkat. Takut kena buang kerja. Maka pakat akur walau dalam hati tidak pernah rela

Hari ini, biarlah saya bangkit hadap semua kezaliman dan kerosakan ini. Biar saya seorang hadap apa jua risiko

Dibuang kerja. Disekat kenaikan pangkat. Dipancung anugerah dan sebagainya.Biar saya hadap semua itu kerana jika tiada siapa berani berdiri seperti saya pada hari ini, maka kerosakan ini akan terus berlaku sampai bila-bila

Apa yang saya perjuangkan ini, tidak ada setitis pun untuk kebaikan diri saya. Semuanya untuk kebaikan generasi dan anak-anak kita. Semuanya demi Malaysia yang lebih baik

Saya ambil risiko dibuang kerja, saya korek tabung simpanan hire lawyer nak fight kes ini sampai akhir
Jika ditakdirkan kes saya ini kalah di mahkamah, saya akan buat rayuan di mahkamah tinggi untuk fight lagi

Kalah lagi, lawan lagi. Kalah lagi, lawan lagi. Biar pun jika ditakdirkan Tuhan saya takkan menang seumur hidup saya, namun anak-anak murid saya boleh berkata dengan bangga,
'Aku ada seorang cikgu. Cikgu aku yang sanggup berjuang untuk pendidikan kami sampai dibuang kerja. Sampai ke akhir hayat'.
Buat Little Napoleon dan dinosaur kat atas sana, satu pesanku

'Penjinak singa hanya mampu membuatkan singa patuh dengan kayu tas dan rotannya. Namun sebaik singa tidak lagi takut akan rotan dan kayu tas itu, penjinaklah harus takut akan singa'.  
 - MFS -









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/10/keadilan-buat-cikgu-fadli-terima-surat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amanah Kpm Perlu Terbuka Terima Kritikan Guru Desak Tidak Kenakan Tindakan Terhadap Cikgu Fadli

Amanah Kpm Perlu Terbuka Terima Kritikan Guru Desak Tidak Kenakan Tindakan Terhadap Cikgu Fadli

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 216 hits
Kementerian Pendidikan perlu meraikan kebebasan mengeluarkan pandangan dan tidak mengambil tindakan terhadap guru Mohd Fadli Salleh sehingga sampai ke tahap dibuang kerja atau diturunkan pangkat susulan tegurannya kata Amanah Kami ingin men...
Cikgu Fadli Bebas Tindakan Tatatertib Kerana Pru15 Makin Hampir Dakwa Maszlee

Cikgu Fadli Bebas Tindakan Tatatertib Kerana Pru15 Makin Hampir Dakwa Maszlee

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 253 hits
Maszlee Malik mencadangkan guru yang pernah dikenakan tindakan semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional supaya menularkannya kepada umum PETALING JAYA Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik mendakwa Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidi...
Fenomena Cikgu Fadli Salleh Buka Mata Dato Najib Razak Untuk Tegur Dr Radzi Jidin

Fenomena Cikgu Fadli Salleh Buka Mata Dato Najib Razak Untuk Tegur Dr Radzi Jidin

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 234 hits
Status facebook Dato Najib Razak semalam mengenai isu Cikgu Fadli Salleh yang telah menerima surat rasmi mengenai tindakan tatatertib yang bakal diterima beliau itu telah mendapat sambutan hangat sekali oleh netizen Status bekas Perdana Men...
Cikgu Fadli Minta Maaf Ke Caprice Malas Panjangkan Isu Remeh Terima Kasih Sokong

Cikgu Fadli Minta Maaf Ke Caprice Malas Panjangkan Isu Remeh Terima Kasih Sokong

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 210 hits
Sejak beberapa hari kebelakangan ini pelbagai isu panas melibatkan public figure di Malaysia Bermula dengan isu pendakwah didakwa melakukan amang seksual sehinggakan selebriti terkenal Caprice turut campur tangan apabila mendedahkan lebih r...
Dia Nak Masuk Campur Tapi Caprice Buat Cubaan Nak Ulas Isu Kpm Ini Respon Cikgu Fadli Salleh

Dia Nak Masuk Campur Tapi Caprice Buat Cubaan Nak Ulas Isu Kpm Ini Respon Cikgu Fadli Salleh

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 165 hits
Baru baru ini luahan hati seorang pendidik iaitu Mohd Fadli Salleh mengenai silibus pelajaran di sekolah yang terlalu padat selain isu isu seperti beg berat dan bilangan murid yang terlalu ramai di dalam kelas Menurut Fadhli hanya kerana pe...
Ancaman Tindakan Ke Atas Cikgu Fadli Budaya Bn Jadi Lebih Buruk Jika Kembali Berkuasa

Ancaman Tindakan Ke Atas Cikgu Fadli Budaya Bn Jadi Lebih Buruk Jika Kembali Berkuasa

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 211 hits
Rakyat Malaysia perlu membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 15 sekiranya mahu melihat sistem pendidikan negara melahirkan generasi cemerlang bukannya anak anak berminda bongsai Menurut mantan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik ancam...
Isu Cikgu Fadli Pm Harap Keputusan Menang Menang Dicapai

Isu Cikgu Fadli Pm Harap Keputusan Menang Menang Dicapai

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 202 hits
Tangkap layar surat berhubung tindakan tatatertib dikeluarkan terhadap guru matematik Mohd Fadli Salleh BERA Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berharap situasi menang menang dapat dicapai dalam isu melibatkan guru Mohd Fadli Mohamed Salle...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang