Isu Cikgu Fadli Pm Harap Keputusan Menang Menang Dicapai


 
Tangkap layar surat berhubung tindakan tatatertib dikeluarkan terhadap guru matematik Mohd Fadli Salleh. (Gambar Facebook Cikgu Fadli)BERA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berharap situasi menang-menang dapat dicapai dalam isu melibatkan guru Mohd Fadli Mohamed Salleh dengan Kementerian Pendidikan, yang tular di media sosial Facebook sejak semalam.
Beliau berkata dimaklumkan mengenai kejadian itu pagi tadi dan telah berhubung dengan Ketua Pengarah Pendidikan Pkhairuddin Ghazali petang ini, bagi mendapatkan penjelasan berhubung kejadian tersebut.
Jawatankuasa disiplin kementerian juga, menurut Ismail akan bersidang esok, berhubung isu tersebut yang akan dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Yusran Shah Mohd Yusof.
“Surat tunjuk sebab adalah perkara biasa dalam jabatan kerajaan, namun saya berharap keputusan positif akan dicapai pada mesyuarat esok. Insya-Allah apa yang digambarkan dalam surat itu atau di media sosial seperti akan dipecat, diturunkan pangkat dan sebagainya tidak akan berlaku.
Pihak kementerian tidak boleh melepaskan kakitangan yang mengeluarkan komen (di media sosial) namun dalam masa sama, hukuman yang terlalu keras kepada pegawai dan kakitangan juga tidak wajar, selain pegawai dan kakitangan juga perlu menghormati kementerian,” katanya.
Ismail berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Moh Ngeteh Bersama Masyarakat India Parlimen Bera di Dewan Kompleks Umno Bera.
Beliau juga berpandangan kementerian dalam menjaga integriti mereka, perlu mendengar pandangan bukan hanya daripada guru, tetapi masyarakat dan berdasarkan reaksi yang diterima selepas isu tersebut tular, ramai yang memberikan maklum balas negatif.
Semalam, Fadli guru matematik di sebuah sekolah rendah di Gombak menerusi Facebooknya mendakwa beliau akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.
Beliau turut menyatakan bilangan murid di dalam kelas terlalu ramai selain subjek pembelajaran yang banyak serta isu beg berat yang katanya boleh memudaratkan kesihatan murid.
Bagaimanapun, menurut surat yang dimuat naiknya, Fadli diberikan tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan untuk mengemukakan representasi kepada pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan untuk membela diri.
Hari ini, Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin dilaporkan menyatakan kesediaan untuk berjumpa guru tersebut menerusi hantaran di Facebooknya. Fadli juga menerusi status terbarunya di akaun media sosial menyatakan akan berjumpa Radzi suatu hari nanti. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/10/isu-cikgu-fadli-pm-harap-keputusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cikgu Fadli Minta Maaf Ke Caprice Malas Panjangkan Isu Remeh Terima Kasih Sokong

Cikgu Fadli Minta Maaf Ke Caprice Malas Panjangkan Isu Remeh Terima Kasih Sokong

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 254 hits
Sejak beberapa hari kebelakangan ini pelbagai isu panas melibatkan public figure di Malaysia Bermula dengan isu pendakwah didakwa melakukan amang seksual sehinggakan selebriti terkenal Caprice turut campur tangan apabila mendedahkan lebih r...
Dia Nak Masuk Campur Tapi Caprice Buat Cubaan Nak Ulas Isu Kpm Ini Respon Cikgu Fadli Salleh

Dia Nak Masuk Campur Tapi Caprice Buat Cubaan Nak Ulas Isu Kpm Ini Respon Cikgu Fadli Salleh

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 214 hits
Baru baru ini luahan hati seorang pendidik iaitu Mohd Fadli Salleh mengenai silibus pelajaran di sekolah yang terlalu padat selain isu isu seperti beg berat dan bilangan murid yang terlalu ramai di dalam kelas Menurut Fadhli hanya kerana pe...
Akhirnya Cikgu Mohamad Fadli Salleh Tidak Bersalah Dan Dibebaskan

Akhirnya Cikgu Mohamad Fadli Salleh Tidak Bersalah Dan Dibebaskan

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 271 hits
Cikgu Mohamad Fadli Salleh merupakan seorang guru yang sangat berani menyuarakan apa yang terbuku di hati para guru Suara beliau mewakili suara 400 ribu guru di negara ini Puluhan ribu guru telah bersara dan memohon awal kerana stress denga...
Hasrat Cikgu Fadli Kritik Kerajaan Atau Kritik Ketua Pentadbiran

Hasrat Cikgu Fadli Kritik Kerajaan Atau Kritik Ketua Pentadbiran

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 229 hits
Saya minta mana mana parti yang jadi kerajaan selepas ini tolong buang peraturan yang mana penjawat awam tak boleh mengkritik dasar dan kelemahan kerajaan Bukan kita nak minta mereka kutuk kerajaan Kita nak kebebasan bersuara untuk hal yang...
Nasib Cikgu Fadli Mungkin Berbeza Sebelum Dan Selepas Pru

Nasib Cikgu Fadli Mungkin Berbeza Sebelum Dan Selepas Pru

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 246 hits
Bagaimana dengan pihak yang membuat tuduhan Dilepaskan begitu sahaja
Cikgu Fadli Bebas Tindakan Tatatertib Kerana Pru15 Makin Hampir Dakwa Maszlee

Cikgu Fadli Bebas Tindakan Tatatertib Kerana Pru15 Makin Hampir Dakwa Maszlee

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 305 hits
Maszlee Malik mencadangkan guru yang pernah dikenakan tindakan semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional supaya menularkannya kepada umum PETALING JAYA Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik mendakwa Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidi...
Fenomena Cikgu Fadli Salleh Buka Mata Dato Najib Razak Untuk Tegur Dr Radzi Jidin

Fenomena Cikgu Fadli Salleh Buka Mata Dato Najib Razak Untuk Tegur Dr Radzi Jidin

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 373 hits
Status facebook Dato Najib Razak semalam mengenai isu Cikgu Fadli Salleh yang telah menerima surat rasmi mengenai tindakan tatatertib yang bakal diterima beliau itu telah mendapat sambutan hangat sekali oleh netizen Status bekas Perdana Men...
Disciplinary Panel Clears Cikgu Fadli Of Wrongdoing

Disciplinary Panel Clears Cikgu Fadli Of Wrongdoing

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 220 hits
The Education Support Services Disciplinary Council has cleared primary school teacher Mohd Fadli Mohamed Salleh of wrongdoing following the latter s open criticism of the education system and syllabus In a Facebook post the teacher based i...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sedapnya Paru Goreng Kunyit

Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers