Keadaan Isteri Makin Kritikal Tapi Dia Berdiri Disitu Setia Menanti Air Mata Lelakinya Bertakung Tahan Sedih
Melihat sekeping gambar yang tular ini, sungguh hati manusia pasti sayu. Sedih melihat penderitaan yang ditanggung suami ini. Tiada satu kata pun dapat mengambarkan perasaanya.
Pasti seluruh jiwa terasa lumpuh apabila pasangan diuji dengan kesakitan. Pasangan yang dulunya kuat, sentiasa ceria kini diam seribu bahasa. Pasangan yang sudi menerima kekurangan diri, pasangan yang setia disamping tika saat susah dan senang. Selagi pasangan kita masih ada hargailah.
Di hospital tadi saya nampak suami ini.
“Isteri saya, buah pinggang kena jangkitan kuman”.
Sejak isterinya ada di ICU saya perhatikan, dia berdiri menanti. Waktu pagi isterinya dikawal oleh pita lilitan agar pelawat tidak mendekati.
Dia satu satunya pesakit yang dipasang pita lilitan seperti kawasan jenayah, “sesiapa tidak boleh dekati”.
Barangkali itu maksudnya.
Ternyata petang bila saya ziarah sekali lagi, isterinya masih kritikal dan terpaksa dipindahkan kedalam bilik rawatan rapi ini. Lelaki ini sejak pagi, dia tetap menunggu isterinya. Sesekali anaknya datang sebelahnya.
Saya singgah dan bertanya khabar keadaan isterinya. Anaknya sebaya Aqilah anak saya, saya kira. Diwajahnya ada kesedihan yang luar biasa. Dia bercerita keadaan isterinya dengan ada air mata bertakung dikelopak matanya.
Sedih yang luar biasa. Jarang ada lelaki yang jatuh air mata melihat isterinya derita sakit.Pasti ada banyak kenangan dan kebaikan isterinya yang menjadi ikatan cinta mereka.
Saya sentuh dia, salam dan pegang tangannya erat. “Kita sama sama doakan moga dia kembali sembuh seperti sedia kala”. Janji saya.
Petang tadi..
Keadaan isterinya semakin kritikal, sejak saya masuk petang ini. Saya perhatikan dia setia menunggu melihat isterinya disitu.
Dia kekal berdiri dan melihat disebalik dinding yang berkaca. Hati saya juga sebak melihatnya, sebab saya hanya menjaga seorang ibu.
Pastinya isterinya istimewa dihati suami ini.
Setiap keindahan perhiasan dunia. Hanya isteri solehah perhiasan terindah. Moga isterinya dan bonda saya kembali sembuh dan hadapi ujian kesihatan ini dengan baik.
Saya terkenangkan isteri yang saya tinggalkan dirumah menjaga anak anak saya tercinta. Kebaikkannya juga luar biasa.
Abah Qilah
Melihat Indahnya Hidup Berkasih Sayang.
Kredit: Jaf rizal
Baca:
JAKIM Kongsi Cara Pengurusan Jenazah COVID-19. Tanpa Air, Guna Kaedah Tayamum
Macam Maraton Troli. Datuk Chong Wei Kongsi Pengalaman Tengok Orang Panic Buying
Polis Mulakan Ops Covid-19 Malam Ini Secara Besar-Besaran Kerana Ramai Yang Ingkar
PM Rayu Rakyat Duduk Di Rumah. Tempoh 2 Minggu Bukan Untuk Keluar Berjalan
PM Tegaskan Jangan Cemas Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Ini Untuk Kebaikan Semua!
Peningkatan Mendadak Covid-19, PM Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Selama 14 Hari Seluruh Negara
“Bekalan Bahan Makanan Akan Sentiasa Ada & Cukup, Tak Perlu Panik” – Perdana Menteri
Jika Malaysia ‘Lock Down’ Jangan Panik. Bertenang & Beli Barang Ikut Keperluan Sahaja
Cuti Sekolah Di Sabah Mungkin Disambung Lagi. Langkah Tangani Penularan COVID-19
Merokok Dan Menghisap Vape Boleh Terdedah Kepada Risiko Dijangkiti Covid-19
Bayi Baru Lahir Disahkan Terkena Wabak COVID-19, Pesakit Termuda Di Dunia
Kena Lebih Peka & Berjaga-Jaga, Kini COVID-19 Dikategorikan Sebagai Pandemik
KKM Buat Website Khas Untuk Periksa COVID-19 Secara “Online”. Boleh Periksa Tahap Risiko Terkena Jangkitan
Barisan Hadapan Negara Makin Lumpuh, Kes Covid-19 Makin Parah! Tak Mustahil Jadi Macam Itali
Terpaksa Kerah Tentera Jika Rakyat Terus Ingkar, Untuk Elak Wabak Covid-19
The post “Keadaan Isteri Makin Kritikal Tapi Dia Berdiri Disitu Setia Menanti. Air Mata Lelakinya Bertakung Tahan Sedih” appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/keadaan-isteri-makin-kritikal-tapi-dia-berdiri-disitu-setia-menanti-air-mata-lelakinya-bertakung-tahan-sedih/