Ke Kedai Arab Ampang Cari Makanan Sunnah
Haritu k.fiezz & mr hubby ke kedai arab Ampang. Kenapa? Kitaorang nak mencari makanan sunnah macam kurma, badam, kekacang, buah tin & lain-lain. Ater macamana tahu ada kedai arab Ampang ni?Macam biasa, sis..Mr Google sajo..hehe.
Kenapa mencari kedai menjual makanan sunnah ni? Sebabnya Mr hubby ada joint 1 program untuk turunkan berat badan. Coach yang bagi guide tu inform dalam proses untuk turunkan berat ni, kena control pengambilan makanan atau jajan yang kurang sihat bila rasa nak mengunyah. Sebab itu, dia cadangkan untuk amalkan makanan sunnah dan kekacang yang ringan tapi sesuai untuk kesihatan. Antaranya kacang gajus, badam, buah tin. Ni antara contoh yang k.fiezz & mr hubby beli. Banyak lagi jenis kacang, makanan sunnah hat lain. Sila la rambang mata bila ke sini
Okey, joms ke kedai arab Ampang. Nak ke sini, cari je salah satu kedai arab yang ada kat Ampang..Nanti dah sampai sini, berderet kedai menjual makanan sunnah sebelah menyebelah. Pilih je nak membeli dari kedai yang mana satu.
KEDAI ARAB AMPANG
Masa kitaorang waze ke kedai Arab Ampang ni, cari nama kedai lain tapi masuk kat kedai lain. Sebabnya dah sampai kat area sini, sebelah menyebelah kedai menjual makanan sunnah. Rambang pula mata nak masuk yang mana satu. Masa baru sampai, tengah tunggu mr hubby lock kereta, k.fiezz usya kawasan sekeliling. Ada salah seorang dari staff kedai yang jual makanan sunnah ni, buat signal tangan ajak masuk ke kedai dia. K.fiezz senyum je walaupun tengah pakai mask. hehe. Lepas mr hubby dah lock kereta, mr hubby terus ke kedai Saudagar Kurma yang ni jadi K.fiezz follow saja..Tak masuk lah ke kedai yang staff dia ajak masuk sebelum tu..Kedai tu kat sebelah Kedai Saudagar Kurma Ampang ni je. Belah depan pun ada lagi kedai lain. eh...Kiri kanan depan kat sini jual makanan sunnah dari Arab. Lubuk cari makanan sunnah kat sini
So lepas ni dah tahu nak cari makanan sunnah dari arab kat mana. Cari je kedai arab ampang kat sini. Berderet kedai arab kat sini yang jual makanan sunnah. Pilih je nak yang mana.
Dari depan kedai Saudagar Kurma Ampang..Besar kedai dia..Memang sesuai letak kat signboard pasar mini.
Kekacang yang ada kat sini..
Nak lagi..
Tambah lagi...haha
Kurma, k.fiezz tak snap gambar sebab duk mencari kekacang je.
Semua barangan dari timur tengah. K.fiezz tak tengok dekat setiap barang dia tapi rasanya yang ni pati delima, madu, minyak zaitun dan lain-lain dari pelbagai jenis jenama.
Jajan dari arab..
Pencuci mulut Arab..
Jajan lagi...Oh maiii.
MAHAL KE KAT SAUDAGAR KURMA AMPANG NI?
Standard harga untuk makanan sunnah. Macam kita tahu biasanya makanan sunnah ni, mahal sikit. Haritu mr hubby ambil kacang, badam, kacang gajus, buah tin & k.fiezz ambil 2 jenis brownies, air mineral total dekat RM100 lebih..hehe...Brownies & air mineral tu tak lah mahal sangat. Snacks pilihan mr hubby mahal sikit rega dia..Untuk kesihatan, #redha je lah..hehe..
Hasil membeli kat Saudagar Kurma Arab ni..Buah Tin, Kacang, Kacang Gajus, Badam, 2 browniesI & 1 Air Mineral
MANA KACANG PALING SEDAP?
Antara kacang yang mr hubby ambil, k.fiezz paling suka kacang gajus. Sedap weiii. Berlemak rasa dia. hehe. Masa beli, staff kedai ada lah bagi rasa. K.fiezz bukan main eksen tak nak cuba. Cakap kat mr hubby ' tak pernah makan kacang gajus. jadi tak nak try'. hehe. Mr hubby beli je sebab dia try. Bila sampai rumah, k.fiezz yang duk ulang makan kacang gajus tu tau. Ni siapa yang nak kurus ni. haha.
NAK BORONG MAKANAN SUNNAH
Kalau korang nak mencari kedai menjual makanan sunnah, k.fiezz suggest korang terjah ke sini. Berderet kedai jual makanan / produk dari Arab. Kurma terutamanya. Harga mahal sikit tapi berbaloi dengan kualiti.
Waze - Masa ke sini, kitaorang cari Berkat Madinah tapi dah sampai masuk ke Pasar Mini SAUDAGAR KURMA ARAB ni. hehe.
JOM AMALKAN MAKANAN SUNNAH...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2022/06/Ke-Kedai-Arab-Ampang-Cari-Makanan-Sunnah.html