Banyak Pilihan Menu Makanan Korea Di Fez Kitchen Kota Bharu
Banyak Pilihan Menu Makanan Korea di Fez Kitchen, Kota Bharu | Korang perasan tak? Di Malaysia, terdapat pelbagai restoran dan makanan Korea yang berada di pasaran, mungkin kerana permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat kita. Pengaruh Korea memberi impak yang cukup besar, bukan hanya filem dan drama je, malah makanan negara tersebut juga turut menjadi pilihan rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda kita.
Kalau berada di Kuala Lumpur, saya yakin bukan menjadi satu masalah bagi orang kita nak cari makanan Korea ni. Pilih je nak makan mana, memang bersusun list restoran makanan Korea yang kita boleh akses. Tapi bagaimana pula orang kita yang berada di Kelantan ya? Takkan semata-mata nak makan makanan Korea ni kena drive beratus kilometer ke Kuala Lumpur. Atau lebih advance terbang beribu kilometer ke Negara Korea
Tak perlu pening-pening kepala ya. Bagi orang-orang Kelantan yang berselera dan mengidam nak makan makanan Korea, korang boleh ke Kafe Fez Kitchen yang terletak di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu. Banyak ke pilihan makanan Korea yang ada di Fez Kitchen ni? Sudah tentulah banyak. Korang cakap je nak apa, dari menu ala carte sampailah menu set untuk 3-4 orang makan diorang ada untuk korang pilih
Saya bukan sekadar bercerita je tau, sebab saya sendiri pun dah pergi dan rasa beberapa menu yang ada dekat restoran ni. Tapi, saya oder yang ala carte jela. Sesuai dengan status kita yang single ni. hehe. Apapon jom kita tengok menu apa yang saya oder
Ramen Korean Meatball Cheese
Ramen ni dah ibarat signature kepada makanan Korea. Kalau peminat makanan Korea, menu ni mesti jadi menu wajiblah. Bagi korang yang masih belum tahu ramen ni macamana, dia seolah meggi segera la dalam masyarakat kita. Rasa dia kenyal-kenyal macam instant noodle meggi kita. Tapi dia pun ada kelainan dia juga especially dari segi rasa. Apa yang saya boleh bagitau bahawa rasa dia pedas. Kalau korang jenis tak tahan pedas, silalah bagitau awal-awal semasa oder tu. Mintak diorang kurangkan pedas tu. Nak tahu lebih lanjut mengenai rasa ramen ni, korang kenalah cuba sendiri di Fez Kitchen
Untuk menu ni, dalam satu hidangan ramen korea hadir dengan meatball & cheese
Tteokbokki Gimari
Tteokbokki atau Topokki juga merupakan salah satu makanan popular masyarakat Korea. Kalau di Korea, ia merupakan makanan jalanan tradisional Korea yang boleh dibeli dari gerai jalanan juga dipanggil “pojangmacha” dalam bahasa Korea. Orang kita pun, kalau ke restoran Korea mesti akan oder Topokki ni. Untuk pengetahuan korang, bahan utamanya adalah dari "rice cake".
Sejujurnya, dalam banyak-banyak yang dioder inilah menu paling saya suka. Tengok pun dah tahu sedap kan. Makan panas-panas pulak memang sedap. Dalam menu ni ada terdapat , Topokki, sosej, fish cake dan Gimari (seaweed balut glassnoodle). Gimari nilah yang buat dia lagi sedap. Memang kombinasi yang sangat perfect
Rabokki Cheese
Bagi korang yang jenis kuat makan, boleh la oder Rabokki Cheese ni. Dia bukan hidangan set tau, tapi dia ada banyak benda dalam satu hidangan ni. Dalam menu ni ada ramen, sosej, topokki, fish cake, cendawan enoki dan sudah semestinya cheese. Amacam!! Best bukan? Dihidangkan dalam plating ala periuk ni, bolehlah korang makan sampai puas
Ayam Mix
Bagi hantu ayam, korang boleh cuba ayam mix ni. Dalam satu hidangan ada 6 kepak ayam goreng dengan dua topping berbeza iaitu cheese dan korea. Kedua-dua ni pun agak pedas tau. Namanya pun dah ayam Korea kan? hehe
Sotteok
Kalau Kelantan popular dengan menu cucuk-cukuk style Kelantan, dekat Fez Kitchen Cafe ni diorang ada buat menu cucuk-cucuk selera Korea tau. Sotteok ni merupakan kombinasi topokki dengan sosej yang dibakar / grill. Sedap weh! bau dia pun mengancam
Kalau tak nak makan berat-berat, tapi korang still nak makan topokki ! Jadi, inilah menu patut korang oder nanti
Popia Pisang
Untuk pencuci mulut, kami cuba popia pisang 4 topping. Menu ni seperti nama dia lah, popia berintikan pisang. Korang boleh tengok sendiri dalam gambar macamana rupanya tu, memang sedap. Kalau meeting dengan client kat sini, bolehlah belanja diorang menu ni sebagai pencuci mulut
Boba Pop, Blue Ocean & Latte Ice
Untuk minuman pula, kami oder Boba Pop, Blue Ocean & Latte Ice. Saje oder air berlainan jenis macam ni. Boleh la masing-masing rasa kan. Next time, kalau datang lagi dah tahu nak oder yang mana sesuai untuk selera sendiri. Tapi, kat sini sebenarnya ada banyak lagi pilihan minuman yang ada tau. Just tepuk dada tanya selera
Harga makanan kat sini pun berpatutan. Bagi korang yang datang makan secara dine-in, saya cadangkan korang buat pembayaran dengan menggunakan kad instead of cash. Mereka sangat galakkan pelanggan bayar dengan kad tau. Bagi pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan kad, nanti korang akan dapat coklat cadbury percuma tau
Jadi, bagi korang yang berada di Kota Bharu atau kawasan berdekatan, selalu-selalulah pergi makan di Fez Kitchen ni. Untuk kali ke 10, korang akan dapat item RM27 secara percuma.
Bagi korang yang tak ada masa untuk makan di cafe diorang, korang boleh je oder melalui aplikasi foodpanda
Waktu Operasi Fez Kitchen :1 pm hingga 10 pmSetiap hari (tutup hari jumaat)
Contact : 60179512389
Alamat :Fez Kitchen CafeJalan Sri Cemerlang, Bandar Kota Bharu,15200 Kota Bharu, Kelantan
Instagram : https://www.instagram.com/fez.kitchen/Facebook : https://www.facebook.com/fezkitchenkotabharu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2022/07/restoran-makanan-korea-kota-bharu.html