Kdn Serius Tangani Ancaman Pengintipan Saifuddin Nasution




Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. – Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius ancaman pengintipan oleh elemen asing yang boleh menggugat keselamatan negara dan sedang melaksanakan langkah pencegahan serta intervensi secara menyeluruh bagi menanganinya.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kegiatan pengintipan termasuk mendapatkan maklumat sensitif tanpa kebenaran, dilihat sebagai isu keselamatan yang perlu ditangani secara total, selaras dengan langkah negara-negara lain di seluruh dunia
“Pengintipan ini ada modus operandinya yang khusus, bermula dengan mengenal pasti sasaran, mendapatkan data dan melakukan profiling, memahami struktur organisasi, merekrut orang dalam atau menyusup masuk melalui pelbagai saluran termasuk sebagai pelancong.
“Kalau orang dalam, dia janjikan habuan, ada juga orang dalam yang dia rekrut terpaksa tunduk kerana ugutan. Ada juga rekrut orang dalam ini, dia buat dengan menanam ideologi,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Ancaman pengintipan diklasifikasi isu keselamatan sangat serius Beliau menjawab soalan Roy Angau Gingkoi (GPS-Lubok Antu) yang meminta kerajaan menyatakan langkah pencegahan dan intervensi bagi mengatasi unsur pengintipan yang berlaku hingga menjejaskan keselamatan negara.
Saifuddin Nasution berkata modus operandi pengintipan juga dikesan dengan cara cyber espionage iaitu mendapatkan akses sistem maklumat melalui jaringan secara sulit.
“Dia buat cara phishing ataupun diselitkan malware atau spyware dan dia akan curi maklumat sedikit demi sedikit. Maklumat yang dia dah dapat, dia akan kirim balik kepada tuan dia melalui dark web ataupun melalui encrypted communication. Kalau kita orang biasa tengok tak faham sebab dia akan menggunakan segala macam sistem coding,” katanya.
Mengambil contoh satu kes pengintipan yang berlaku pada 28 Sept 2022, melibatkan seorang wanita tempatan Nidarahayu Zainal, beliau berkata mangsa direkrut oleh agensi perisikan Israel Mossad untuk menculik dua warga Palestin di Malaysia.
“Nidarahayu yang hanya berkelulusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan mempunyai tiga anak, direkrut untuk menculik…Kita dapat selamatkan dua lelaki Palestin ini dan Nidarahayu ditangkap dan sekarang, sedang dibicarakan. Ini satu contoh bagaimana modus operandi pengintipan dibuat untuk tujuan politik,” katanya.
Bagi mengekang ancaman itu, beliau berkata KDN telah melaksanakan pendekatan tiga peringkat meliputi pencegahan, pengesanan dan penguatkuasaan.
“Pencegahan dilakukan melalui pemantauan individu yang disyaki, penambahbaikan kepakaran unit siber agensi perisikan serta kerjasama dengan badan antarabangsa seperti Interpol dan Aseanapol.
“Penguatkuasaan pula dilaksanakan menerusi pelbagai akta sedia ada termasuk Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Roy Angau mengenai tindakan terhadap pengintip asing yang ditahan di Malaysia, Saifuddin Nasution menjelaskan bahawa mereka akan dihantar pulang selepas selesai menjalani hukuman.
“Kita akan deport mereka dan masukkan dalam senarai hitam. Jika ada perjanjian ekstradisi dengan negara asal dan mereka dikehendaki di sana, kita akan laksanakan ekstradisi,” katanya sambil menyatakan Malaysia mempunyai perjanjian ekstradisi dengan 11 negara termasuk Amerika Syarikat, Indonesia, Thailand dan Australia.
Menjawab soalan tambahan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) yang bertanyakan jumlah negara asing yang menghantar ejen pengintipan mereka ke Malaysia, beliau berkata kehadiran mereka ini sukar dikenal pasti kerana sifat operasi yang sangat rahsia dan terancang.
“Sebab itu, saya katakan kita guna pakai tiga kaedah tadi (untuk kesan). Kita mesti lebih kompeten dari segi perisikan. Kalau ditanya kepada saya, kita punya keupayaan sangat baik dalam membuat pengesanan,” katanya.
Beliau berkata kompetensi Malaysia dalam perisikan penting kerana Malaysia tidak terkecuali daripada menjadi sasaran negara asing susulan pendirian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sejumlah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negara dalam isu antarabangsa, termasuk sokongan terhadap Palestin.
— BERNAMA




Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/21/kdn-serius-tangani-ancaman-pengintipan-saifuddin-nasution/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saifuddin Nasution Ini Ke Contoh Pemimpin

Saifuddin Nasution Ini Ke Contoh Pemimpin

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 78 hits
Aku nak korang fikir sekejap dalam politik kita ni pemimpin macam mana sebenarnya yang kita nak Yang sombong angkuh rasa diri tak sama level Atau yang steady berprinsip dan tak goyang walau kena tekan Tonton video ni sampai habis korang aka...
Kubur Zara Qairina Akan Digali Semula Segera Untuk Lengkapkan Siasatan Saifuddin Nasution

Kubur Zara Qairina Akan Digali Semula Segera Untuk Lengkapkan Siasatan Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 213 hits
Kubur Zara Qairina Akan Digali Semula Segera Untuk Lengkapkan Siasatan Saifuddin Nasution MACHANG 9 Ogos Polis Diraja Malaysia akan menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir secepat mungkin untuk melengkapkan proses siasatan kes kematian ...
Kes Zara Qairina Siasatan Tumpu Elemen Buli Pengabaian Dan Gangguan Seksual Saifuddin Nasution

Kes Zara Qairina Siasatan Tumpu Elemen Buli Pengabaian Dan Gangguan Seksual Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 273 hits
Kes Zara Qairina Siasatan Tumpu Elemen Buli Pengabaian Dan Gangguan Seksual Saifuddin Nasution KUALA LUMPUR 18 Ogos Siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir menjurus kepada tiga elemen utama iaitu buli pengabaian d...
Murid Bina Laman Web Jual Tubuh Di Media Sosial Kata Saifuddin

Murid Bina Laman Web Jual Tubuh Di Media Sosial Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 400 hits
MalaysiakiniKementerian Dalam Negeri mendedahkan aktiviti tidak bermoral kanak kanak perempuan berusia 12 tahun yang menjual tubuh di media sosial Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata kegiatan itu dibongkarkan pihak polis ...
Sebut Nama Anak Menteri Sabah Saifuddin Akui Khilaf Bukan Anak Datuk Ariffin Saya Tarik Semula Kenyataan Itu

Sebut Nama Anak Menteri Sabah Saifuddin Akui Khilaf Bukan Anak Datuk Ariffin Saya Tarik Semula Kenyataan Itu

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 2416 hits
Melalui laporan Suara Merdeka Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam telah menarik semula kenyataan di dalam Dewan Negara selepas tersilap menyebut nama dan bapa salah seorang remaja yang didakwa membuli All...
Why The Silence On Zara Qairina S Death Saifuddin Asks Fadhlina

Why The Silence On Zara Qairina S Death Saifuddin Asks Fadhlina

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 732 hits
Bersatu Supreme Council member Saifuddin Abdullah said education minister Fadhlina Sidek did not answer a single question on the matter at the Dewan Rakyat Saifuddin Abdullah said education minister Fadhlina Sidek had also previously dodged...
Zara S Death Saifuddin Sad Cops Blamed Over Lack Of Post Mortem

Zara S Death Saifuddin Sad Cops Blamed Over Lack Of Post Mortem

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 721 hits
PARLIAMENT Home Minister Saifuddin Nasution Ismail stressed that post mortems in relation to a death are the responsibility of hospitals and not the police Commenting on the death of Zara Qairina Mahathir Saifuddin said he was saddened that...
Fadhlina Saifuddin Must Quit Over Zara S Death Pas Man

Fadhlina Saifuddin Must Quit Over Zara S Death Pas Man

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 372 hits
A PAS leader has called for the resignations of Education Minister Fadhlina Sidek and Home Minister Saifuddin Nasution Ismail over the death of 13 year old Zara Qairina Mahathir PAS central information committee member Nurul Islam Yusoff sa...
Cuepacs Mohon Kerajaan Fokus Naik Taraf Kemudahan Kesihatan Daif

Zaid Wants Jakim To Expand Its Halal Mission Beyond Plates To Graft Fight Declare Dirty Money Haram

Don T Just Squeeze Petronas Build Buffers

Wanita Berpakaian Kostume Anime Maut Terjatuh Kondominium

Maritim Tahan Dua Bot Digunakan Untuk Penggambaran Di Laut

Pn Pledges 40 Revenue Return To Sabah In Upcoming Manifesto

Branding The Heartbeat Of Business

Sun Bear Cub Found In Car In Jb 22 Year Old Man Detained


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Besar Sangat Ke Beban Tugas Guru

Sushi Empire Untuk Anak Anak

Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

Quick Dinner Recipe For 4

Sedekah Kambing Di Makkah Pahala Berganda Di Tanah Suci

Pasta Cedok Tour By Akak Pasta Cedok