Kbb Burger Dan Steak Steak House Terbaik Di Terengganu
KBB BURGER & STEAK
STEAK HOUSE TERBAIK DI TERENGGANU
PREMIUM, EKSKLUSIF DAN TERBAIK
Pasti semua pembaca setia Blog AlongMurni (AM) masih ingat perkongsian AM tentang keunikan dan keistimewaan yang terdapat di Terengganu pada blog sebelum ini kan??
Kali ini AM ingin berkongsi satu lokasi spot makan menarik yang terdapat di Kuala Terengganu. KBB Burger & Steak House menjadi pilihan lokasi tempat makan AM kali ini. Kalau dari Pusat Bandar Kuala Terengganu, ianya mengambil masa 5-7 minit dengan menaiki kereta. Lokasi KBB Burger & Steak ini terletak berdekatan dengan Pasar Besar Kedai Payang dan Dataran Shahbandar.
KEISTIMEWAAN KBB BURGER & STEAK
Sebenarnya, outlet Terengganu ni outlet kedua KBB tau! KBB Burger & Steak pada asalnya, hanya dibuka di Kota Bharu kemudian pada penghujung Februari 2022, outlet Terengganu mula beroperasi.
SAJIAN DAGING WAGYU
Daging wagyu ini sendiri merupakan campuran sel lemak dan otot. Walaupun lemak tu nampak sama banyak dengan daging, tapi khasiatnya lebih tinggi daripada mana-mana daging lembu biasa. Lebih tinggi ‘Marbling’ (lemak dalaman yang tidak tepu) lagi mahal daging wagyu ini.
Daging wagyu sebenarnya lebih baik daripada daging lembu biasa kerana ia tidak mengandungi lemak tepu sekali gus mereka yang menghidap penyakit gaut dan darah tinggi boleh menikmatinya.
Daging wagyu dimasak pada kadar ‘medium well’
Pisau khas digunakan untuk memotong daging wagyu
Tidak boleh dimasak lebih dari 10 minit bagi menjaga keenakan daging
Pengeluaran daging wagyu juga bebas dari antibioktik, hormon dan kimia. Lembu wagyu disembelih apabila mencapai umur antara 28 bulan sehingga 32 bulan. Paling best, lembu wagyu juga diurut bagi membolehkan dagingnya kekal lembut dan enak ketika dimakan.
Antara menu-menu yang menjadikan daging wagyu sebagai sajian adalah Burger dan Steak. Bukan sebarang gred tau, Gred A5 lagi..
DOUBLE MEAT EXTREME BURGER
TOMAHAWK STEAK
Tips untuk menikmati Daging Wagyu
Apa yang menariknya adalah sebaik sahaja hidangan daging wagyu ini siap dimasak kita perlu menikmatinya dengan segera kerana sebaik sahaja daging itu dikunyah didalam mulut, semestinya dapat merasakan kemanisan dan keenakan ‘juicy’ sebenar daging wagyu ini.
Daging ini cukup lembut dan seolah-olah ‘mencair’ sendiri di dalam mulut dan manis dimakan begitu sahaja tanpa perlu mencicah sebarang sos. Tak Percaya? Cuba dulu baru tahu betapa enaknya daging wagyu ini. Bila dah cuba pasti dan pasti nak makan lagi tau!!
Selain itu ada juga menu-menu yang menarik seperti :
BACKRIBS
LAMB AXE
SHORT RIBS
BOLOGNESE
CHICKEN LEMON ROSEMARY
STEAK
RUANG MAKAN YANG ESKLUSIF DAN SELESA
Di KBB Steak & Burger ini mempunyai ruang makan yang esklusif dan selesa. Ianya boleh memuatkan kira-kira 80-100 orang untuk satu satu masa. Ruang makan disediakan di dalam dan juga di luar. Memang style abis bila terdapat mural lembu wagyu di sini tau!! Bagi yang ingin mengadakan acara khas seperti majlis-majlis keraian dan sambutan ada juga disediakan ruangan Meat Club yang mana dikhaskan untuk VIP Dining Area.
BAHAGIAN DALAM KBB
BAHAGIAN LUAR KBB
Haaa.. tunggu apalagi.. Kalau singgah ke Kuala Terengganu, jangan lepaskan peluang untuk ke sini. Jom ramai-ramai ke KBB Burger & Steak House.. Memang berbaloi dan puas hati!!!
KBB Burger & Steak Kuala Terengganu
Lot 4063 Jalan Sultan Zainal Abidin
2000 Kuala Terengganu
Terengganu
No tel: 010 254 1001 (KBB Burger & Steak Kuala Terengganu)
Link Whatsapp : https://kbbterengganu.wasap.my
Operation hours : 12pm – 11pm / Jumaat : 3pm -11pm (Open Daily)
KBB Burger & Steak Kota Bharu
No 2713 Jalan Kuala Krai
15150 Kota Bharu
Kelantan
No tel : 010 258 1001 (KBB Burger & Steak Kota Bharu)
Link Whatsapp : https://kbbdelivery.wasap.my
Operation hours : 12pm – 11pm / Jumaat : 3pm -11pm (Open Daily)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2022/07/KBB-Burger-Dan-Steak-Steakhouse-Terbaik-Di-Terengganu.html