Umno Ada Peluang Rampas Terengganu



(Utusan) – UMNO berpotensi merampas semula pentadbiran kerajaan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana ‘selera’ pengundi rakyat Terengganu sentiasa berubah-ubah dalam mencari saf kepemimpinannya.
Veteran UMNO, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, berdasarkan pengalaman dan senario politik di Terengganu, rakyatnya adalah pengundi yang tidak takut berubah selera dalam menentukan saf kepimpinan untuk mencari yang terbaik bagi menerajui pentadbiran negeri.
Katanya, UMNO hanya perlu menampilkan barisan calon yang disenangi ramai di peringkat akar umbi kerana kecenderungan rakyat ketika ini adalah melihat keperibadian calon dan tidak memandang kepada parti diwakili semata-mata.
“Bagi saya, kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah terletak pada barisan calon yang dipertaruh dalam gelanggang PRU-15.
“Sekiranya dapat menampilkan calon yang terbaik, peluang UMNO untuk menang kembali di Terengganu sangat besar,” katanya selepas merasmikan pejabat baharu Koperasi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Terengganu Berhad di sini, semalam.
Selera pengundi Terengganu sentiasa berubah adalah merujuk kepada keputusan pilihan raya yang silih berganti antara Pas dan UMNO membuktikan rakyat negeri ini tidak takut membuat keputusan menukar kepimpinan pada bila-bila masa.
Ditanya mengenai peluang BN untuk membentuk kerajaan di peringkat Pusat dengan majoriti dua pertiga pula, bekas Ahli Parlimen Besut itu berkata, berdasarkan penelitiannya, perkara itu agak sukar berlaku.
Jelasnya, beliau menjangkakan sama ada BN, Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan pasti memerlukan gabungan untuk membentuk kerajaan selepas keputusan PRU-15 diperoleh.
Tambahnya, buat masa ini, tiada mana-mana gabungan yang boleh berada di zon selesa terutama bagi parti-parti Melayu kerana sokongan pengundi bukan Melayu tidak lagi bersama mereka.
“Pendekatan yang sepatutnya diambil oleh parti-parti Melayu ketika ini ialah bersatu-padu untuk memastikan kemenangan besar membentuk kerajaan yang stabil.
“Dalam era politik zaman dahulu, setiap kali hampir pilihan raya, kita akan cuba berkawan dengan seramai mungkin (parti lain yang boleh sehaluan) bukannya mengambil langkah yang boleh menyebabkan kita hilang kawan.
“Analoginya mudah, kalau kita dah tahu esok akan ribut, kenapa kita masih mahu mendedahkan rumah, membiarkannya terbuka kerana ini akan menyebabkan kerosakan,” katanya.
Tambahnya, parti-parti Melayu perlu mencari formula untuk bersatu-padu kerana realiti politik negara sekarang menyaksikan parti Melayu hanya mampu mengharapkan undi dari orang Melayu.
“Undi bukan Melayu saya fikir sudah pergi ke pihak lain (pembangkang), sebab itu perlunya parti-parti Melayu ini bekerjasama erat untuk menang kerusi lebih banyak pada PRU-15,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/10/03/umno-ada-peluang-rampas-terengganu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Terengganu Tetap Lawan Pas Pada Pru15

Umno Terengganu Tetap Lawan Pas Pada Pru15

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 202 hits
Biarpun pelbagai polemik timbul berhubung status kerjasama antara UMNO Terengganu kekal dengan pendirian untuk bergerak solo dan memutuskan tidak bekerjasama dengan Pas pada Pilihan Raya Umum ke 15 Ketua UMNO Bahagian Besut Datuk Nawi Moham...
Umno Terengganu Berkempen Untuk Calon Sendiri Bukan Pas

Umno Terengganu Berkempen Untuk Calon Sendiri Bukan Pas

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 209 hits
agendaily com28 09 2022UMNO Terengganu Jentera UMNO Terengganu hanya akan berkempen untuk memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional dan bukan PAS kata Datuk Nawi Mohamad Ketua Bahagian Besut itu berkata UMNO Terengganu kekal dengan p...
Penyatuan Pas Umno Bukan Atas Prinsip Islam Tetapi Atas Perebutan Kuasa

Penyatuan Pas Umno Bukan Atas Prinsip Islam Tetapi Atas Perebutan Kuasa

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 265 hits
FAIZ FADZILKenyataan Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam yang menyatakan parti Melayu Islam bukan musuh dilihat sebagai bibit bibit perpecahan Perikatan Nasional dan tindakan terdesak Pas untuk bergabung semula dengan ...
Pas Spiritual Adviser Advises Muhyiddin To Work With Umno Instead Of Against It In Ge15

Pas Spiritual Adviser Advises Muhyiddin To Work With Umno Instead Of Against It In Ge15

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 288 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin should prioritise the interests of the ummah and work with Umno in the coming general election its Perikatan Nasional coalition partner PAS said Datuk Hashim Jasin the PAS mursyidul am or spiritual adviser cautioned...
Ada Umno Di Wajah Pas

Ada Umno Di Wajah Pas

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 206 hits
ADA UMNO DI WAJAH PAS Ucapan presiden PAS sekarang pun sudah bernuansa nasionalistik Penekanan sebegini agak pelik jika disemak teks teks ucapan dasar presiden 10 atau 20 tahun lalu Firman dan hadis tetap diselitkan dalam ucapannya Pantun s...
Penyatuan Ummah Baik Namun Bersatu Tak Akan Kerjasama Dengan Umno

Penyatuan Ummah Baik Namun Bersatu Tak Akan Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 200 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 27 2022 5 32 PMBersatu menyambut baik usaha penyatuan ummah PAS namun realitinya parti itu tidak boleh bekerjasama dengan Umno kata Muhyiddin Yassin Oleh itu Presiden Bersatu itu menjelaskan PAS akan menentuk...
Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

Top 10 Hotel Berdekatan Klia Bermula Rm70

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maksud Gambar Sekadar Hiasan

Ets Diselenggara Secara Berkala

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Untuk Arwah Ibu Bapa Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini