Katil Icu Pesakit Covid 19 Membimbangkan Dr Noor Hisham


Nazura Ngah Foto ihsan Facebook Noor Hisham Abdullah KUALA LUMPUR: Jumlah kes COVID-19 yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) termasuk yang disahkan, dalam siasatan dan sedang menunggu keputusan, merekodkan jumlah tertinggi sejak pandemik bermula tahun lalu dengan hampir 1,200 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kebanyakan katil ICU buat masa ini digunakan untuk pesakit COVID-19, menyebabkan peluang pesakit bukan COVID-19 yang lain untuk menerima rawatan rapi lebih tipis.
Tegasnya, keadaan itu amat membimbangkan terutama bagi petugas kesihatan dan pesakit bukan COVID-19.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) menambah kapasiti katil ICU untuk pesakit COVID-19 secara berfasa sejak gelombang kedua pandemik.
Menurutnya, terkini, dalam tempoh tiga minggu bulan ini sebanyak 439 katil tambahan disediakan.
"Secara keseluruhannya, jumlah katil ICU yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 (disahkan, dalam siasatan dan sedang menunggu keputusan buat masa ini mencapai 1,114 katil," katanya dalam kenyataan di Facebooknya awal hari ini.

Foto ihsan Facebook Noor Hisham AbdullahDr Noor Hisham berkata, walaupun jumlah katil ICU untuk pesakit COVID-19 ditambah, kadar penggunaan katil ICU masih di tahap melebihi 100 peratus, sekali gus menyebabkan ada pesakit yang terpaksa dirawat di wad biasa.
Beliau berkata, dengan pertambahan kes baharu harian yang mencecah lebih 9,000 kes, jumlah pesakit yang memerlukan rawatan rapi juga dijangka akan terus meningkat.
"KKM akan terus mengenal pasti lebih banyak ruang di dalam hospital untuk ditukar fungsi sebagai katil ICU dan menyediakan peralatan perubatan dan kelengkapan lain yang diperlukan.
"Hospital Medan ICU di Hospital Kepala Batas serta cadangan pengambilmilikan sementara Hospital Pakar Kanak-kanak UKM juga adalah antara langkah meningkatkan kapasiti ICU seterusnya.
"Namun, sumber tenaga manusia adalah antara cabaran utama dan ramai anggota kita telah pun dimobilisasi untuk menjalankan lain-lain fungsi dalam pengurusan pandemik ini.
"Anggota KKM daripada pelbagai kategori termasuklah pakar bedah di beberapa hospital telah pun dikerahkan untuk perawatan pesakit COVID-19," katanya.
Sehubungan itu Dr Noor Hisham terus mengingatkan orang ramai supaya kekal duduk di rumah.
Beliau berkata, jika mempunyai urusan penting di luar, pastikan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya diri dan ahli keluarga dilindungi.
"Kita jaga kita," katanya.
Malaysia semalam merekodkan seramai 98 pesakit COVID-19 meninggal dunia, jumlah tertinggi pernah dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini sebanyak 2,650 kes.
Bagi jangkitan baharu pula, sebanyak 9,020 kes dilaporkan semalam, sekali gus menjadi yang tertinggi, pernah dilaporkan sejak penularan virus berkenaan di negara ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/katil-icu-pesakit-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadar Penggunaan Katil Icu Covid 19 Telah Mencecah 113 Dg Hisham

Kadar Penggunaan Katil Icu Covid 19 Telah Mencecah 113 Dg Hisham

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 246 hits
Pada hari Jumaat lepas kadar penggunaan katil rawatan kritikal atau ICU Covid 19 di seluruh negara secara keseluruhannya mencapai 91 peratus Terbaru menerusi laman Facebook miliknya Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah b...
600 Katil Bagi Pesakit Covid 19 Di Pkrc Maeps 2 0

600 Katil Bagi Pesakit Covid 19 Di Pkrc Maeps 2 0

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 387 hits
Petugas petugas sedang sibuk membuat persiapan terakhir di Dewan F di MAEPS Serdang 600 katil bagi pesakit COVID 19 di PKRC MAEPS 2 0 Katil dua tingkat disediakan di Dewan F akan mula beroperasi malam ini P Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid...
Field Icu Perlu Diwujudkan Di Hospital Kepala Batas Dr Noor Hisham

Field Icu Perlu Diwujudkan Di Hospital Kepala Batas Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 373 hits
Contoh field ICUKementerian Kesihatan berpandangan terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan Field ICU yang dikhaskan bagi merawat pesakit kritikal di Hospital Kepala Batas Pulau Pinang kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisha...
Pengalaman Ngeri Bekas Pesakit Covid 19 Bertarung Nyawa Di Icu

Pengalaman Ngeri Bekas Pesakit Covid 19 Bertarung Nyawa Di Icu

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 242 hits
Mei 24 2021KKM menjangkakan berlaku lonjakan bilangan kes harian COVID 19 seperti yang berlaku di banyak negara lain Facebook Noor Hisham AbdullahMALANG TIDAK BERBAUKetika Toh sedang menunggu giliran untuk dipindahkan ke pusat kuarantin di ...
Noor Hisham Kongsi Hakikat Sebenar Icu

Noor Hisham Kongsi Hakikat Sebenar Icu

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 296 hits
Oleh NUR HUDA MUSA Noor Hisham turut berkongsi beberapa gambar keadaan di dalam ICU di sebuah hospital awam PETALING JAYA Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan keadaan di unit rawatan rapi hospital hospital Ke...
Dr Noor Hisham Emergence Of New Covid 19 Variants Worrying

Dr Noor Hisham Emergence Of New Covid 19 Variants Worrying

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 303 hits
Health director general Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah has expressed concern over the emergence of new Variants of Concern as many patients do not show any symptoms and in fact their Covid 19 screening tests often came back negative Nevert...
98 Kematian Akibat Covid 19 Satu Detik Hitam Buat Malaysia Kata Noor Hisham

98 Kematian Akibat Covid 19 Satu Detik Hitam Buat Malaysia Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 334 hits
May 30 2021 Pertambahan 98 kes kematian Covid 19 semalam menyaksikan angka korban akibat wabak tersebut kini berjumlah 2 650 kes KUALA LUMPUR Hari ini merupakan satu detik hitam apabila negara mencatatkan kes kematian harian Covid 19 yang t...
Membimbangkan Kematian Angkara Covid 19 Mungkin Mencecah 26 000

Membimbangkan Kematian Angkara Covid 19 Mungkin Mencecah 26 000

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 328 hits
Oleh Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Petugas Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Bandaraya Shah Alam mengangkat jenazah pesakit Covid 19 untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam hari ini GAMBAR A...
Letak Penghasut Vaksin Sebilik Dengan Pesakit Covid 19

Letak Penghasut Vaksin Sebilik Dengan Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 323 hits
Selepas memuat naik video menegur individu melanggar SOP untuk pulang ke kampung sehingga lebuh raya sesak selepas mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan baru baru ini pelakon Catriona Ross memerli individu dilabel penghasut vaksin pula Me...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

Patutkah Kami Terima Keadaan Begini Atuk Mengadu Penat Jaga 4 Orang Cucu Hanya Terima Rm400 Sebulan