Pengalaman Ngeri Bekas Pesakit Covid 19 Bertarung Nyawa Di Icu




Mei 24, 2021KKM menjangkakan berlaku lonjakan bilangan kes harian COVID-19 seperti yang berlaku di banyak negara lain. - Facebook Noor Hisham AbdullahKUALA LUMPUR: "Sepanjang hidup saya takkan lupakan malam 1 Mei lalu. Malam itu saya bertarung nyawa dengan virus COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU)
"Degupan jantung saya jatuh sehingga 40 denyutan seminit setiap 30 minit ketika diberi bantuan pernafasan. Itu kiranya paras bahaya. Paras normal 60-100 degupan seminit."Begitulah pengalaman yang disifatkan sebagai 'ngeri' oleh Eksekutif Jualan Toh Sharon, 48, sepanjang beliau menjalani rawatan intensif COVID-19 selama 20 hari di Hospital Melaka

Ibu kepada dua orang anak berusia 22 dan 25 tahun itu, tidak sesekali pun menyangka begitu hebat penangan virus COVID-19 yang menyerang dirinya sehingga terpaksa bertarung nyawa dengan bantuan mesin pernafasan sebagai pesakit tahap empat
"Saya masih ingat lagi apa yang berlaku pada malam itu. Walaupun badan saya penuh dipasang dengan tiub bantuan pernafasan yang disambung ke tangki oksigen, antara sedar dan tidak sedar saya masih berasa sangat sukar untuk bernafas seolah-olah hampir putus nyawa
"Mujurlah saya cekal untuk melawan dan terus kuat meneruskan perjuangan untuk hidup sehinggalah paras oksigen dalam badan saya semakin pulih dengan bantuan barisan petugas hadapan," kongsi Toh dengan Bernama baru-baru ini
Semuanya bermula apabila beliau makan malam dengan seorang rakan di sebuah restoran di Melaka pada 18 April lalu, dan kemudiannya dimaklumkan statusnya sebagai kontak rapat kepada rakannya yang disahkan positif COVID-19 tiga hari selepas itu
"Pada malam itu saya berkongsi makanan bersama dengan rakan saya. Pada 21 April saya dimaklumkan bahawa dia positif COVID-19 dan saya pula kontak rapat dia
"Saya kuarantin kendiri di rumah dan mengasingkan diri daripada anak lelaki saya meskipun saya belum lagi membuat ujian calitan COVID-19 di mana-mana klinik," katanya
Toh, yang berasal dari Bandaraya Melaka itu kemudiannya hadir ke klinik kesihatan untuk membuat ujian calit COVID-19 bersama-sama dengan anak lelakinya pada 22 April lalu dan kemudiannya disahkan positif
"Syukur pada ketika itu anak lelaki saya disahkan negatif. Sebenarnya sehari sebelum ujian calitan itu, saya mula mengalami gejala demam, sakit tekak, selesema, cirit birit dan sakit-sakit sengal sehingga sukar untuk bangun dari tidur
"Saya dipakai gelang merah jambu, diarah untuk terus berkuarantin di rumah dan menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke hospital terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke pusat kuarantin MAEPS di Serdang, Selangor," katanya
IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI PROGRAM VAKSINASI COVID-19 MALAYSIA DI SINIMALANG TIDAK BERBAUKetika Toh sedang menunggu giliran untuk dipindahkan ke pusat kuarantin di Hospital Melaka pada 25 April lalu, beliau dimaklumkan oleh petugas kesihatan bahawa kandungan oksigen dalam badannya kurang daripada 88 peratus dan terpaksa dimasukkan ke ICU untuk pemantauan setelah menjalani pemeriksaan
"Kandungan oksigen normal adalah 95 peratus ke atas, ketika itu saya pun terpinga-pinga dan mengikut sahaja arahan petugas kesihatan untuk ke ICU Hospital Melaka, namun pada malam itu suhu badan saya naik mendadak sehingga 39.6 darjah celsius dan terus tidak sedarkan diri
"Keesokan harinya baru saya sedar dan ketika itu, badan saya penuh dengan tiub bantuan pernafasan, dalam keadaan terpinga-pinga doktor memberitahu saya bahawa seluruh paru-paru saya dijangkiti virus berdasarkan laporan X-ray, " katanya
Menurut Toh, beliau diberi pilihan untuk mengambil ubat antiviral Favipiravir selama lima hari bagi membantu memulihkan keadaan paru-parunya. Beliau turut diberitahu akan kesan sampingannya serta pengambilannya masih dalam fasa klinikal
Namun, tanpa berasa ragu, beliau terus bersetuju untuk mengambil ubat antiviral berkenaan dan keadaannya dipantau dari masa ke semasa
"Sepanjang pengambilan ubat itu, saya tidak boleh mengambil ubat fever dan perlu mandi air sejuk setiap hari bagi menurunkan suhu badan saya, sehinggalah pada satu tahap suhu badan semakin tinggi dan terpaksa dicucuk steroid untuk merawat paru-paru saya," katanya
Setelah sembilan hari berada di ICU, keadaannya semakin pulih dan dibenarkan untuk berpindah ke wad biasa namun masih di bawah pemantauan dari masa ke semasa
"Syukur selepas 20 hari berada di hospital, akhirnya pada 14 Mei lalu saya dibenarkan discaj namun doktor menasihatkan saya supaya tidak lagi menjalankan aktiviti lasak seperti sebelum ini kerana bila-bila masa sahaja virus itu akan menyerang jika saya tidak menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan baik
"Walaupun dibenarkan discaj namun keadaan kesihatan saya tidak lagi seperti dulu. Saya mudah letih dan perlu berjaga-jaga dari segi kehidupan seharian kerana saya masih lagi dalam fasa pemulihan," katanya
Menurut Toh, ramai yang memandang ringan akan jangkitan COVID-19 dan masih menganggap ia hanya demam biasa dan hilang deria rasa serta bau
"Bergantung kepada individu, ada yang hanya bergejala ringan namun ada juga yang serius. Baru saya sedar selama ini kerajaan sentiasa menekankan pematuhan SOP dan SOP itu ternyata begitu penting kerana individu yang sihat seperti saya juga boleh menjadi teruk apatah lagi golongan berisiko tinggi
"Namun demikian, saya sangat berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa kami dan sanggup berkorban cuti Hari Raya Aidilfitri demi menjaga pesakit-pesakit kritikal seperti saya," katanya
TIDAK SEDAR DIJANGKITI COVID-19Sementara itu, jurufoto akhbar berbahasa Mandarin, Soh Teong Kok, 35, terkilan apabila masih menunjukkan gejala seolah-olah dijangkiti virus COVID-19 meskipun telah menjalani ujian calitan yang menunjukkan keputusan negatif
"Pada 21 April lalu, saya tiba-tiba diserang demam panas. Oleh kerana tugas saya sebagai pengamal media dan tinggal dengan keluarga, saya pergi ke hospital swasta untuk membuat ujian saringan dan keputusannya negatif
"Walaupun lega dengan keputusan itu, saya masih lagi berasa letih dan tercungap-cungap selain batuk teruk pada waktu malam selama seminggu menyebabkan saya insomnia, selain hilang deria rasa dan bau
"Selepas sembilan hari, saya sudah tidak bermaya lagi dan terpaksa dipapah oleh ahli keluarga untuk ke hospital swasta membuat ujian sekali lagi... Selepas menjalani ujian itu, saya segera diarahkan untuk masuk ke wad ICU kerana keadaan saya ketika itu sudah kritikal dan perlu ditolak dengan kerusi roda," katanya
Memandangkan paras oksigen dalam badannya begitu rendah ketika itu, beliau terpaksa dikomakan untuk bantuan pernafasan oleh petugas kesihatan di ICU
"Saya masih ingat lagi selepas sedar daripada koma selama empat hari, saya sempat ber'video call' dengan ahli keluarga saya namun tidak dapat bercakap dan hanya boleh memberi respons dengan anggukan kepala... Ketika itu juga saya diberitahu oleh doktor bahawa keadaan saya mencapai ke tahap kelima
"Perasaan pada ketika itu sangat perit kerana kebiasaannya saya sangat aktif dan tidak boleh duduk diam namun jangkitan ini sangat hebat sehinggakan saya terlantar di atas katil dan hanya mampu merenung ke atas tanpa boleh bergerak kerana badan dipenuhi dengan wayar dan tiub pernafasan
Selepas lapan hari berada di wad ICU, beliau ditukarkan ke wad biasa namun masih memerlukan pemantauan rapi serta bantuan pernafasan
"Walaupun sudah boleh bercakap dan berjalan, namun saya masih tercungap-cungap lebih-lebih lagi apabila mahu ke tandas.... bersyukur kerana saya telah melepasi paras berbahaya dan deria bau serta rasa semakin pulih dan dibenarkan discaj sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri," katanya kepada Bernama
Meskipun ahli keluarga dan rakan-rakan yang pernah berurusan dengannya disahkan negatif, namun beliau masih berasa serba salah dan sehingga kini masih berehat di rumah dan dalam fasa pemulihan
"Saya sebenarnya tiada idea dari mana dijangkiti COVID-19... Mungkin dalam kalangan rakan-rakan ataupun orang awam yang tidak bergejala, namun penangan virus ini sangat hebat sehinggakan hampir meragut nyawa
"Oleh itu, apa yang selalu ditekankan oleh kerajaan untuk mematuhi SOP adalah sangat penting. Mungkin kita rasa sihat dan selalu berkumpul dan berjumpa dengan kawan-kawan namun sebenarnya kita tidak sedar bahawa virus sudah ada dalam komuniti. Bila-bila masa kita boleh dijangkiti sekiranya kita masih memandang ringan dengan keluar dari rumah dan tidak mematuhi SOP," katanya
Menurut laporan pada 18 Mei lalu, KKM menjangkakan akan berlaku lonjakan bilangan kes harian COVID-19 seperti yang berlaku di banyak negara lain
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, ia disebabkan penularan virus SARS-CoV-2 dalam komuniti terutama melibatkan beberapa Variant of Concern (VOC) di negara ini yang amat membimbangkan
Dr Noor Hisham menjelaskan VOC ini dikaitkan dengan kadar penularan yang lebih cepat dengan kadar kematian yang lebih tinggi
-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/pengalaman-ngeri-bekas-pesakit-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Katil Icu Pesakit Covid 19 Membimbangkan Dr Noor Hisham

Katil Icu Pesakit Covid 19 Membimbangkan Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 302 hits
Foto ihsan Facebook Noor Hisham Abdullah KUALA LUMPUR Jumlah kes COVID 19 yang dimasukkan ke unit rawatan rapi termasuk yang disahkan dalam siasatan dan sedang menunggu keputusan merekodkan jumlah tertinggi sejak pandemik bermula tahun lalu...
Pesakit Kronik Tiada Harapan Sembuh Tidak Lagi Dihantar Ke Icu Exco Kedah

Pesakit Kronik Tiada Harapan Sembuh Tidak Lagi Dihantar Ke Icu Exco Kedah

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 268 hits
Seperti yang diketahui umum jumlah jangkitan pandemik terus mencatatkan kenaikan dari hari ke hari dan dilihat semakin membimbangkan Rakyat disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan sentiasa menjaga kebersihan diri serta menda...
Soal Hidup Mati Di Kedah Pesakit Tiada Harapan Sembuh Tak Masuk Icu

Soal Hidup Mati Di Kedah Pesakit Tiada Harapan Sembuh Tak Masuk Icu

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 249 hits
Malaysiakini Pesakit di Kedah yang menderita penyakit kronik dan tiada harapan untuk sembuh tidak lagi akan ditempatkan di unit rawatan rapi kerana katil ICU yang semakin berkurangan Keadaan ini melibatkan pesakit Covid 19 dan juga bukan pe...
Hiburan Lega Bapa Dah Bebas Covid 19 Tasha Manshahar Kini Risau Ibu Masih Di Icu

Hiburan Lega Bapa Dah Bebas Covid 19 Tasha Manshahar Kini Risau Ibu Masih Di Icu

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 297 hits
Penyanyi Tasha Manshahar meluahkan rasa lega apabila bapa kesayangan Mohd Manshahar kini sudah dibenarkan keluar dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID 19 MAEPS Serdang setelah bebas wabak itu baru baru ini Tasha menzahirkan perasaan lega d...
Seramai 48 Ribu 261 Bayi Kanak Kanak Dijangkiti Covid 19 Di Malaysia Nyawa Anak Tiada Ganti

Seramai 48 Ribu 261 Bayi Kanak Kanak Dijangkiti Covid 19 Di Malaysia Nyawa Anak Tiada Ganti

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 278 hits
Menurut sumber Setakat ini seramai 48 ribu 261 orang bayi dan kanak kanak telah dijangkiti COVID 19 di Malaysia Daripada jumlah itu 6 290 merupakan bayi berumur 18 bulan ke bawah Ini bukanlah satu angka yang kecil malah angka ini sepatutnya...
Covid 19 Mimpi Ngeri Semakin Hampir

Covid 19 Mimpi Ngeri Semakin Hampir

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 170 hits
BH ONLINE Petugas menguruskan jenazah yang maut akibat jangkitan COVID 19 di Tanah Perkuburan Islam Setali Kuantan Foto NSTP Farizul Hafiz Awang KUALA LUMPUR Malaysia semakin diasak mimpi ngeri lonjakan 10 000 kes harian baharu COVID 19 sel...
Rsmh Palembang Tambah Icu Covid 19 Menjadi 26 Ruangan

Rsmh Palembang Tambah Icu Covid 19 Menjadi 26 Ruangan

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 184 hits
Dia menjelaskan ICU Covid 19 adalah ruangan isolasi yang dilengkapi alat khusus untuk mengisap aerosol sehingga jika ada aerosol di dalam ruangan tidak akan sampai keluar
Ya Allah Kalau Kau Nak Cabut Nyawa Aku Janganlah Musim Covid 19

Ya Allah Kalau Kau Nak Cabut Nyawa Aku Janganlah Musim Covid 19

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 285 hits
Memasuki usia 68 tahun bulan hadapan pelakon Fauziah Nawi meluahkan rasa bimbang dengan situasi Covid 19 melanda negara apatah lagi kes semakin tinggi Pelakon itu turut marah dengan sikap penting diri pihak yang tidak mahu mengambil suntika...
600 Katil Bagi Pesakit Covid 19 Di Pkrc Maeps 2 0

600 Katil Bagi Pesakit Covid 19 Di Pkrc Maeps 2 0

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 362 hits
Petugas petugas sedang sibuk membuat persiapan terakhir di Dewan F di MAEPS Serdang 600 katil bagi pesakit COVID 19 di PKRC MAEPS 2 0 Katil dua tingkat disediakan di Dewan F akan mula beroperasi malam ini P Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih