98 Kematian Akibat Covid 19 Satu Detik Hitam Buat Malaysia Kata Noor Hisham


 
Bernama -May 30, 2021 Pertambahan 98 kes kematian Covid-19 semalam menyaksikan angka korban akibat wabak tersebut kini berjumlah 2,650 kes.KUALA LUMPUR: “Hari ini merupakan satu detik hitam apabila negara mencatatkan kes kematian harian Covid-19 yang tertinggi sejak pandemik ini bermula,” demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Menyuarakan keresahannya, beliau berkata pertambahan 98 kes kematian Covid-19 itu menyaksikan angka korban akibat wabak tersebut kini berjumlah 2,650 kes.
Katanya perkembangan itu menyebabkan bilik simpanan mayat di hospital-hospital Kementerian Kesihatan (KKM) kini mula penuh dan semakin sukar untuk menampung pertambahan mendadak jumlah jenazah.
“Sebanyak 471 kematian berlaku pada tahun 2020 manakala 2,179 kematian dicatatkan dalam tempoh lima bulan pertama 2021.
“Dalam tempoh 1 hingga 29 Mei 2021 sahaja, sebanyak 1,144 kematian disebabkan Covid-19 telah direkodkan. Ini merupakan jumlah kes kematian bulanan yang paling tinggi setakat ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.
Hisham berkata berikutan itu, perkhidmatan perubatan forensik telah menyediakan kontena khas khusus untuk jenazah pesakit atau bukan pesakit Covid-19 di lima hospital iaitu Hospital Selayang, Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh di Selangor; Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru dan Hospital Queen Elizabeth I di Sabah serta satu ‘fleximort’ khusus untuk jenazah pesakit Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Selangor.
Beliau berkata setiap kontena khas itu boleh menampung kapasiti maksimum 20 jenazah manakala bagi “fleximort” sebanyak 12 jenazah.
Lebih membimbangkan, Hisham berkata jika kes aktif Covid-19 melebihi kemampuan dan kapasiti KKM untuk merawat, doktor akan terpaksa membuat pilihan sukar untuk mengutamakan katil unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit dengan potensi sembuh yang lebih tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuhnya lebih rendah.
“Ini adalah implikasi yang tidak diingini oleh setiap petugas kesihatan namun pilihan sukar ini akan terpaksa dilakukan apabila sistem kesihatan mencapai kapasiti maksimum.
“Bantulah kami agar sistem kesihatan negara tidak lumpuh sama sekali,” katanya.
Beliau berkata semua pihak dari peringkat tertinggi hinggalah ke rakyat jelata perlu membantu memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19.
“Buatlah keputusan dan pilihan terbaik demi rakyat dan negara,” katanya.
Hisham juga berkata dalam mengimbangi nyawa serta kehidupan, adalah penting untuk semua pihak sentiasa meneliti semula keutamaan mereka mengikut keadaan semasa namun bagi KKM dan petugas kesihatan di seluruh negara, keutamaan mereka adalah kesihatan awam dan menyelamatkan nyawa.
“Marilah kita kekal duduk di rumah dan jika anda mempunyai urusan penting di luar, pastikan anda mematuhi SOP agar diri dan ahli keluarga dilindungi.
“Kita jaga kita. Pastikan tiada pergerakan dan tiada perhimpunan. #LockdownKendiri #BantuSistemKesihatanNegara,” katanya.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/98-kematian-akibat-covid-19-satu-detik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Detik Hitam Buat Negara 126 Kes Kematian Dilaporkan Pada Hari Ini Paling Tinggi Sejak Pandemik Bermula

Covid 19 Detik Hitam Buat Negara 126 Kes Kematian Dilaporkan Pada Hari Ini Paling Tinggi Sejak Pandemik Bermula

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 291 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini telah memaklumkan bahawa terdapat 7 703 kes positif COVID 19 baharu yang dilaporkan pada hari ini
Dr Noor Hisham Emergence Of New Covid 19 Variants Worrying

Dr Noor Hisham Emergence Of New Covid 19 Variants Worrying

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 273 hits
Health director general Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah has expressed concern over the emergence of new Variants of Concern as many patients do not show any symptoms and in fact their Covid 19 screening tests often came back negative Nevert...
Satu Rt Mini Lockdown Akibat Covid 19 Pemkot Jakut Pastikan Kebutuhan Warga Aman

Satu Rt Mini Lockdown Akibat Covid 19 Pemkot Jakut Pastikan Kebutuhan Warga Aman

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 244 hits
Jika terdapat lima rumah dalam satu RT yang penghuninya terindikasi positif melalui hasil tes usap antigen maka RT tersebut harus menerapkan lockdown mikro Lockdown dilakukan sampai kasus Covid 19 di wilayah Rukun Tetangga tersebut dapat di...
Malaysia Catat 26 Kelompok Baru Covid 19 Akibat Ziarah Aidilfitri

Malaysia Catat 26 Kelompok Baru Covid 19 Akibat Ziarah Aidilfitri

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 1 019 kes COVID 19 melibatkan 26 kluster yang berpunca daripada sambutan Aidilfitri dikesan sejak 13 Mei hingga semalam kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata daripada jumlah itu ...
Siapa Kata Semua Rakyat Malaysia Menderita Disebabkan Covid 19

Siapa Kata Semua Rakyat Malaysia Menderita Disebabkan Covid 19

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 311 hits
Profits double for Robert Kuok s PPB Group Robust demand for palm oil and sugar doubled the profits of PPB Group the company controlled by Malaysia s richest man Robert Kuok According to a Forbes report PPB s net profit rose to RM420 2 mill...
Katil Icu Pesakit Covid 19 Membimbangkan Dr Noor Hisham

Katil Icu Pesakit Covid 19 Membimbangkan Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 313 hits
Foto ihsan Facebook Noor Hisham Abdullah KUALA LUMPUR Jumlah kes COVID 19 yang dimasukkan ke unit rawatan rapi termasuk yang disahkan dalam siasatan dan sedang menunggu keputusan merekodkan jumlah tertinggi sejak pandemik bermula tahun lalu...
Malaysia Dipilih Untuk Uji Kaji Satu Jenis Vaksin Covid 19 Baru Buatan China

Malaysia Dipilih Untuk Uji Kaji Satu Jenis Vaksin Covid 19 Baru Buatan China

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 385 hits
gemilangdaily comMalaysia telah dipilih sebagai tempat untuk uji kaji vaksin covid 19 buatan China yang lain kali ini buatan Shenzhen Kangtai Biological Products Co Ltd Menurut Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kajian klinikal fasa...
Dakwaan Kematian Lelaki Cina Berumur 20 An Akibat Covid 19 Di Taman Tas Adalah Tidak Benar

Dakwaan Kematian Lelaki Cina Berumur 20 An Akibat Covid 19 Di Taman Tas Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 297 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Sehingga 30 Mei 2021 tiada kematian akibat COVID 19 di negeri Pahang melibatkan lelaki Cina berumur 20 tahun dan tinggal di Taman Tas Kuantan Terdapat ke
Tak Mustahil 26 000 Kematian Covid 19 Menjelang September Kata Menteri Kesihatan

Tak Mustahil 26 000 Kematian Covid 19 Menjelang September Kata Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 208 hits
Ahli Majlis WHO Dr Adeeba Kamarulzaman mendedahkan satu kajian mendapati jumlah kematian berkaitan Covid 19 di negara ini berkemungkinan mencapai 26 000 kes menjelang September Pandemik Covid 19 mengubah cara pengurusan jenazah dan pengebum...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Iftar Satu Ramadhan

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi