Membimbangkan Kematian Angkara Covid 19 Mungkin Mencecah 26 000


Oleh UtusanTV Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Petugas Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengangkat jenazah pesakit Covid-19 untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid SEJAK pertama kali pandemik COVID-19 dikesan di Malaysia, hampir setiap hari Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengingatkan supaya duduk di rumah jika tiada urusan penting.
Hampir setiap hari juga tanpa jemu Ketua Pengarah Kesihatan atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi media sosialnya memberi amaran mengenai bahaya wabak tersebut.
Segala peringatan itu bukan sekadar ‘cakap-cakap kosong’ kerana dengan peningkatan jumlah kes dan kehadiran varian baharu yang ‘menggila’, COVID-19 ketika ini boleh membawa kepada lebih banyak angka kematian.
Sebelum ini, Dr. Noor Hisham pernah menyifatkan kes kematian sebanyak 98 korban pada 29 Mei lalu sebagai detik hitam negara.
Semalam pula, buat pertama kali angka kematian angkara COVID-19 melebihi 100 sehingga mencecah 126 korban sekali gus menjadikan kumulatif kes mencecah 2,993.
Namun begitu, berdasarkan trajektori semasa, kes kematian angkara COVID-19 di negara ini berkemungkinan mencapai 26,000 kes menjelang September. Satu jumlah yang amat menakutkan!
Anggaran kematian itu adalah sekurang-kurangnya sembilan kali ganda daripada jumlah kumulatif kes kematian setakat ini.

Perkara itu dikongsikan Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Prof. Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman dalam program Sinar Harian yang dihoskan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar secara langsung hari ini.
Lebih membimbangkan, kata Dr. Adeeba, kajian dilaksanakan Institue for Health Metric and Evaluation (IHME) University of Washington itu juga menjangkakan kadar kematian harian akan mencecah 200 kes menjelang akhir Ogos.
“COVID-19 bakal menjadi punca kedua kematian di Malaysia selepas sakit jantung,” kata beliau seperti dipetik Bernama.com.
IMHE dalam laman webnya menyatakan anggaran itu mengambil kira enam pendorong perubahan kematian yang berlaku sejak bermulanya wabak berkenaan.
Pendorong itu termasuk jumlah keseluruhan kematian yang berkait secara langsung dengan jangkitan COVID-19 dan peningkatan kes kematian akibat penangguhan penjagaan kesihatan.
Selain itu, ia turut melibatkan pertambahan kematian disebabkan peningkatan gangguan kesihatan mental dan jumlah kematian yang menurun kerana kes kecederaan turut menurun disebabkan sekatan pergerakan.
Pada masa sama, penurunan kematian lain juga menurun disebabkan pengurangan penyebaran virus lain dan beberapa keadaan kronik seperti penyakit kardiovaskular yang berlaku kepada individu lemah yang boleh membawa maut dengan keadaan itu, meninggal dunia lebih awal disebabkan COVID-19.
Sementara itu, Dr. Adeeba yang juga Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia menegaskan bahawa semua rakyat perlu dilibatkan dalam usaha memerangi COVID-19 dengan sekatan pergerakan yang dilaksanakan ketika ini menjadi ‘medan peperangan’ penting.
“Kita sepatutnya melihat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini untuk berfikir, buat rancangan strategik dan atur semula. Buat rancangan yang benar-benar boleh dibawa ke hadapan sementara menunggu pelaksanaan pelaksanaan vaksin sepenuhnya.
“Saya tidak fikir kita mampu menghadapi sehingga PKP 5.0 pula.
“Pucuk pimpinan juga perlu mengambil tanggungjawab untuk mengembalikan kepercayaan rakyat sebab dalam erti kata kesihatan awam, kepercayaan adalah mata wang kepada kesihatan awam…mahu atau tidak, kerajaan perlu mendapat semula kepercayaan itu yang diperoleh semasa PKP sebelum ini,” jelas beliau.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/membimbangkan-kematian-angkara-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Beri Rm1 000 Khairat Kematian Pesakit Covid 19

Selangor Beri Rm1 000 Khairat Kematian Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 313 hits
Pakej Kita Selangor 2 0 memperuntukkan sumbangan khairat kematian berjumlah RM 1 000 untuk setiap pesakit COVID 19 yang meninggal dunia di Selangor Foto fail hiasan SHAH ALAM Keluarga pesakit COVID 19 yang meninggal dunia Orang Kurang Upaya...
Kematian Covid 19 Boleh Cecah 26 000 Kes Menjelang Sept Kajian

Kematian Covid 19 Boleh Cecah 26 000 Kes Menjelang Sept Kajian

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 238 hits
Malaysiakini Satu kajian mendapati jumlah kematian berkaitan Covid 19 di negara ini berkemungkinan mencapai 26 000 kes menjelang September berdasarkan trajektori semasa kata Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia Prof Datuk Dr Adeeb...
India Catat Angka Kematian Covid Tertinggi Di Dunia Lebih Dari 6 000 Dalam Sehari

India Catat Angka Kematian Covid Tertinggi Di Dunia Lebih Dari 6 000 Dalam Sehari

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 305 hits
Pada Kamis India melaporkan angka kematian tertinggi karena Covid 19 di dunia yaitu 6 148 dalam sehari Angka ini meningkat setelah negara bagian di India timur merevisi datanya terkait jumlah warga yang meninggal karena penyakit ini di ruma...
Tak Mustahil 26 000 Kematian Covid 19 Menjelang September Kata Menteri Kesihatan

Tak Mustahil 26 000 Kematian Covid 19 Menjelang September Kata Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 216 hits
Ahli Majlis WHO Dr Adeeba Kamarulzaman mendedahkan satu kajian mendapati jumlah kematian berkaitan Covid 19 di negara ini berkemungkinan mencapai 26 000 kes menjelang September Pandemik Covid 19 mengubah cara pengurusan jenazah dan pengebum...
Malaysia Mungkin Hantar 4 000 Bakal Jemaah Haji

Malaysia Mungkin Hantar 4 000 Bakal Jemaah Haji

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 294 hits
Oleh AMREE AHMAD DR Zulkifli Mohamad Al Bakri menerusi siaram Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 malam ini PUTRAJAYA Lembaga Tabung Haji berkemungkinan besar hanya menghantar sejumlah 4 000 bakal jemaah ke tanah suci Mekah bagi menunaikan iba...
75 000 Penduduk Palestin Hilang Tempat Tinggal Angkara Serangan Rejim Penjajah

75 000 Penduduk Palestin Hilang Tempat Tinggal Angkara Serangan Rejim Penjajah

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 279 hits
GENEVA 8 Syawal 1442H Khamis Sekurang kurangnya 75 000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal akibat serangan rejim pengganas Israel yang berterusan di Gaza Jurucakap Pejabat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk Penyelarasan Hal Ehwal ...
Nearly 10 000 No Shows For Covid 19 Vaccine In Kelantan

Nearly 10 000 No Shows For Covid 19 Vaccine In Kelantan

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 367 hits
Nearly 10 000 residents of Kelantan especially the elderly aged 60 and above have failed to turn up to receive the Covid 19 vaccine jabs as of yesterday State Health Department director Dr Zaini Hussin said one of the reasons for their abse...
Covid 19 26 Hari Raya Clusters Detected Over 1 000 Infected

Covid 19 26 Hari Raya Clusters Detected Over 1 000 Infected

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 303 hits
The Health Ministry detected 26 Covid 19 clusters linked to Hari Raya Aidilfitri celebrations between May 13 and 28 According to a Health Ministry statement today 1 019 people from these clusters had tested positive out of the 4 047 screene...
Kes Covid 19 Di Kelantan Boleh Cecah 1 000 Sehari Mulai Jun Kata Exco

Kes Covid 19 Di Kelantan Boleh Cecah 1 000 Sehari Mulai Jun Kata Exco

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 272 hits
May 31 2021 KOTA BHARU Kes positif Covid 19 di Kelantan dijangka boleh mencecah 1 000 kes sehari mulai bulan depan berikutan nisbah jangkitan wabak itu berbanding jumlah penduduk negeri ini yang sangat tinggi sekarang EXCO Kerajaan Tempatan...
Understand Your Target Audience

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Tema Hijau Menjadi Pilihan

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuba Fikir Ini Kerja Siapa

Asal Usul Nama Simpang Pelangai

Perkembangan Pesat Kereta Api China

Homestay Bonda Banda Hilir Melaka Kini Ada Netflix

Natalie Portman S Legs And Feet In Tights 29

Sma Car Rental Perkhidmatan Kereta Sewa Profesional Di Kuantan Pahang