Kerajaan Ph Terdedah Kepada Sabotaj



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Irwan Serigar berkempen di Langkawi melawan Dr MahathirBAHAYA kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) disabotaj tidak dapat ditolak begitu sahaja dan terdapat dua sumber utama kepada ancaman ini.
Pertama, pemimpin PH – termasuk anggota kabinet – mensabotaj kerajaan mereka sendiri kerana kejahilan, tamak kuasa dan ketiadaan fokus.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Saya telah menyentuh hal ini secara tidak langsung dalam tulisan yang lepas mengenai lima menteri belum setahun jagung menerima bintang kebesaran daripada negeri Melaka. Ini adalah petanda keamatoran pemikiran mereka.
Untuk mengelak hal ini berulang, PH boleh mengenakan syarat menghalang menteri pusat, menteri negeri dan ahli exconya daripada menerima bintang kebesaran ketika dalam perkhidmatan.
Lagi baik kalau semua Ahli Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dimasukkan di dalam senarai larangan ini.
Kedua, sabotaj oleh kakitangan awam dan eksekutif GLC/GLIC kerana ketidakcekapan, pengaruh ideologi dan korupsi.
Ketiga-tiga ciri ini wujud walaupun saya tidak menafikan bahawa ada banyak kakitangan awam dan eksekutif GLC/GLIC yang cemerlang dan berkelas dunia, tetapi lebih banyak yang tidak.
Kerana lebih 60 tahun di bawah kerajaan yang sama, pemikiran mereka dipengaruhi oleh ideologi parti pemerintah dan parti pemerintah menjadi begitu feudalistik dan korup sejak beberapa dekad kebelakangan ini.
Walaupun kerajaan PH telah tidak menyambung atau memendekkan tempoh perkhidmatan beberapa orang pegawai atasan dan melantik orang baru menggantikan mereka namun “DNA”, “inprint”, acuan dan “template” Umno/BN masih kuat. Hal yang sama berlaku dalam GLC dan GLIC.
Sekolahkan dan kembalikan profesionalisme perkhidmatan awamAdalah penting mereka ini disekolahkan semula secara sistematik agar kembali menjadi penjawat awam dan pengurus GLC/GLIC yang profesional, berkecuali dan bebas rasuah.
Teruja
Akibat tidak ada pengalaman, ada menteri yang jelas telah berjaya dipukau oleh Ketua Setiausaha Kementerian masing-masing sehingga mereka menjadi “protective” terhadap KSU dan pegawai-pegawai kanan mereka.
Saya dimaklumkan ada menteri yang tidak suka atau tidak lagi mahu mendengar maklum balas parti dan orang ramai mengenai KSU mereka.
Kalau betul – tidak kira kalau sedikit sekali pun – hal ini amat berbahaya bagi kerajaan PH dan rakyat jelata yang bergantung kepadanya. Kerajaan PH terdedah kepada pemesongan dan sabotaj oleh saki-baki tali barut kerajaan lama.
Hal yang sama saya dengar berlaku di sesetengah GLC dan GLIC walaupun kepemimpinan atasan mereka sudah ditukar.
Hal ini tentulah lebih teruk di GLC dan GLIC yang masih diuruskan oleh pengurusan era BN.
Kecenderungan menyembunyikan maklumat masih berleluasa malah ada yang mempamerkan sikap angkuh kerana berasa kerajaan baru tidak tahu apa-apa dan kepakaran mereka tidak dapat diganti. Atau lebih tepat “kerajaan PH tidak mampu untuk menyingkirkan saya.”
Sebuah cerita klasik yang saya dengar adalah bagaimana ketua eksekutif sebuah GLC apabila ditanya berapa gajinya menjawab: “I can’t remember.” (Saya tidak ingat).
Setalah diselidik, didapati dia memperoleh pendapatan lebih RM7 juta setahun sedangkan syarikat kerajaan yang diuruskannya itu bolehlah dikira sebagai monopoli.
Saya juga mendapat maklum balas berkenaan adanya pengurusan GLC/GLIC yang mengintip kakitangan mereka sendiri agar tidak memberi maklumat yang diminta oleh kerajaan.
Jangan Tunggu Lama-lama
Saya cadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pusat Kebangsaan Mengenai Governans, Integriti dan Antirasuah (GIACC) memantau pegawai kanan kerajaan dan eksekutif GLC/GLIC yang berpotensi mensabotaj kerajaan.
Serentak itu siasatan ke atas pegawai kanan kerajaan dan eksekutif GLC/GLIC yang bersara atau ditamatkan perkhidmatan perlu disegerakan dan audit forensik ke atas GLC/GLIC dijadikan prosedur tetap (SOP).
Sebelum terlambat dan rakyat jelata hilang keyakinan kepada kerajaan PH, saya rasa elok menteri, menteri besar, ketua menteri dan semua wakil rakyat PH disekolahkan.
Rasanya tidak memadai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang menjadi guru dan mentor. Menanglah hebat dan istimewa dididik oleh Perdana Menteri, tetapi masa terlalu suntuk untuk tujuan itu.
Saya bernasib baik menjadi salah seorang “lepasan” kem bina semangat perdana di Negara Sembilan, yang dimentorkan sendiri oleh Dr Mahathir pada awal tahun 1990-an. Modul itu masih boleh digunakan.
Saya yakin menteri pun akan mendapat kebaikan jika disekolahkan bagi mengubah acuan minda mereka daripada pembangkang kepada kerajaan, daripada bercakap kepada bekerja dan daripada omong kosong kepada mengisi kekosongan.
Ingatlah, jika pada 9 Mei rakyat jelata boleh menendang keluar kerajaan BN yang telah berkuasa selama 61 tahun, apalah sangat dengan PH yang baru setahun jagung.
Wallahuaklam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kadirjasin.blogspot.com/2018/10/kerajaan-ph-terdedah-kepada-sabotaj.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Katanya Kerajaan Ph Terdedah Kepada Sabotaj Dari Dalam A Kadir Jasin

Katanya Kerajaan Ph Terdedah Kepada Sabotaj Dari Dalam A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 362 hits
Oleh A Kadir JasinIrwan Serigar berkempen di Langkawi melawan Dr MahathirBAHAYA kerajaan baru Pakatan Harapan disabotaj tidak dapat ditolak begitu sahaja dan terdapat dua sumber utama kepada ancaman ini Pertama pemimpin PH termasuk anggota ...
Pemimpin Ph Sabotaj Kerajaan Lebih Baik Dari Penyamun Kata Tun Mahathir

Pemimpin Ph Sabotaj Kerajaan Lebih Baik Dari Penyamun Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 332 hits
Pemimpin Pakatan Harapan yang dituduh mensabotaj kerajaan kerana kejahilan tamak kuasa dan tidak fokus lebih baik berbanding penyangak dan penyamun yang mencuri duit kerajaan kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Dr Mahathir berkata ...
Sabotaj Punca Kerajaan Gagal Kesan Dan Tangkap Jho Low Tun M

Sabotaj Punca Kerajaan Gagal Kesan Dan Tangkap Jho Low Tun M

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 346 hits
SABOTAJ dalam kerajaan dilapor antara sebab kenapa sukar kerajaan Malaysia untuk mengesan dan menangkap penjenayah Low Taek Jho kata Tun Mahathir Perdana Menteri dilapor berkata beliau percaya Itulah punca Jho Low berjaya mengelak daripada ...
Hati Hati Sabotaj Kepada Kerajaan Ph Di Mana Mana

Hati Hati Sabotaj Kepada Kerajaan Ph Di Mana Mana

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 302 hits
Saya menyeru kepada anggota pertadbiran di semua peringkat supaya berhati hati dengan sabotaj yang mungkin berlaku di mana mana Pada era dunia tanpa sempadan ini musuh sentiasa mencari jalan untuk memburuk burukkan kita dengan apa cara seka...
Terdapat Sabotaj Dalam Kerajaan Tun M

Terdapat Sabotaj Dalam Kerajaan Tun M

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 287 hits
BALI Tindakan sabotaj di dalam kerajaan adalah antara sebab Malaysia sukar untuk mengenal pasti dengan tepat dan seterusnya memberkas ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Ment...
Cukai Baru Harga Barang Masuk Sidang Kedua Parlimen Gaya Dolak Dalih Kerajaan Masih Sama

Cukai Baru Harga Barang Masuk Sidang Kedua Parlimen Gaya Dolak Dalih Kerajaan Masih Sama

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 343 hits
Walaupun sudah menjadi Kerajaan namun sikap Ahli Parlimen Pakatan Harapan masih lagi seperti pembangkang Sikap berdolak dalih dan sering menuding jari masih terus menjadi permainan pemimpin PH Ini jelas dapat dilihat di dalam sidang kedua D...
Fitnah Pesta Gay Kelemahan Kerajaan Pakatan Harapan Yang Perlu Diperbaiki

Fitnah Pesta Gay Kelemahan Kerajaan Pakatan Harapan Yang Perlu Diperbaiki

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 422 hits
Ada baca tak tentang pesta gay kat muzium negara tu Pengarah muzium dah jawab katanya itu fitnah So pemfitnah tu relek je next buat grafik fitnah lain lak Nak tangkap bawah akhta berita palsu takdenya nak bertindak Apa benda lah masa kita p...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii