Kartel Tukar Daging Haram Jadi Halal


Taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia terbongkar dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai semalam.
Hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) kartel berkenaan dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku telah menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu.
Tindakan itu dibuat bagi menyakinkan pemborong di Malaysia kononnya bekalan daging sejuk beku itu diperoleh dari negara yang dibenarkan pengimportannya sebelum dipercayai diedar ke pasaran tempatan.
Operasi diketuai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu mendapati kartel terbabit mengupah pekerja warga asing bagi melakukan kerja pembungkusan semula dengan mereka diberi kemudahan asrama penginapan di situ.

Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Maqis, Siti Nur Ahmad (tiga dari kiri) bersama pihak berkuasa yang turut serta dalam operasi bersepadu di Senai semalam.
Ketua Pengarah Maqis, Saiful Yazan Alwi berkata, dalam serbuan itu sebanyak 1,500 tan daging sejuk bernilai RM30 juta telah disita.
“Buat masa ini kita masih menyiasat lagi bagaimana daging sejuk beku yang kebanyakannya diseludup dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina boleh terlepas masuk,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Operasi berkenaan turut disertai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor serta Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Saiful Yazan berkata, modus operandi sindiket terbabit adalah dengan mendapatkan stok daging sejuk beku dari luar negara sebelum dikatakan diseludup melalui Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
“Bagi memastikan kegiatan penyeludupan terbabit berjaya, mereka (sindiket) dipercayai akan menggunakan dokumen palsu termasuklah borang Kastam, permit import, sijil halal atau pun resit bayaran.
“Bagi mengaburi mata pihak berkuasa pula, sindiket turut mengimport daging daripada sumber yang sah sebelum dibawa ke gudang terbabit di Senai,” katanya.

Pegawai Maqis menunjukkan cap palsu yang digunakan untuk proses pembungkusan semula daging sejuk beku.
Saiful Yazan berkata, setelah itu, daging-daging terbabit akan diletakkan di satu bahagian khas untuk disimpan.
Katanya, pemeriksaan lanjut juga mendapati daging yang dicurigai itu kemudian akan dibuat pembungkusan semula di dalam sebuah bilik yang dilengkapi mesin pemotong.
Difahamkan kerja-kerja pembungkusan itu dilakukan beberapa pekerja warga Bangladesh.
“Daging atau organ dalaman tersebut akan dimasukkan di dalam kotak sebelum ditampal dengan pelekat serta dicap dan dilabel seakan-akan daging terbabit adalah halal.
“Siasatan kita mendapati cap logo berkenaan ditempah dari sebuah premis percetakan di Ulu Tiram dekat sini.
Malah, kita juga mengesan pembuatan pelekat yang dihasilkan sendiri di gudang berkenaan,” katanya.

Antara pelekat dan cap halal dipercayai palsu yang ditemui di dalam gudang.
Tambahnya, daging ‘halal’ yang siap dibungkus semula kemudian akan diletakkan di peti simpanan bersuhu -18 darjah celcius. Malah ia juga dicampur dengan susunan daging lain yang memiliki sijil halal yang sah.
Katanya lagi, siasatan awal pihaknya mengesyaki ia adalah daripada sumber yang diperoleh dari loji penyembelihan tidak sah dan tidak diiktiraf oleh pihak Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.
“Di gudang ini dipercayai ada daging yang sah dan tidak sah. Kita percaya, kalau daging itu halal, tidak akan ada proses pembungkusan semula,” katanya.
Pegawai operasi membuat pemeriksaan daging sejuk beku dalam serbuan di sebuah gudang di Senai semalam.
Mengulas mengenai kaitan gudang serta pusat pemborong berkenaan jelasnya, pusat pemborong tersebut disyaki mendapatkan bekalan daripada gudang terbabit berikutan penemuan bukti resit jualan yang ditemui.
“Selain itu, beberapa barang lain turut ditemui antaranya cap halal serta pelekat palsu yang digunakan sindiket berkenaan,” ujarnya.
Jelas Saiful, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sejak bila kegiatan terbabit mula beroperasi selain mengesan rangkaian sindiket yang lain.
“Kita masih menyiasat lokasi daging terbabit diedar,” katanya.
Tegasnya, Maqis memandang serius perkara ini dan tindakan undang-undang berkaitan serta akan bekerjasama dengan KPDNHEP untuk tindakan selanjutnya.
Sinar Harian 23 November lalu mula mendedahkan mengenai syarikat ejen fret (freight forwarder) yang menguruskan proses pengimportan daging sejuk beku halal mengambil jalan mudah mengimport daging sejuk beku dari negara yang tidak menerima kelulusan sah Jakim.
Kegiatan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu itu didakwa mendapat bantuan daripada ‘orang dalam’ di pintu masuk negara apabila kebanyakan daging sejuk beku import itu dibawa masuk menggunakan dokumen palsu. Sinar
[VIDEO] Kartel jual ‘Rokok Budak Sekolah (Kiddie Pack) RM1.70’ sekotak

The post Kartel tukar daging haram jadi halal appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/02/kartel-tukar-daging-haram-jadi-halal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kartel Daging Haram Ini Penipuan Perniagaan Golongan Tamak

Kartel Daging Haram Ini Penipuan Perniagaan Golongan Tamak

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 294 hits
BANGI 17 Rabiualkhir 1442H Khamis Tindakan tegas perlu disegerakan terhadap kartel yang menyeludup daging sejuk beku dengan memalsukan dokumen serta logo halal untuk pasaran di negara ini Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Prof Dr Zainu...
Bongkar Kartel Daging Telah Diedarkan Dan Label Halal Palsu Mungkin Ada Ketirisan Berlaku

Bongkar Kartel Daging Telah Diedarkan Dan Label Halal Palsu Mungkin Ada Ketirisan Berlaku

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 653 hits
BONGKAR Kartel Daging telah diedarkan dan Label Halal Palsu Mungkin ada Ketirisan Berlaku Memetik di dalam banyak berita dan viral hari ini berlaku isu halal haram ini amat penting dan berat untuk umat islam Terutama di Malaysia masih ramai...
6129 Proses Dokumentasi Lemah Punca Penyeludupan Daging Haram Sinar Harian 04 12 2020

6129 Proses Dokumentasi Lemah Punca Penyeludupan Daging Haram Sinar Harian 04 12 2020

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 360 hits
SHAH ALAM Kelompongan dalam sistem pemantauan dan pengurusan daging import oleh pihak berkuasa dikenal pasti antara punca berlakunya penyeludupan daging haram ke negara ini Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata ...
Kartel Daging Pegawai Jakim Tidak Terlibat Zulkifli

Kartel Daging Pegawai Jakim Tidak Terlibat Zulkifli

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 301 hits
SEREMBAN Tiada penglibatan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berhubung isu kartel daging sejuk beku import yang menggunakan logo halal palsu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri m
Ada Mabuk Halal Dan Haram Kah

Ada Mabuk Halal Dan Haram Kah

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 354 hits
RINA HAMZAHAda Judi Halal dan Judi Haram Kini ada Beer Halal yang tak memabukkan dan Arak Haram Janji tiada DAP Take beer YANG PELIKNYA hingga sekarang tiada satu pun Lebai PAS berani nak tegur Menteri PN tu kenapa SR
Mengejutkan Kartel Ciplak Tiga Jenama Daging Australia

Mengejutkan Kartel Ciplak Tiga Jenama Daging Australia

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 247 hits
LAPORAN KHAS JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia mengenal pasti tiga jenama popular produk daging sejuk beku keluaran Australia yang dipercayai telah dipalsukan sebelum diedar di pasaran tempatan Perkara itu terbongkar s...
6130 Gudang Kartel Proses Daging Babi Sinar Harian 04 12 2020

6130 Gudang Kartel Proses Daging Babi Sinar Harian 04 12 2020

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 455 hits
LAPORAN KHAS PEMBONGKARAN secara eksklusif Sinar Harian berkaitan kegiatan kartel daging sejuk tidak halal sejak beberapa hari lalu menemui satu lagi kejutan menggemparkan Siasatan pihak berkuasa mendapati gudang haram yang dikenakan tindak...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids