Karnival Amal Anjuran Beaconhouse Little Hands Big Hearts
Sabtu 27 April 2019, sebuah karnival amal anjuran BEACONHOUSE telah berlangsung dengan meriah dihadiri oleh 1,000 pelajar termasuk tenaga pengajar bagi membantu dan menyumbang kepada Benefit Child Treatment and WWF malaysia dengan tema Little Hands, Big Hearts bertempat di Beaconhouse Sri Inai International School, Petaling Jaya.
Tenaga pengajar dan pelajar cilik Beaconhouse selepas merasmikan acara amal ini.
Beanconhouse Sri Inai International School
Karnival amal yang telah dianjurkan adalah bersempena dengan Hari Keluarga Beaconhouse dianjurkan bersama oleh 8 Pra-Sekolah Braconhouse Malaysia di seluruh kawasan Lembah Klang. Karnival setengah hari yang telah berlangsung selama berbulan-bulan akan menyaksikan semua hasil yang didermakan kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk manfaat rawatan kanser kanak-kanak dan WWF Malaysia
Cantik kan sekolah ni, kelihatan kehadiran ibu bapa bersama² memeriahkan acara amal kali ini
Bersemangat pelajar² cilik menari dalam persembahan
Mengulas mengenai karnival amal tersebut, Mikel Liow, Senior Manager, Early Years Education, Beaconhouse berkata ' Melalui acara seperti hari ini, membuktikan bahawa kami mengajar pelajar kami kepentingan pentingnya untuk berkolaborasi dan menyumbang kepada masyarakat dan alam semula jadi. Kami cukup benar-benar berbangga dengan usaha semua pelajar, guru dan ibu bapa yang hadir dan telah menyumbang dalam membuat acara hari ini satu kejayaan besar.
Antara hadiah lucky draw yang ditawarkan
Macam² kaunter permainan
Beraneka belon..
Menarik, kreatif setiap kaunter permainan
Kupon untuk belian makanan
Pelbagai hidangan dijual dari menu Malaysia hingga western
Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan di karnival amal pada hari itu, persembahan tarian oleh pelajar cilik, gerai permainan yang menyeronokkan dan interaktif, gerai makanan yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa yang lazat serta tiga pusingan cabutan bertuah yang memberi ganjaran kepada pemenang dengan skuter dan basikal kanak-kanak .
Bersemangat tenaga pengajar, staff bagi menjayakan acara amal ini
Acara seperti ini dapat merapatkan lagi hububgan pelajar, tenaga pengajar dan ibu bapa
' Kami menggalakkan penerimaan positif dan sokongan dari komuniti keluarga Beaconhouse dan rakan-rakan. Saya hari ini berasa amat seronok untuk semua orang kerana kami mendapat feedback positif dalam usha menyumbang kembali kepada mereka yang memerlukan . Tambah Mikel Liow
Sementara dapat memupuk pelajaran penting pada pembelajaran holistik yang menekankan pembelajaran dan pertumbuhan pelajar di luar kelas selaras dengan pendekatan unik pembelajaran sepanjang hayat sistem terdiri daripada 8 Pra-Sekolah di Lembah Klang yang mengamalkan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan yang memberi tumpuan kepada pembelajaran bentuk aktif, berdasarkan siasatan, penemuan, dan pengalaman pertama.
Sistem Pembelajaran awal tahun Beaconhouse dibingkai dari segi aktiviti dan pengalaman daripada pengetahuan yang akan diperoleh dan fakta-fakta yang akan disimpan, mewujudkan dan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi para pelajar muda untuk berkembang maju .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mamadarwiish.com/2019/04/karnival-amal-anjuran-beaconhouse.html