Kari Ikan Jenahak Azie Kitchen Yang Sedap




Sebelum saya meneruskan, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya dan klik follow blog ya. Terima kasih. Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa setiap manusia akan diuji. Jika kita merasa kita susah, pasti ada lagi orang yang lebih susah. 
Jika kita melihat orang kaya dan merasakan mereka bahagia tapi tidak semestinya begitu. Anak saya, Nana selalu berkata Mama, kita nampak jer mereka tu bahagia tapi kita tidak tahu hakikat sebenar. Mungkin mereka juga ada masalah tersendiri.  
Kebelakangan ini, saya banyak bersembang dengan Nana terutama berkenaan dengan ujian dan kesusahan hidup. Kawan kawan macam mana rapat sekali pun, hanya boleh melihat dan bersimpati tetapi siapa sebenarnya yang akan membantu dan yang merasai kesakitannya, ialah keluarga sendiri. 
Hanya pasangan dan anak anak yang tahu hakikat sebenar kehidupan kita. Jadi jaga lah keluarga sendiri dengan saling menyokong dan membantu antara satu sama lain. Jangan dengan orang lain sahaja nak buat baik kan. 
Saya mendengar video kuliah Ustaz Md Esa Deraman berkenaan dengan orang yang diuji dengan tanggungan yang banyak. Antara petikannya ialah walaupun perlu mencari rezeki dek kerana tanggungan yang banyak tapi hati tetap yakin bahawa rezeki dari Allah. Berapa ramai yang menghalang, tetap akan menjadi miliknya jika Allah mengkehendakinya. Begitu juga sebaliknya.  
Dia akan berazam untuk menjaga hukum Allah. Tak akan sesekali mencari rezeki secara haram atau yang dilarang dek kerana desakan dan tanggungan yang banyak. Akan tetap teguh pada Allah kerana tak akan mati seseorang hambaNya melainkan disempurnakan rezekinya. Allah memberi apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu. OK setakat ini dahulu.

Saya lebih suka ikan jenahak berbanding dengan ikan siakap. Entah kenapa teringin sangat nak makan masak lemak ikan jenahak tapi ramai bagi pendapat lebih sedap ikan jenahak dimasak kari atau asam pedas atau masak 3 rasa berbanding dengan masak lemak. 
Akhirnya saya akur dan memasak kari ikan yang dibeli dari kawan Dr Abdol Aziz Sahat yang dipancing ini. Ikan memang sangat segar dan masih berlendir sisik ketika disiang. Hahaha jangan tak tahu, saya kalau siang ikan berlendir nanti dah siap masak, saya jadi tak lalu makan. Biasa beli ikan yang dah siap disiang. Balik rumah hanya tinggal dibasuh dan dicuci bersih sahaja.
Bila ikan segar, memang rasa isi ikan manis. Tapi saya ni jenis tak suka makan ikan. Kalau makan ikan, mesti ikan yang direbus dan digoreng atau dimasak gulai lemak. Tapi bila dimasak kari yang berempah, bolehlah juga makan. Kari ikan mesti dibuat masam masam seperti kari yang dijual di restoran Mamak. Barulah sedap.
Jom Jom layan resipi dan penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Kari Ikan JenahakOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ikan jenahak1 biji kelapa - santan secukupnya2 daun kari1 sudu besar halba campur4 biji cili padi - hiris2 sudu besar rempah kari ikan2 sudu besar rempah kari daging1 kepal asam jawa - air asam jawa1 kiub ikan bilisGaram1 biji buah tomato2 biji cili merah6-8 kacang bendi
Bahan hiris:6 biji bawang merah4 ulas bawang putih1 inci halia
Cara cara:Panaskan minyak dan masukkan halba campur dan cili padi. Kacau sehingga naik bau, masukkan bahan hiris dan kacau lagi sehingga sedikit keperangan.
Masukkan rempah kari dan kacau rata dengan cepat, kemudian masukkan sedikit air. Masukkan daun kari dan sedikit garam. Tumis sehingga terbit minyak dan garing.
Masukkan air asam jawa secukupnya. Masukkan kiub pati ikan bilis, jika suka.
Masukkan santan dan masak sehingga mendidih. Masukkan ikan. Setelah ikan separuh masak, masukkan sedikit lagi daun kari, buah tomato, cili merah dan bendi. Nota: saya rebus bendi dengan sedikit minyak secara berasingan.
Renih sehingga kuah terbit minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/03/kari-ikan-jenahak-azie-kitchen-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Ayam Azie Kitchen My Best Ever Nasi Ayam

Nasi Ayam Azie Kitchen My Best Ever Nasi Ayam

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 435 hits
Alhamdulillah hari ini saya rasa lebih segar dah kurang sedikit rasa letih dan mengantuk jet lag Semalam saya tidur lebih 1 jam juga di siang hari Bila terjaga rasa amat rugi bila tidur lama lama Itulah kerisauan saya bila bercuti di luar n...
Resipi Lauk Pantang Orang Dulu Dulu Ikan Masak Lemak Lada Hitam Sedap Makan Dengan Nasi

Resipi Lauk Pantang Orang Dulu Dulu Ikan Masak Lemak Lada Hitam Sedap Makan Dengan Nasi

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 275 hits
Ketika berpantang pengambilan makanan yang berkhasiat bukan hanya penting untuk ibu tetapi bayi juga Apabila si ibu makan menu yang tinggi khasiat susu yang dihasilkan juga lebih berkualiti Ada sesetengah ulam yang bagus untuk ibu menyusu s...
Krim Puff Super Sedap Untuk Bekal Anak

Krim Puff Super Sedap Untuk Bekal Anak

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 206 hits
Krim puff super sedap ini sesuai dijadikan bekal untuk anak anak bawa ke sekolah Kebanyakan kanak anak suka krim puff yang ada rasa manis dan lemak ini Resipi yang dikongsikan oleh puan ini cukup mudah Malah dia sebenarnya pertama kali try ...
Rosyam Kambing Perap Sedap Sampai Termimpi Mimpi Dengan Sos Pedas Korean Pertama Di Malaysia

Rosyam Kambing Perap Sedap Sampai Termimpi Mimpi Dengan Sos Pedas Korean Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 299 hits
ROSYAM KAMBING PERAP SEDAP SAMPAI TERMIMPI MIMPI DENGAN SOS PEDAS KOREAN PERTAMA DI MALAYSIA Assalammualaikum semua Hari ini telah berlangsung pelancaran produk terbaharu dari Datuk Rosyam Nor iaitu produk Rosyam Kambing Perap Fenomena kamb...
10 Jenis Resepi Sayur Yang Ringkas Dan Sedap Dimasak Waktu Sahur

10 Jenis Resepi Sayur Yang Ringkas Dan Sedap Dimasak Waktu Sahur

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 255 hits
10 Jenis Resepi Sayuran Yang Ringkas Dan Sedap Dimasak Waktu Sahur Hmm walau bulan puasa ramadan lama lagi tetapi bahangnya sudah terasa Mungkin ada yang sedang ganti puasa dan akan bangun pagi untuk sahur Tak tahu nak masak sayur apa Apa k...
30 Jenis Resepi Kuih Raya Yang Sedap Dan Selalu Orang Cari Pada Hari Raya

30 Jenis Resepi Kuih Raya Yang Sedap Dan Selalu Orang Cari Pada Hari Raya

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 337 hits
30 Jenis Resepi Kuih Raya Sedap Dan Orang Cari Semasa Hari Raya Resepi kuih raya ni nak kata senang tak jugak tapi kalau rajin mesti boleh jadi Kalau ca Resepi ri bahan masakan tak ada kat kedai runcit kita borong kat Shopee Hehe kalau mood...
Cara Buat Sambal Kicap Yang Pedas Tapi Sedap Dan Harum

Cara Buat Sambal Kicap Yang Pedas Tapi Sedap Dan Harum

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 303 hits
Resepi kali ni ringkas je iaitu cara buat sambal kicap yang pedas dan yang popular di Johor tu Kan orang kata orang Johor kalau makan apa pun semua pakai sambal kicap Haha dah itu yang buat gorengan jadi sedap nak buat macam mana Itulah nam...
Makan Nasi Ayam Dengan Ayam Lebih Memang Sedap

Makan Nasi Ayam Dengan Ayam Lebih Memang Sedap

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 221 hits
Makan Nasi Ayam Dengan Ayam Lebih Memang Sedap Korang macam tu juga ke Kalau makan nasi ayam mesti mintak ayam lebih Kalau tak korang memang baik kami anak beranak kalau makan nasi ayam kat mana mana mesti mintak ayam lebih Bukannya apa aya...
Air Soda Herba Sedap Menyegarkan Tekak

Air Soda Herba Sedap Menyegarkan Tekak

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 247 hits
Air soda herba sedap ini sangat menyegarkan bila meminumnya Lebih lebih lagi bila seharian berpuasa Tinggal beberapa hari saja lagi dah nak puasa kan Simpan resipi ini siap siap ye Nak buatnya tak susah Bahan pun taklah banyak sangat Bila b...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord