Nasi Ayam Azie Kitchen My Best Ever Nasi Ayam
Alhamdulillah hari ini, saya rasa lebih segar, dah kurang sedikit rasa letih dan mengantuk jet lag. Semalam, saya tidur lebih 1 jam juga di siang hari. Bila terjaga rasa amat rugi bila tidur lama lama. Itulah kerisauan saya bila bercuti di luar negara sekarang ini. Pemulihan mengambil masa bila dah berusia ini.
Anda yang baca blog saya hari ini, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog tau. Kerjasama anda didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sebelum kita masuk bab resipi, saya ingin kongsikan sedikit petikan dari kuliah zoom oleh Ustaz Ahmad Dasuki berkenaan bulan Ramadhan. Ramadhan adalah tanda kasih sayang Allah. Sebelum kedatangan Rasulullah, tiada yang bercakap tentang Ramadhan. Hanya 4 bulan sahaja yang disebut iaitu bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Ramadhan tak dikenali di kalangan manusia sebelum ini.
Allah tunjukkan kasih sayang pada umat Nabi Muhammad. Allah tonjolkan Ramadhan sebagai bulan penuh dengan kebaikan yang banyak. Setiap malam bulan Ramadhan, berapa ramai dikeluarkan dari neraka.
Umat terdahulu umur panjang sehingga ratusan dan ribuan tahun. Nabi Ibrahim dikatakan mencapai umur akil baligh pada usia 120 tahun. Umur mereka hidup panjang dan tentu banyak pahala yang dibuat.
Umur umat Nabi Muhammad hanya antara 60-70 tahun sahaja. Amalan apa yang kita ada untuk melayakkan kita masuk syurga firdaus. Tentu tak ada amalan yang terbaik. Itu pun dah tolak 15 tahun sebelum umur akil baligh. Tolak lagi masa makan, berjalan dan tidur antara 6-8 jam setiap malam. Berapa lama sahaja masa yang tinggal untuk beramal. Kita tidur malam selama 22 tahun. Bukan lagi tidur depan komputer, dalam majlis ilmu dsb. Masa beribadah hanya ada beberapa tahun tahun.
Allah jadikan Ramadhan dan diberikan 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Malam yang jika kita baca Al Quran sama dengan baca Al Quran selama 82 tahun. Jangan berhenti sedekah setiap malam Ramadhan. Kerana jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, ia seolah kita bersedekah selama 82 tahun.
Ramadhan tetamu agung yang besar. Orang yang tahu nilai Ramadhan akan membuat persiapan diri untuk masuk bulan Ramadhan. OK setakat ini dahulu, sekarang kita masuk pula bab resipi dan masakan hari ini iaitu nasi ayam.
Saya menyediakan lauk ini di kala hujan lebat sangat. Cuaca pula mendung. Walaupun menggunakan lampu namun tetap gelap. Jadi gambar tak berapa cantik walaupun di luar nampak lebih menarik dari di dalam gambar.
Resipi yang saya guna kali ini adalah kombinasi resipi resipi yang saya gunakan selama ini. Yang mana saya rasa sedap, saya akan ulang. Untuk nasi ayam ini, semua yang saya rasa sedap di tekak saya. Nasi ayam sedap, sup sedap, sambal cili sedap. Hahaha macam semua sedap jer.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...
Nasi Ayam Azie Kitchen Oleh:Azie Kitchen
Bahan Sup: 7 biji bawang merah - kisar6 ulas bawang putih - kisar3 inci halia - kisar1 sup bunjut3 ketul kiub ayam½ senduk minyak masak1 sudu besar garam
Tumis bahan sup dan masukkan bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan 10 cawan air, sup bunjut, serai dan kiub ayam. Masukkan ayam. Ayam jangan masak sangat. Masukkan garam 2 sudu kfc. Kena bagi sup sedap dan secukup rasa.
Keluarkan ayam dan tos
Bahan Ayam:1 ekor ayam2 senduk kicap cap kipas udang4 sudu besar sos tiramMadu, jika suka
Ayam yang direbus, dimasukkan 2 senduk kicap cap kipas udang, 2-3 sudu besar sos tiram sebab masa goreng jadi hitam. Panaskan minyak dan goreng secara touch n go sahaja atau air fryer. Tos dalam penapis.
Nasi Ayam:5 cawan beras - basuh dan tos kering7 cawan air rebusan ayamSedikit serbuk kunyit
Bahan Tumis: tumbuk4 biji bawang merah4 ulas bawang putih2 inci halia2 helai daun pandan3 sudu besar majerin planta
Masukkan planta dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan air rebusan ayam. Nota: jika tak cukup air rebusan, boleh tambah air. Setelah mendidih, masukkan daun pandan dan serbuk kunyit. Masukkan beras. Masak seperti biasa.
Sambal Cili 15 batang cili merah - 4 biji 75 gram5 ulas bawang putih - 3 ulas 26 gram1 ibu jari halia - guna 1 inci15 biji limau kasturi - 5 sudu besar jus1 sudu kecil garam½ cawan gula - 5 sudu besar
Kisar semua bahan di atas. Nota: tak letak air.
Kicap 2 ulas bawang putih - ketukSedikit minyak
Nyalakan api. Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga keperangan.
Masukkan:1 cawan air1 sudu besar sos tiram2 sudu besar kicap cair1 sudu besar sos perasa maggi½ sudu besar lea n perrin½ sudu besar kicap pekat1 sudu besar gula
Masak sehingga mendidih. Angkat dan sedia untuk digunakan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2023/03/nasi-ayam-azie-kitchen-my-best-ever.html