Kari Daging Korban
Sebetulnya telah lama saya tidak ke dapur. Hanya Aween yang ke dapur untuk menyediakan sendiri lauk pauk dan makanan diet dia. Sejak cucunda saya Ammar Yahya berpindah ke rumah baru mereka, saya seperti kehilangan semangat, hilang jiwa.
Walaupun telah lama bersedia dengan situasi ini tapi saya tewas. Malam malam saya akan duduk bersendirian di ruang keluarga. Merenung keliling ruang dalam rumah kami yang besar tetapi sunyi dengan hilai tawa anak anak. Rumah yang telah saya buat penambahbaikan, telah dicat dan diberi wajah baru dengan perabut dan permaidani baru. Tetapi tetap tiada serinya. Ketiadaan suara dan tangisan Ammar menjadikan rumah ini, terlalu kesepian. Ia menjadikan saya sangat sebak dan bergenang air mata.
Saya cuba sibukkan diri dengan aktiviti lain sekadar menghiburkan hati. Hahaha sibukkan dengan aktiviti menghabiskan duit dengan bershopping online. Sibukkan dengan aktiviti berkebun dengan melawat kebun yang baru ditanam anak anak pokok.
Insya Allah saya akan kembali ke dapur memasak dan berkongsi resepi ringkas dan memasak dalam portion yang lebih kecil untuk kami bertiga sahaja. Saya akan memasak untuk projek buku masakan saya dan juga untuk projek business kecil kecilan yang akan saya buat selepas bersara.
Nantikan buku masakan yang juga buah tangan saya buat semua follower saya. Bukan kerana duit sebaliknya saya perlu melakukan sesuatu selepas lebih 33 tahun bekerja. Saya juga ingin memberikan sokongan kepada perniagaan anak saya Boy dan Mia di Bake & Munch. Semoga selepas kembali dari UK, akan memberi nafas baru buat saya.
Hari ini saya kongsikan resepi simple biasa biasa yang disediakan sebelum Ammar berpindah. Telah lama saya perapkan draft resepi ini. Walaupun biasa biasa, ianya tetap sangat sedap bila dimasak sendiri. Sedap dimakan dengan nasi putih dan juga dicicah dengan roti.
Jom layan resepi yang saya salin di bawah ini. Selamat mencuba....
Kari DagingOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:700 gram daging 3 1/2 sudu besar rempah kari daging1/4 kg santan segar5 ulas bawang merah - hiris4 ulas bawang putih - hiris1 inci halia - hirisRempah penumis - kayu manis, bunga lawang1 biji ubi kentang - potong kecil1 sudu kecil pes asam jawa1 sudu besar kerisikGaramGula
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis rempah penumis, bawang putih, halia dan bawang merah sehingga kekuningan.
Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga wangi dan masukkan air. Masak sehingga terbit minyak.
Masukkan daging. Kacau rata seketika, agak agak daging kecut.
Masukkan air secukupnya untuk merebus daging sehingga empuk. Setelah daging empuk, masukkan ubi kentang dan kacau rata.
Masukkan santan dan kacau sehingga terbit minyak. Tambah air jika perlu. Setelah terbit minyak, masukkan garam, gula, asam jawa dan kerisik. Biarkan kuah merenih di atas api perlahan.
Setelah kuah naik minyak dan cantik, sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aziekitchen.com/2019/03/kari-daging-korban.html