Kari Ayam Kampung Dan Nilai Integriti




Sebelum kita citer bab resepi, meh kita borak borak dulu. Sehari dua ini saya sangat sedih bile mendapati pen kesayangan saya yang telah dijaga dengan baik berbelas tahun akhirnya hilang. Saya tidak ada bukti untuk menuduh, tapi saya masih ingat dengan jelas kali terakhir saya menggunakannya. 
Lebih sedih bila ianya hilang di rumah sendiri. Terutama bila saya menpunyai tetamu yang datang untuk urusan kerja, untuk repair atau untuk mencuci rumah. Subang berlian saya hilang, duit koleksi wang kertas lama hilang, rantai tangan berlian Juita hilang dan yang terbaru pen saya. 
Kejujuran adalah sesuatu yang tidak boleh ada tolak ansurnya. Mungkin manusia tidak dapat melihat tapi Allah memerhatikannya. Bayangkan bagaimana untuk kita meminta maaf dengan orang yang barangnya kita curi. Pen adalah pen yang kegunaannya untuk menulis. Kalau tak mampu memiliki pen yang mahal, guna sahaja pen biasa asal dapat menulis. 
Jadi kenapa nak guna pen mahal sehingga sanggup mengambil hak orang lain. Sekadar nak show off kita menpunyai pen mahal? Serius saya sungguh sedih dan semoga Allah menggantikannya buat saya dengan yang lebih baik. Kita kena ajar value ini pada anak anak, supaya nilai nilai murni ini ada pada diri anak kita yang satu hari akan menjadi ibubapa. Insya Allah. OK sekarang masuk bab ayam pula.
Kalau masa kecil dulu, ayam kampung jer yang dapat makan sebab ayam kampung dibela sendiri. Diberi makan hampas kelapa atau nasi lebihan. Bila dapat makan ayam daging, punya seronok sebab baru terasa banyak daging dan lembut dagingnya. Bukan macam daging ayam yang pejal dan kena gigit dengan gigi. 
Tapi kini setelah setiap hari disaji dengan ayam bandar aka ayam daging, terasa pula ayam kampung lebih sedap terutama ayam kampung yang memang dibela lepas bebas. Harganya boleh tahan mahal berbanding dengan ayam daging. 

Hahaha dunia memang boleh jadi terbalik. Sama juga dengan rumah. Saya memang dibesarkan di rumah papan sebuah, tak tahu pula yang rumah sebuah tu dipanggil rumah banglo. Kampung kami memang semua orang tinggal di rumah sebuah, tak ada pun rumah teres. 
Masa tu, bila tengok ada orang kampung yang bina rumah batu, terasa bestnya mesti kaya ni. Tapi sekarang baru tahu yang kos rumah kayu lagi mahal terutama jika ianya dibuat menggunakan kayu cengal. Begitu lah adatnya, hidup kita berubah, dari susah jadi senang. Citarasa juga berubah. 
Berbalik pada ayam kampung ini, saya memang suka memasak kari sahaja kerana isinya tak lah banyak, jadi bolehlah diceduk kuahnya untuk digaul dengan nasi. Lagi pulak, memasaknya agak lama kerana isinya lebih pejal. Saya masak dalam periuk tekanan selama 20 minit. 
Selain kari, ayam kampung seperti ini juga sedap dimasak rendang kot kerana isinya tidak mudah hancur walaupun dimasak rendang lama lama sehingga kering kuahnya. 
Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Selamat mencuba...


Kari Ayam KampungOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ayam kampung½ kg santan segarKayu manis, bunga lawang, buah pelaga3 sudu besar rempah kari ayamSedikit serbuk cili - opsyenal1 sudu besar kerisikPes asam jawa/2 keping asam keping½ sudu  besar garam kasarGula/gula Melaka - jika sukaSerbuk perasa - jika sukaMinyak masak
Bahan hiris:5 biji bawang merah3 ulas bawang putih½ inci halia
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Masukkan bahan hiris dan tumis sehingga naik bau dan sedikit keperangan,
Masukkan rempah kari (kering) dan sedikit serbuk cili. Kacau rata. Setelah naik bau, masukkan air untuk masakkan rempah. Bila terbit minyak, masukkan sedikit air dan biarkan lagi sehingga terbit minyak. Boleh ulang ulang bagi memastikan rempah cukup garing. 
Masukkan ayam kampung dan kacau rata. Biarkan sehingga ayam kecut dan air kering, baru dimasukkan sedikit santan cair bagi memastikan ayam empuk terlebih dahulu. Saya masukkan dalam periuk tekanan selama 20 minit.

Setelah ayam empuk, masukkan santan pekat dan kacau lagi sehingga mendidih. Kemudian masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/10/kari-ayam-kampung-dan-nilai-integriti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketahui Cara Masak Kari Ayam Paling Simple

Ketahui Cara Masak Kari Ayam Paling Simple

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 467 hits
Perkongsian tentang Ketahui Cara Masak Kari Ayam Paling Simple yang sangat mudah Resepi ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap lagi sihat Jom cuba Jangan lupa kongsikan resepi ini Bahan bahan 12 14 ketul ayam2 biji kentang potong 41 1 ...
Kari Ayam

Kari Ayam

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 758 hits
PLAN nak buat Roti Jala for bekfes esok Tapi first thing first Kena buat Kari Ayam dulu Itulah kejadian lepas breakfast pagi tadi UnclePali nak keluar beli barang untuk buat Mask Extender Of course kita nak follow Tapi duduk dalam kereta aj...
Ayam Goreng Ranggup Favourite Anak Guna Serbuk Kari Tepung Jagung Mantap

Ayam Goreng Ranggup Favourite Anak Guna Serbuk Kari Tepung Jagung Mantap

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 481 hits
Boleh dikatakan menu ayam antara yang digemari oleh anak anak Tak kisahlah apa jenis masakan pun anak anak akan berselera makan Cuma yang lagi anak suka biasanya ayam goreng Jika ayam goreng pilihan yang ibu akan sediakan adalah ayam goreng...
Nasi Paku Ayam Kampung Berek 12 Kota Bharu

Nasi Paku Ayam Kampung Berek 12 Kota Bharu

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 1004 hits
Nasi Paku Ayam Kampung Berek 12 Kota Bharu Hai korang Hari ini saya nak kongsikan satu lagi kedai makan yang korang boleh pergi dekat Kota Bharu yang dipanggil Nasi Paku Ayam Kampung Agak scary dan curious jugaklah bila dengar Nasi Paku jad...
Roti Jala Dan Kari Ayam Nana Ain

Roti Jala Dan Kari Ayam Nana Ain

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 693 hits
Terlebih dahulu saya mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam walau di mana sahaja berada Kita diajar untuk bersyukur kerana dilahirkan Islam dan menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW walaupun hidup di akhir zaman kerana bagind...
Ketua Kampung Tengah Stim Layan Air Ketum Di Pondok Wakaf Ditahan Polis

Ketua Kampung Tengah Stim Layan Air Ketum Di Pondok Wakaf Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 423 hits
Seorang ketua kampung adalah antara lima lelaki yang ditahan ketika sedang menikmati air ketum dalam dua serbuan berasingan di Felda Bukit Batu Air Bemban dekat Kulai semalam Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata ketua kampung...
Gaji Tak Dibayar Keluarga Ini Jalan Kaki Balik Kampung Dari Tg Malim Ke Bentong

Gaji Tak Dibayar Keluarga Ini Jalan Kaki Balik Kampung Dari Tg Malim Ke Bentong

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 442 hits
Jalan kaki dari Tg Malim Perak ke Bentong Pahang Mungkin agak mustahil dan mengejutkan namun itulah yang terpaksa dihadapi oleh sekeluarga orang asal ini Menerusi perkongsian di laman Twitter dniaphantom menceritakan bagaimana bapanya terju...
Ketua Kampung Antara Ditahan Ketika Minum Air Ketum

Ketua Kampung Antara Ditahan Ketika Minum Air Ketum

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 394 hits
Seorang lelaki warga Myanmar mati didakwa ditikam rakan senegaranya dalam kejadian di Seri Kembangan semalam Gambar hiasan JOHOR BAHRU Seorang ketua kampung adalah antara lima lelaki yang ditahan ketika sedang menikmati air ketum dalam dua ...
Tips Mudah Untuk Tinggalkan Ikan Laga Dan Ikan Gapi Untuk Bercuti Atau Balik Kampung

Tips Mudah Untuk Tinggalkan Ikan Laga Dan Ikan Gapi Untuk Bercuti Atau Balik Kampung

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 876 hits
Tinggal Ikam Lama Di Rumah Hobi memelihara ikan bukan sesuatu yang asing Apalagi memelihara ikan hiasan yang cantik warnanya Tips Tinggal Ikan LamaRamai sudah mula menceburi bidang ini sebagai hobi dan akhirnya menjadi sumber pendapatan Ika...
Calpis Soda One In A Million

Tanya Chatgpt Di Whatsapp

Content Marketing For New Business

Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Rawatan Jarak Jauh Kosmo 14 12 2024

Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Tip Masak Kurma Ayam Daging Makin Sedap

The Best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Karbohidrat Punca Gemuk Ini Jawapan Sebenarnya

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Isu Poligami Dalam Drama Berbagi Suami Adaptasi Sinetron Indonesia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue