Kari Ayam
PLAN nak buat Roti Jala for bekfes esok. Tapi first thing first. Kena buat Kari Ayam dulu. Itulah kejadian lepas breakfast pagi tadi. UnclePali nak keluar beli barang untuk buat Mask Extender. Of course kita nak follow. Tapi duduk dalam kereta aje. Bertuahlah kalau suami kita bagi kita turun masuk kedai. 😁 So cepat-cepat Kjee buat persiapan untuk masak. Nak ikut keluar punya pasal, kerja macam lipas kudung
Mula2 kerjakan ayam. Kjee beli ayam siap proses. Thighs atau bahagian peha. Ada 5 keping satu peket. So potong dua tiap satu. Then Kjee hiris satu labu bawang besar, tiga ulas bawang putih dan dua inci halia. Tumis dalam periuk sampai layu. Kemudian masukkan satu batang kayu manis, dua bunga lawang dan tiga pelaga. Apabila sudah naik bau, masukkan lebih kurang 5 sudu makan rempah kari Ayam. Juga dua tangkai daun kari. Letak setengah cawan air. Masak rempah sampai wangi. Perlahankan api, masukkan ayam. Masak sampai ayam kecut. Kemudian letak lagi satu cawan air. Kacau sehingga sebati rempah dengan ayam. Masukkan kentang yang telah dibelah-belah. Saiz potongan kentang ikut suka. Rendidih sehingga kentang empuk dan ayam masak. Kjee guna susu cair tetapi kalau korang nak letak santan okay aje. Sukatan susu cair dalam dua sudu makan. Santan dalam setengah cawan kalau guna. Masak guna api perlahan. Letak satu keping asam gelugur. Letak garam ikut rasa. Itu aje. Makan dengan nasi pilihan atau Roti Jala atau apa sahaja yang sesuai.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dapurkakjee.com/2020/10/kari-ayam.html