Karangan Spm Kesan Penggunaan Telefon Bimbit



KESAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DALAM KALANGAN PELAJAR  Pada zaman revolusi teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa had ini, telefon bimbit digunakan dengan meluas dalam kalangan masyrakat. Pada suatu masa dahulu, telefon bimbit dianggap sebagai barangan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan orang selain bentuknya yang besar dah sukar dibawa. Namun, selepas kita memasuki alaf baru, pengguna telefon bimbit meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan disebabkan harganya yang jauh lebih murah selain bentuknya yang lebih kecil dan senang dibawa ke mana-mana. Kini, tidak hairanlah hampir semua penduduk dunia mempunyai  sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit. Pelajar sekolah pula tidak ketinggalan dalam perlumbaan mengejar kecanggihan malah ada juga yang telah pun mempunyai telefon. Jika diperhalusi, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar ini mendatangkan implikasi yang pelbagai kepada para pelajar. Persoalannya, apakah implikasi yang akan diterima oleh para pelajar jika mereka menggunakan telefon bimbit dengan bijak atau sebaliknya?
Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit banyak memberikan faedah kepada para pelajar. Salah satu kebaikan yang dimaksudkan ialah telefon bimbit membolehkan kita menghubungi  rakan atau sanak saudara terutamanya yang berada jauh di perantauan dengan mudah. Kita dapat menelefon orang tersayang bagi mengubati rindu dengan kos yang tidak terlalu mahal. Lebih-lebih lagi, dengan teknologi 4G, kita dapat membuat membuat panggilan video, menghantar mesej melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau Khidmat Pesanan Multimedia (MMS) kepada orang tersayang. Malahan dengan adanya applikasi Whatsapp dan Telegram, kita boleh menghubungi sanak saudara dan handai taulan secara percuma di mana sahaja kita berada. Teknologi sebegini amat penting bagi mengubati rindu selain mengukuhkan silaturahim dalam kalangan sanak-saudara dan juga sahabat handai. Tanpa telefon bimbit, kita terpaksa menggunakan telefon awam di luar negara untuk menelefon ahli keluarganya. Intihanya, kita perlu mengapresiasikan penggunana telefon bimbit kerana afdal untuk mengukuhkan hubungan. Oleh hal yang demikian, penggunaan telefon bimbit oleh para pelajar pastinya dapat mengukuhkan ikatan silaturahim antara ahli keluarga bagai isi dengan kuku walaupun tinggal berjauhan. Tegaslah bahawa telefon bimbit merupakan medium yang berkesan sebagai alat perhubungan antara pelajar dengan ahli keluarganya juga dengan rakan sebaya.
Selain itu penggunaan telefon bimbit juga  banyak membantu dalam komunikasi harian. Kita tidak perlu lagi bersusah-payah untuk pergi ke rumah seseorang untuk berkongsi ataupun menyampaikan maklumat. Bukan itu sahaja, keselamatan seseorang individu  juga akan lebih terjamin kerana telefon bimbit mudah digunakan bagi mendail pihak polis atau sesiapa sahaja dalam masa kecemasan. Malahan kini banyak applikasi telefon pintar yang membolehkan ibu bapa mengesan kedudukan anak-anak mereka supaya mereka tahu di mana anak-anak mereka berada. Sejak kebelakangan ini.banyak kes dimana individu terutamanya remaja tiba-tiba hilang dan ahli keluarga atau rakan-rakan dengan serta merta viralkan maklumat dan gambar mangsa melalui Whatsapp atau Facebook untuk meminta bantuan orang ramai. Mereka akan berkongsi berita tersebut dan tidak sampai 1 minit berita dan gambar mangsa yang hilang akan tersebar ke seluruh Malaysia. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia telah melancarkan aplikasi telefon pintar terbaharu iaitu SaveME 999 POLIS untuk memudahkan orang ramai mendapatkan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Aplikasi SaveMe 999 POLIS membolehkan pengguna menekan ikon "SaveME 999" pada skrin telefon pintar untuk mendapatkan bantuan kecemasan. Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) di dalam telefon pintar akan menentukan kedudukan pengguna. Apabila permohonan kecemasan dibuat, alamat GPS dan maklumat pengguna akan dihantar ke Pusat Panggilan Kecemasan 999. Maklumat tambahan berkenaan insiden dan lokasi kejadian juga boleh ditambah ke dalam permohonan yang dihantar.Perkara sebegini amat penting terutamanya bagi seseorang pelajar yang berada dalam kecemasan.
Perkongsian matlumat tentang pelajaran atau kerja rumah juga dapat dilakukan dengan lebih mudah dengan adanya telefon bimbit.  Melalui telefon bimbit, kita boleh bersosial dengan sesiapa sahaja, tanpa mengira tempat, masa dan usia. Fenomena ini menyebabkan orang sudah tidak berminat untuk menggunakan pesanan khidmat ringkas (sms) atau telefon berbayar. Semuanya boleh dilakukan secara percuma dengan aplikasi terbaru iaitu ‘whatsapp’ sehingga orang lebih suka ber ‘whatsapp’ dari ber ‘facebook’. Dengan maklumat yang disalurkan secara percuma melalui ‘whatsapp’, ada baiknya digunakan saluran ini untuk perkara yang lebih berfaedah. ‘Whatsapp’ boleh mendatangkan kebaikan jika pandai memanfaatkannya.  Sebagai seorang pelajar, menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru merupakan satu kewajipan penting bagi seseorang pelajar yang ingin berjaya. Dalam masa yang sama juga, ada pelajar yang perlu berada di luar kawasan sekolah untuk mengharumkan nama sekolahnya dengan menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Jabatan atau Kementerikan Pendidikan. Hal ini menyebabkan pelajar tersebut tidak dapat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, pelajar itu akan menghubungi rakan-rakannya melalui telefon bimbit untuk bertanyakan tugasan yang perlu disiapkan waima tidak berada di sekolah. Secara tidak langsung, segala perkara penting yang disampaikan oleh guru ketika pelajar tidak boleh hadir ke sekolah dapat diketahui dengan segera melalui penggunaan telefon bimbit. Budaya tolong-menolong ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing antara pelajar sekolah juga dapat dipupuk dalam kalangan pelajar. Ringkasnya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar dapat memudahkan urusan pembelajaran mereka.
Malangnya, disebalik kebaikan telefon bimbit, ada udang di sebalik batu di sebalik penggunaannya. Hal ini demikian kerana telefon bimbit dapat memberikan impak negatif terhadap penggunanya. Penggunaan telefon bimbit yang tidak terkawal boleh menyebabkan berlakunya pembaziran. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang juga ingin mempunyai model telefon bimbit terbaru apabila melihat kawan lain juga memilikinya. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar terpaksa menanggung bil telefon yang mahal kerana kerap menelefon dan berbual-bual dengan kawan walaupun mengetahui kadar bayarannya. Sebenarnya, mereka sepatutnya mengukur baju di badan sendiri dan jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah. Bak kata pepatah melayu, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Oleh itu, pelajar harus mengurangkan penggunaan telefon bimbit supaya dapat mengelakkan pembaziran
                Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sememangnya menjejaskan pelajaran mereka. Hal ini berlaku kerana pelajar menggunakan telefon bimbit tanpa kawalan dapat menatijahkan prestasi akademik dalam kalangan pelajar semakin merosot. Hal ini memanglah serius kerana pendidikan merupakan teras kekuatan masyarakat supaya mampu berdaya saing dengan pasaran global pada era globalisasi yang pantas berubah. Misalnya, pelajar telah mengabaikan pelajaran mereka kerana fokus pelajar semasa waktu pengajaran dan pembelajaran telah berkurang. Menurut kajian, rata-rata generasi muda menggunakan aplikasi dalam telefon pintar untuk melayari laman sembang dan aplikasi permainan maya sehingga ketagihan. Secara implisit, prestasi akademik pelajar akan merosot  kerana kekurangan inisiatif dan semangat yang membara bagai hilang kapak berganti beliung selepas ketagihan dalam perisian telefon bimbit yang semakin canggih.. Mereka sering menghantar mesej kepada kawan untuk perbualan kosong. Selain itu, kita acapkali tersentak dengan masalah “pasangan” yang berlaku di bangku sekolah. Penggunanan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan menimbulkan lagi masalah tersebut. Tambahan pula, sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka tidak akan menumpukan perhatian untuk belajar tetapi leka dengan permainan video. Mereka juga terpaksa menanggung risiko kehilangan telefon bimbit. Jelaslah bahawa ketagihan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan menjejaskan prestasi akademik mereka.
                Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, penggunaan telefon bimbit juga boleh  menjejaskan kesihatan pelajar. Dalam satu rencana yang disiarkan di Harian Metro terbitan 29 April 2015 menyatakan antara  kesan buruk penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan pelajar sekiranya tabiat obses teknologi ini diteruskan tanpa ada had adalah Insomnia dimana penggunaan telefon pintar seperti permainan video, melayari Internet dan sebagainya secara tidak langsung boleh menjejaskan kualiti tidur. Ketagihan terhadap media sosial misalnya akan membawa kepada tabiat berjaga malam dan akhirnya menyebabkan masalah kekurangan tidur dan keletihan. Terlalu bergantung kepada teknologi akan menyebabkan memori jangka pendek menjadi kurang berkesan serta boleh menyebabkan pelajar lemah daya ingata. Setiap status dan perkongsian yang kita lihat di ‘newsfeed’ Facebook sebagai contoh, pula boleh mempengaruhi mood seseorang. Ia boleh menjadi punca sikap negatif dan menimbulkan perasaan cemburu apabila melihat gambar dan membaca mengenai status orang lain seterusnya boleh menyebabkan pelajar tersebut mendapat masalah kemurungan. Telefon pintar juga boleh menjadi tempat pengumpulan kuman malah lebih kotor daripada pemegang berus tandas. Kita sedia maklum bahawa kuman boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Jadi pastikan anda membersihkan telefon pintar anda sekerap mungkin untuk mengelakkan kita memberi ruang kepada pelbagai jenis penyakit menyerang diri sendiri.  Selain itu, telefon bimbit akan mengeluarkan gelombang semasa kita menjawab telefon dan akan mengganggu fungsi saraf otak sehingga menyebabkan barah atau kanser. Tuntasnya, pelajar sepatutnya tidak menggunakan telefon bimbit. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar mendatangkan lebih banyak kesan buruk daripada kesan baik. Pelajar seyogianya perlu memanfaatkan kebaikan dan mengelakkan keburukan penggunaan telefon bimbit kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Sebagaimana kata pepatah, genggam bara api biarlah sampai jadi arang, justeru itu, langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu dilaksanakan oleh semua pihak secara berterusan dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk membasmi masalah yang timbul ekoran daripada penggunaan telefon bimbit serta melahirkan remaja yang berwawasan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

kredit untuk: CHE NORANUWI BIN HAMIDGURU CEMERLANG BAHASA MELAYUSMK KUALA NERANG 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://yangqammarina.blogspot.com/2018/11/karangan-spm-kesan-penggunaan-telefon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aplikasi Ajaib Telefon Bimbit Robot Duit

Aplikasi Ajaib Telefon Bimbit Robot Duit

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 619 hits
Hidup Anda Akan Berubah Selepas Anda Muat Turun Aplikasi Ajaib Telefon Bimbit Saya Dan Lihat Akaun Bank Anda Sarat Dengan Duit Lihat bukti KUKUH yang benar benar menunjukkan bagaimana anda boleh menjana duit yang banyak dengan aplikasi tele...
Nokia 106 Diumumkan Telefon Bimbit Dengan Ketahanan Bateri Mencapai 21 Hari

Nokia 106 Diumumkan Telefon Bimbit Dengan Ketahanan Bateri Mencapai 21 Hari

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 538 hits
HMD Global kini telah mengumumkan satu lagi telefon bimbit mereka terbaru yang disasarkan untuk pasaran negara membangun dan juga untuk mereka yang inginkan telefon kedua iaitu Nokia 106 Nokia 106 merupakan telefon bimbit asas yang hadir de...
Skmm Bakal Jalankan Kajian Pengguna Telefon Bimbit 2018 Sehingga 12 Disember Ini

Skmm Bakal Jalankan Kajian Pengguna Telefon Bimbit 2018 Sehingga 12 Disember Ini

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 524 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam satu kiriman di laman Facebook nya sebentar tadi telah memberitahu bahawa mereka sedang menjalankan Kajian Pengguna Telefon Bimbit 2018 bermula dari 12 November hingga 12 Disember nanti K...
Nyaris Digilis Kereta Kerana Terlalu Leka Dengan Telefon Bimbit

Nyaris Digilis Kereta Kerana Terlalu Leka Dengan Telefon Bimbit

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 299 hits
Nyaris digilis kereta kerana terlalu leka dengan telefon bimbitSeorang wanita di China yang terlalu leka dengan telefon bimbitnya nyaris digilis kenderaan di sebelah kirinya lapor Dalam kejadian yang berlaku pada 11 November lalu di Hangzho...
Karangan Spm Semangat Patriotik

Karangan Spm Semangat Patriotik

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 430 hits
SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN REMAJA Semangat patriotik merujuk kepada perasaan cinta akan negara yang mendalam dalam diri seseorang Semangat ini mampu mempengaruhi masyarakat untuk mengutamakan kepentingan negara berbanding dengan kepe...
Karangan Spm Budaya Membaca

Karangan Spm Budaya Membaca

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 418 hits
BUDAYA MEMBACA BUDAYA MULIA HURAIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG FAEDAH FAEDAH AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN REMAJA Membaca jambatan ilmu Namun budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah Kajian menunjukkan bahawa secara purata rak...
Duitnow Cara Baru Untuk Membayar Bayar Ke Nombor Telefon Bimbit Secara Serta Merta

Duitnow Cara Baru Untuk Membayar Bayar Ke Nombor Telefon Bimbit Secara Serta Merta

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 451 hits
Hi Korang Para pelanggan Bank akan menikmati perkhidmatan pembayaran baru yang pantas mudah dan percuma untuk pengguna individu dan perusahaan kecil sederhana tidak lama lagi Payments Network Malaysia Sdn Bhd dan bank bank di Malaysia akan ...
Demi Perangi Terorisme Mesir Akan Larang Penggunaan Burqa Di Tempat Umum

Demi Perangi Terorisme Mesir Akan Larang Penggunaan Burqa Di Tempat Umum

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 277 hits
Perempuan yang melanggar aturan ini dikenai denda sebesar USD 56 dan denda itu akan berlipat ganda apabila pelanggarannya dilakukan secara berulang
3 Cara Rawat Kulit Muka Rosak Akibat Penggunaan Produk Berkimia Dengan Mudah Dan Berkesan

3 Cara Rawat Kulit Muka Rosak Akibat Penggunaan Produk Berkimia Dengan Mudah Dan Berkesan

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 1092 hits
BUKAN SEDIKIT PRODUK PRODUK KECANTIKAN WAJAH TERUTAMA PEMUTIH MUKA BERLAMBAK DI PASARAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KULIT MUKA MEMBUATKAN KULIT MUKA NAMPAK SEPERTI TERBAKAR BERTOMPOK TOMPOK HITAM DAN SEBAGAINYA KETAHUI MERAWAT KULIT MUKA ROSAK DE...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik