Karangan Spm Semangat Patriotik



SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN REMAJA  Semangat patriotik merujuk kepada perasaan cinta akan negara yang mendalam dalam diri seseorang. Semangat ini mampu mempengaruhi masyarakat untuk mengutamakan kepentingan negara berbanding dengan kepentingan diri. Sejak dahulu lagi, pihak kerajaan, masyarakat, pihak sekolah dan ibu bapa telah menjalankan pelbagai langkah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan belia. Langkah ini adalah sangat penting kerana generasi muda merupakan bakal pemimpin negara bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Pepatah Arab mengatakan bahawa cinta akan watan itu adalah sebahagian daripada iman. Tanah air sememangnya mempunyai makna yang sangat mendalam dalam diri setiap rakyat. Persoalannya, apakah ciri seorang remaja yang patriotik? Bagaimanakah pula cara untuk memupuk semangat patriotism dalam kalangan remaja? Oleh itu, terdapat pelbagai ciri seorang remaja yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
      Ciri utama seorang remaja yang patriotik ialah sentiasa menghormati lagu dan bendera kebangsaan. Hal ini demikian kerana lagu dan bendera kebangsaan menjadi lambang kedaulatan dan kebanggaan sesebuah negara. Lambang ini memaparkan identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan bebas daripada belenggu kuasa asing. Tamsilnya, remaja haruslah berdiri tegak apabila menyanyikan lagu Negaraku. Remaja juga wajar mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan rumah pada bulan kemerdekaan. Hal ini secara tidak langsung menjadi prinsip dan doktrin  penting dalam lambang negara  untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri remaja. Senario ini seiring dengan kata mantan presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy iaitu, “ Usahlah disoal apakah yang boleh dilakukan oleh negara untuk kamu, sebaliknya tanya apakah sumbangan kamu kepada negara?”. Tegasnya, sebagai rakyat yang telah banyak termakan budi kepada negara, remaja yang mempunyai semangat patriotisme harus mempunyai ciri menghormati lagu dan bendera kebangsaan Malaysia.     Selain itu, ciri lain ialah remaja mendukung prinsip Rukun Negara. Hal ini disebabkan Rukun Negara menjadi panduan kepada setiap lapisan masyarakat untuk menjadi seorang warganegara yang patriotik. Misalnya, prinsip rukun negara yang kedua iaitu kesetiaan kepada raja dan negara menggalakkan rakyat untuk menghormati raja dan menunjukkan taat setia kepada negara.  Golongan remaja yang mengikuti prinsip tersebut akan turut menghormati hak dan kebebasan rakyat di negara kita. Walaupun terdapat kemewahan atau kesenangan di negara lain, remaja yang patriotik masih akan pulang ke tanah air kerana hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri. Justifikasinya, izharlah bahawa remaja yang mempunyai semangat patriotisme akan mendukung prinsip Rukun Negara.
     Di samping itu, ciri seterusnya ialah remaja mengamalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Hal ini supaya kestabilan negara tidak terjejas akibat rusuhan kaum kerana hasutan oleh kuasa asing bagi menguasai pentadbiran negara. Sebagai contoh, remaja yang patriotik akan bersikap toleransi dan bertolak ansur antara satu sama lain semasa berlaku perselisihan faham untuk mengelakkan pergaduhan. Seiring dengan itu, keamanan negara selalu diutamakan oleh remaja tersebut walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan dirinya. Sikap kesabaran supaya rakyat tidak berpecah belah boleh dikaitkan dengan pepatah sabar itu separuh daripada iman. Oleh itu, jelaslah bahawa seseorang remaja yang mempunyai semangat patriotisme akan sentiasa mengamalkan perpaduan dalam kehidupan harian.   Sudah terang lagi bersuluh bahawa remaja yang patriotik akan mempunyai ciri bergiat aktif dalam agenda kerajaan untuk membangunkan negara. Hal ini demikian kerana peranan golongan belia dalam sesuatu aktiviti peringkat kebangsaan adalah sangat penting sehingga boleh menentukan kejayaan aktiviti tersebut. Tamsilnya,  remaja yang menyahut inisiatif Dasar Belia Negara akan menghindarkan diri daripada pelbagai jenis gejala sosial seperti merokok,  menghisap dadah dan vandalisme. Sebaliknya, remaja tersebut akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang individu yang berjaya agar dapat menyumbangkan bakti kepada negara. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Natijahnya, ciri bergiat aktif dalam agenda pembangunan negara ada pada remaja yang bersikap patriotik.
    Seterusnya, ciri seorang remaja yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi adalah menyambut hari kemerdekaan negara pada setiap tahun.  Hal ini supaya remaja sentiasa mengingati usaha-usaha pemimpin negara pada zaman dahulu yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Sikap bertanggungjawab mempertahankan kemerdekaan negara akan disemarakkan dalam diri setiap remaja. Misalnya, remaja yang patriotik akan mengambil bahagian dalam perbarisan semasa sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka pada setiap tahun. Mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk  mempamerkan semangat kekitaan yang masih kekal di negara kita sejak hari kemerdekaan 59 tahun yang lalu. Tindakan tidak menolak peranan diri sebagai rakyat Malaysia boleh dikaitkan dengan peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Natijahnya, seorang remaja yang patriotik akan menyambut hari kemerdekaan negara pada setiap tahun. 
    Tuntasnya,  bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak ciri seorang remaja yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Menurut kata mutiara sarjana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara,  lihatlah remajanya pada hari ini”.  Sesungguhnya, pemupukan semangat cinta akan negara haruslah diteruskan dalam diri setiap remaja. Dengan itu barulah maruah negara akan gah di seantero dunia.

kredit untuk: CHE NORANUWI BIN HAMIDGURU CEMERLANG BAHASA MELAYUSMK KUALA NERANG 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://yangqammarina.blogspot.com/2018/11/karangan-spm-semangat-patriotik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Karangan Spm Budaya Membaca

Karangan Spm Budaya Membaca

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 417 hits
BUDAYA MEMBACA BUDAYA MULIA HURAIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG FAEDAH FAEDAH AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN REMAJA Membaca jambatan ilmu Namun budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah Kajian menunjukkan bahawa secara purata rak...
Karangan Spm Kesan Penggunaan Telefon Bimbit

Karangan Spm Kesan Penggunaan Telefon Bimbit

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 1867 hits
KESAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DALAM KALANGAN PELAJAR Pada zaman revolusi teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa had ini telefon bimbit digunakan dengan meluas dalam kalangan masyrakat Pada suatu masa dahulu telefon bimbit dianggap ...
Kampanye Bareng Zulkifli Di Riau Sandiaga Puji Semangat Kader Pan

Kampanye Bareng Zulkifli Di Riau Sandiaga Puji Semangat Kader Pan

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 220 hits
Dalam kesempatan tersebut Sandiaga Uno juga memuji stamina Ketua Umum PAN Zulkifli Hasan yang terus bergerak tanpa henti menyapa warga
Pesan Jokowi Di Hari Pahlawan Semangat Semangat Semangat

Pesan Jokowi Di Hari Pahlawan Semangat Semangat Semangat

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 227 hits
Jokowi juga menginginkan anak muda tetap semangat dalam bekerja dan terus berinovasi menciptakan hal hal baru
Spm Ketuk Pintu Rumah Najib Lagi

Spm Ketuk Pintu Rumah Najib Lagi

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 324 hits
SPM ketuk pintu rumah Najib lagi Bagaimanapun pegawai kanan agensi antirasuah itu sahkan ia bukan serbuan terbaru sebaliknya hanya kunjungan untuk mendapatkan maklumat
Soalan Percubaan Bahasa Inggeris Negeri Johor Spm 2018 Skema Jawapan

Soalan Percubaan Bahasa Inggeris Negeri Johor Spm 2018 Skema Jawapan

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 490 hits
Soalan Percubaan Bahasa Inggeris Negeri Johor SPM 2018 Skema Jawapan Berikut dikongsikan soalan percubaan Bahasa Inggeris SPM 2018 Negeri Johor Selamat maju jaya buat semua pelajar tingkatan 5 untuk SPM 2018 Soalan Percubaan Bahasa Inggeris...
Kita Kena Kuat Semangat Hanis Kongsi 8 Tips Hadapi Alahan Mengandung Yang Teruk

Kita Kena Kuat Semangat Hanis Kongsi 8 Tips Hadapi Alahan Mengandung Yang Teruk

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 471 hits
Hanis Zalikha mengalami alahan mengandung atau morning sickness yang agak teruk Makan dan muntah sehingga adakalanya memuntahkan asid perut sahaja Hanis memberikan semangat dan 6 tips bermanfaat bagi ibu yang mengalami keaadaan yang sama Ha...
Kelas Intensif Tingkatan 4 Untuk Spm 2019 Di Rhr Tuition Centre

Kelas Intensif Tingkatan 4 Untuk Spm 2019 Di Rhr Tuition Centre

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 1211 hits
Pusat ilmu pengetahuan RHR Tuition Centre bertempat di Pulau Pinang menawarkan Kelas Intensif Tingkatan 4 bagi calon calon SPM yang akan menduduki peperiksaan awam berkenaan pada tahun 2019 Pendek kata Kelas Intensif yang ditawarkan ini aka...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Panas Express Di Lalaport

Masak Beef Kueteow Ala Cantonese

Minta Kado Ulang Tahun Tak Biasa Zaskia Adya Mecca Kunjungi Kamp Suriah

Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri