Duitnow Cara Baru Untuk Membayar Bayar Ke Nombor Telefon Bimbit Secara Serta Merta


Hi Korang,
Para pelanggan Bank akan menikmati perkhidmatan pembayaran baru yang pantas, mudah dan percuma untuk pengguna individu dan perusahaan kecil sederhana (PKS) tidak lama lagi. Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan bank-bank di Malaysia akan melancarkan DuitNow, perkhidmatan yang membolehkan pelanggan bank memindahkan wang secara serta-merta dan selamat dengan menggunakan nombor telefon bimbit penerima. 

DuitNow bakal mengubah landskap pembayaran di Malaysia dengan menyediakan kemudahan, kecekapan dan ketersediaan dana segera yang tiada bandingannya dalam 24 jam sehari. Lonjakan besar dalam pembayaran elektronik ini berupaya mengurangkan pertikaian dalam pembayaran dan perdagangan dan akan bertindak sebagai pemangkin dalam pertumbuhan ekonomi digital Malaysia. 
Dengan berkongsi nombor telefon bimbit, pengguna DuitNow yang berdaftar boleh menerima dana dengan mudah dan secara serta-merta tanpa memberikan nombor akaun bank mereka kepada pembayar. 
Pelanggan yang ingin menerima pembayaran dengan menggunakan nombor telefon bimbit mereka hanya perlu melakukan pendaftaran satu kali untuk mengaitkan nombor telefon bimbit kepada nombor akaun mereka. Selain nombor telefon bimbit, pelanggan bank juga boleh memilih pengenal pasti yang lain – nombor Kad Pengenalan MyKad atau MyPR, nombor Tentera atau Polis, nombor pasport atau nombor pendaftaran perniagaan – untuk dikaitkan kepada akaun bank mereka bagi penerimaan wang. 
Pendaftaran satu kali diperlukan untuk menerima pembayaran, namun pelanggan bank tidak perlu mendaftar untuk menggunakan DuitNow apabila melakukan pembayaran. Selepas pelancaran DuitNow pada Disember 2018, pelanggan boleh melakukan pembayaran dengan mengakses DuitNow di bawah menu ‘Pindahan Dana’ (Funds Transfer) dari saluran Perbankan Internet dan Mudah Alih bank masing-masing. Pembayaran sehingga RM5,000 adalah percuma untuk semua pengguna dan PKS. 
Mr Peter Schiesser - Group Chief Executive Officer, PayNet  
Pelanggan bank boleh mengakses DuitNow hanya melalui saluran Perbankan Internet dan Mudah Alih bank mereka yang selamat. Sebagai tambahan, bank akan melindungi kerahsiaan data pengguna yang digunakan dalam DuitNow sejajar dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. 
“DuitNow membolehkan pelanggan bank menerima pembayaran tanpa mendedahkan nombor akaun bank mereka,” kata Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, pembekal infrastruktur pasaran kewangan nasional. 
“Bagi mereka yang melakukan pembayaran, mereka hanya memerlukan nombor telefon bimbit penerima, yang mereka mungkin sudah ketahui. Pada masa akan datang, agensi kerajaan dan perniagaan boleh melakukan pembayaran dengan menggunakan nombor MyKad,” tambah Encik Schiesser semasa taklimat kepada pihak media. 
DuitNow akan dibuka kepada orang ramai pada Disember 2018. Pada masa ini, tujuh bank telah mengambil inisiatif menghubungi pelanggan mereka sebagai langkah pra-pendaftaran supaya pelanggan tersebut dapat meraih manfaat daripada perkhidmatan pindahan dana yang baru ini. Dengan pra-pendaftaran ini, pelanggan mempunyai pilihan sehingga 30 November 2018 untuk menarik diri daripada memautkan nombor telefon bimbit mereka. 
Mr Peter Schiesser - Group Chief Executive Officer, PayNet with the representatives from the banks at the DUITNOW Media Briefing, today
Pra-pendaftaran disediakan untuk kemudahan pelanggan supaya mereka boleh menerima dana dengan lancar. Walau bagaimanapun, pelanggan boleh menarik diri jika mereka ingin berbuat demikian. Pelanggan perlu yakin bahawa bank-bank di Malaysia memberi keutamaan tinggi dalam menjaga kerahsiaan dan melindungi privasi pelanggan. 
Bermula 8 Disember 2018, pelanggan juga boleh melakukan pendaftaran permulaan bagi DuitNow melalui platform Perbankan Internet dan Mudah Alih bank mereka. Pelanggan juga boleh membatalkan pendaftaran sedia ada atau memautkan nombor telefon bimbit atau pengenal pasti lain kepada bank atau akaun yang lain. 
“Kami menamakan perkhidmatan ini sebagai DuitNow bagi memberi penekanan bahawa pembayaran berlaku dengan segera dan penerima lazimnya menerima wang ke dalam akaun bank secara serta-merta,” kata Schiesser. 
“Pelancaran DuitNow akan memberi lonjakan besar dan nilai tambah dalam pasaran e-Pembayaran, menjadikannya saluran yang pantas, lancar dan mudah untuk memenuhi permintaan segera dalam dunia yang semakin digital dan terhubung,” tambah Encik Schiesser. 
Sila layari www.duitnow.my untuk keterangan lanjut. 
Mengenai Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) 
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) ialah rangkaian pembayaran infrastruktur berpusat bagi pasaran kewangan yang terulung di Malaysia. Kami mempelopori inovasi serta membina dan mengendalikan sistem pembayaran dan infrastruktur pasaran kewangan bertaraf dunia yang membolehkan pelaksanaan dan pembangunan sistem kewangan dan juga ekonomi keseluruhan Malaysia secara selamat, cekap dan boleh dipercayai. Bank Negara Malaysia (BNM) ialah pemegang saham terbesar PayNet, dengan 11 institusi kewangan utama di Malaysia sebagai pemegang saham bersama. PayNet juga berfungsi sebagai platform untuk memanfaatkan kerjasama dalam sistem perbankan Malaysia bagi mempercepatkan penggunaan pembayaran elektronik. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2018/10/duitnow-cara-baru-untuk-membayar-bayar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duitnow Transaksi Bank Melalui Nombor Telefon Atau Mykad Bermula Disember 2018

Duitnow Transaksi Bank Melalui Nombor Telefon Atau Mykad Bermula Disember 2018

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 360 hits
Kebelakangan ini tular berkenaan mesej ringkas yang diterima oleh pengguna melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas daripada sebuah bank tempatan yang meminta pengesahan sama ada pemilik akaun ingin mengaktifkan perkhidmatan DuitNow atau...
Bpalwallet Cara Baru Gandakan Bitcoin

Bpalwallet Cara Baru Gandakan Bitcoin

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 459 hits
Gandakan Bitcoin Menggunakan BpalWalletAnda mempunyai Bitcoin Anda simpan di wallet peribadi anda Adakah Bitcoin anda bertambah di Wallet tersebut Tidak bukan Tetapi jika ada 1 wallet yang dapat memberikan anda pulangan sebanyak 8 8 setahun...
Darjah Kebesaran Najib Dan Rosmah Ditarik Serta Merta Oleh Istana Besar Seri Menanti

Darjah Kebesaran Najib Dan Rosmah Ditarik Serta Merta Oleh Istana Besar Seri Menanti

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 613 hits
Gelaran Darjah Seri Utama Negeri Sembilan Najib Razak dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja afar Yang Amat Terpuji Rosmah Mansor ditarik balik Foto Istana Besar Seri Menanti menarik semula pengurniaan darjah kebesaran kepada bekas Perdana Menter...
Scammer Melalui Mesej Penipuan Cara Baru

Scammer Melalui Mesej Penipuan Cara Baru

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 931 hits
Pada Rabu lepas aku dapat mesej ini Cara macam penipuan yang baru scammer Lihat cara penulisan di atas Ayat phishing sangat Semoga berhati hati dengan mereka hendak menipu kita
Diary Ukm Cara Bayar Pinjaman Mara Online

Diary Ukm Cara Bayar Pinjaman Mara Online

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 658 hits
Hari ni aku nak share Cara Bayar Pinjaman MARA Online khususnya kepada mereka2 yang seangkatan Bila dah cukup tempoh so korang akan dapat surat dari MARA dengan arahan suh hang bayor balik la Sebagaimana diketahui umum MARA adalah pinjaman ...
Adanya Aplikasi Boost Aku Bagaikan Jadi Ejen Jual Top Up Kredit Tambah Nilai Pra Bayar Telefon

Adanya Aplikasi Boost Aku Bagaikan Jadi Ejen Jual Top Up Kredit Tambah Nilai Pra Bayar Telefon

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 654 hits
Biasanya kalau nak top up atau proses tambah nilai kredit prabayar telefon samaada menggunakan terus dari bank atau beli di kedai yang menjual kad prabayar Kini ada aplikasi boost yang menawarkan proses tersebut dan seterusnya memberi ganja...
4 Cara Berkesan Cas Telefon Pintar No 2 Paling Berkesan

4 Cara Berkesan Cas Telefon Pintar No 2 Paling Berkesan

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 382 hits
Dalam kehidupan yang serba pantas pada masa kini masa pengecasan adalah salah satu pertimbangan utama untuk pengguna telefon pintar Jadi jom kita lihat pada artikel hari ini Bagaimana untuk membuatkan cas pada telefon pintar menjadi lebih p...
Car Property Expo Cara Carmudi Serius Di Bisnis Mobil Baru

Car Property Expo Cara Carmudi Serius Di Bisnis Mobil Baru

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 267 hits
Carmudi co id menggelar pameran otomotif bertajuk Car Property Expo 2018 di kawasan Alam Sutera Tangerang Selatan Banten mulai dari 17 29 Oktober ini Menariknya pameran mobil di pusat perbelanjaan ini menggandeng situs jual beli properti La...
Huawei Memacu Inovasi Pada Telefon Pintar Ini Antara Perkara Baru Pada Mate 20 Pro

Huawei Memacu Inovasi Pada Telefon Pintar Ini Antara Perkara Baru Pada Mate 20 Pro

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 260 hits
Pelbagai pengeluar sering hadir dengan kemaskini dan versi terbaru untuk telefon pintar baru setiap tahun Walaubagaimanapun dengan kekerapan pengenalan telefon pintar pembaharuan dan inovasi yang ditawarkan pada sesuatu telefon pintar semak...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game