Karangan Spm Budaya Membaca


BUDAYA MEMBACA BUDAYA MULIA. HURAIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG FAEDAH-FAEDAH AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN REMAJA.
          
         Membaca jambatan ilmu. Namun budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah. Kajian menunjukkan bahawa secara purata rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun.  Negara kita yang sedang pesat membangun memerlukan rakyat yang berpengetahuan tinggi untuk maju setanding dengan negara maju di dunia ibarat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Persoalannya, adakah rakyat Malaysia sedar akan pelbagai faedah yang bakal diperoleh apabila mereka membaca? Sebenarnya sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai manfaat apabila seseorang mempraktikkan budaya membaca.
Ilmu penyuluh kehidupan dan membaca buku dapat menambahkan pengetahuan.(AYAT TOPIK/AYAT RANGSANGAN/AYAT JUDUL) Hal ini demikian kerana, melalui pembacaan seseorang dapat mengetahui isu-isu semasa sama ada yang berlaku di dalam negara atau di luar negara.(AYAT HURAIAN) Oleh hal yang demikian, mereka tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung.(UNGKAPAN MENARIK –PERIBAHASA) Selain itu, melalui pembacaan, pembaca berpeluang mempelajari sejarah dan budaya masyarakat dunia. Umpamanya mereka dapat mempelajari tamadun Mesopotamia, Indus, Hwang Ho, Mesir Purba dan lain-lain. (CONTOH)  Pembaca juga dapat mengetahui budaya masyarakat dunia yang sangat unik dan berbeza di negara yang berlainan.  Oleh itu, untuk memupuk budaya membaca ini, kita perlulah menggalakkan anak-anak ke perpustakaan dan membeli bahan bacaan yang bersesuaian untuk mereka kerana banyak membaca luas pengetahuan dan membaca ialah jendela ilmu.(KESIMPULAN/PENEGASAN)
Amalan membaca juga dapat menambah perbendaharaan kata dalam kalangan pelajar.(AYAT TOPI AYAT RANGSANGAN / AYAT JUDUL)  Dasawarsa,(KOSA KATA LUAS) ramai pelajar lemah dalam kertas Bahasa Melayu kerana mereka kurang menguasai kosa kata. (AYAT HURAIAN) Pelajar juga kurang cekap berbahasa Inggeris kerana kekurangan kosa kata bahasa tersebut. Hal ini menghalang kejayaan pelaksanaan program MBMMBI iaitu usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris ke arah menguasai pelbagai ilmu pengetahuan pada peringkat globalisasi. Tabiat ini juga boleh menyumbang kepada penemuan perkataan-perkataan dan istilah baharu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain, (UNGKAPAN MENARIK – PERIBAHASA) begitulah keadaannya apabila membaca, kosa kata seseorang itu sentiasa bertambah dan khazanah bahasa seperti peribahasa dan ungkapan menarik serta bunga-bunga bahasa semakin dikuasainya.
Seterusnya, tabiat membaca boleh membantu pelajar lulus cemerlang dalam akademik.(AYAT RANGSANGAN/AYAT TOPIK/AYAT JUDUL) Tabiat membaca boleh membantu pelajar memahami sesuatu mata pelajaran dengan cepat dan mudah. Peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih sesuai kepada pelajar yang rajin membaca kerana tabiat membaca juga dapat meningkatkan mutu akademik pelajar.
Tabiat membaca merupakan aktiviti masa senggang yang sangat berfaedah. Masa itu emas, (UNGKAPAN MENARIK – SIMPULAN BAHASA) oleh itu seseorang seharusnya mengisi masa lapang dengan berfaedah seperti mengamalkan hobi membaca buku. (AYAT HURAIAN) Negara kita memerlukan rakyat yang berpengetahuan untuk membangunkan negara.  Sebagai contoh, masyarakat di negara Jepun yang maju menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup mereka. (AYAT CONTOH) Di negara matahari terbit itu, kita dapat menemukan masyarakat Jepun yang membaca buku ketika  di dalam kereta api, di stesen bas, di taman-taman, atau di mana-mana sahaja. Sebaliknya, di negara kita, rakyat kita suka berbual-bual kosong di kedai kopi, bermain dam di atas wakaf, atau melepak di pusat-pusat beli belah. Kesimpulannya, jelaslah bahawa rakyat yang banyak membaca berupaya menjamin kemajuan negara. (AYAT KESIMPULAN/AYAT PENEGASAN)
Tabiat membaca juga adalah pemangkin kemajuan negara. (AYAT RANGSANGAN/AYAT TOPIK/AYAT JUDUL) Hal ini demikian kerana, kemajuan sesebuah negara tidak dilihat pada pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga diukur pada kemajuan intelektual rakyatnya.(AYAT HURAIAN) Rakyat berilmu mencerminkan kemajuan sesebuah negara.  Sekiranya negara kita dapat mengurangkan kadar buta huruf secara tidak langsung, taraf pendidikan di negara kita turut meningkat dalam usaha melahirkan rakyat bertamadun tinggi. Sejarah telah membuktikan bahawa pembangunan tamadun keintelektualan manusia bermula daripada buku. Sebagai misalannya, kemajuan Kota Baghdad telah muncul sebagai pusat penyebaran ilmu yang unggul di dunia suatu ketika dahulu disebabkan ledakan ilmu menerusi penulisan dan penterjemahan pelbagai buku dari seantero dunia. (AYAT CONTOH)  Tuntasnya, melalui tabiat membaca, kita dapat melahirkan modal insan bertaraf dunia. (AYAT KESIMPULAN/AYAT PENEGASAN)
Natijahnya, berdasarkan faedah-faedah yang telah dibicarakan, sudah terang lagi bersuluh (UNGKAPAN MENARIK – PERIBAHASA) bahawa tabiat membaca amat signifikan (BERMAKNA - KOSA KATA LUAS)  untuk membangunkan intelektual (KOSA KATA LUAS) rakyat negara ini.  Tegasnya, tabiat membaca berupaya menjayakan hasrat negara menjadi negara maju dalam Wawasan 2020. Tabiat membaca harus dipupuk ibarat sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit (UNGKAPAN MENARIK – PERIBAHASA) ke arah meningkatkan purata pembacaan rakyat negara ini. Sesungguhnya semua pihak harus berganding bahu bagai aur dengan tebing (UNGKAPAN MENARIK – PERIBAHASA) untuk meningkat budaya membaca dalam kalangan masyarakat kerana tamadun kebendaan tidak pernah kekal tetapi tamadun ilmu boleh merentas zaman. (AYAT KESIMPULAN/AYAT PENEGASAN)
kredit untuk : CHE NORANUWI BIN HAMID GURU CEMERLANG BAHASA MELAYUSMK KUALA NERANG 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://yangqammarina.blogspot.com/2018/11/karangan-spm-budaya-membaca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isi Karangan Spm 2

Isi Karangan Spm 2

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 347 hits
Isi karanganPERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF DALAM KALANGAN REMAJA Remaja harus bijak memilih rakan yang sealiran sama ada dalam aspek pembentukan jati diri dan matlamat hidup Remaja sendiri harus memahami dan men...
Karangan Spm Semangat Patriotik

Karangan Spm Semangat Patriotik

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 1132 hits
SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN REMAJA Semangat patriotik merujuk kepada perasaan cinta akan negara yang mendalam dalam diri seseorang Semangat ini mampu mempengaruhi masyarakat untuk mengutamakan kepentingan negara berbanding dengan kepe...
Isi Karangan Spm

Isi Karangan Spm

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 308 hits
Isi karanganLANGKAH LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH PELBAGAI PIHAK UNTUK MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN Mengamalkan semula tradisi masyarakat silam Memupuk persefahaman dan saling hormat sesama jiran tetangga Saling membantu dan menyokong dalam...
Breathing Space For Spm

Breathing Space For Spm

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 241 hits
PETALING JAYA The Education Ministry has taken stakeholders views and concerns into consideration for Sijil Pelajaran Malaysia this year As a result students on average will now sit for two papers a day Examinations Syndicate director of ex...
Dana Pendidikan Elena Cooke Dibuka Untuk Permohonan Biasiswa Spm Stpm

Dana Pendidikan Elena Cooke Dibuka Untuk Permohonan Biasiswa Spm Stpm

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 429 hits
Ada berita baik untuk pelajar pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi khususnya untuk pelajar pelajar SPM dan STPM Pelajar SPM and STPM yang telah menerima keputusan peperiksaan mereka kini dijemput memohon kepada...
Budaya Umno Membodek Tular Dalam Pkr Azmin

Budaya Umno Membodek Tular Dalam Pkr Azmin

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 336 hits
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa budaya cium tangan membodek dan mendewa dewakan pemimpin seperti yang dalam Umno kini semakin menular dalam PKR Saya nampak budaya cium tangan seperti dalam Umno dah berlaku dalam ...
Budaya Sambut Bachelorette Party Tema Alat S Lit Lelaki Wanita Ini Sekolahkan Gadis2 Gatal

Budaya Sambut Bachelorette Party Tema Alat S Lit Lelaki Wanita Ini Sekolahkan Gadis2 Gatal

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 774 hits
Budaya sambut bachelorette party tema alat sulit lelaki Wanita ini sekolahkan gadis2 gatal Baru baru ini majlis parti bujang pelakon popular Nelydia Senrose hangat di media sosial apabila beberapa keping foto kek cawan yang bertemakan alat ...
Spm 2019 Dates And Calendar

Spm 2019 Dates And Calendar

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 503 hits
SPM 2019 DatesThe SPM 2019 dates have been finalized by the Ministry of Education SPM 2019 starts on Monday 14th October 2019 to Thursday 28 October 2019 overall The exam may begin or end earlier for some students depending on the papers th...
Kemegahan Budaya Ditampilkan Dalam Bangka Culture Wave 2019

Kemegahan Budaya Ditampilkan Dalam Bangka Culture Wave 2019

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 228 hits
Bangka Cultural Wave 2019 mengusung tema Home Coming Beragam budaya ditampilkan dalam event ini Ada musik dan tari dari berbagai wilayah di nusantara hingga dunia Secara umum ada 7 event dalam kegiatan ini Ada Bangka Art Wave Bangka Wave Ca...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan