Karangan Kepentingan Memelihara Bangunan Bersejarah


Murid boleh merujuk isi penting dan contoh karangan kepentingan memelihara bangunan bersejarah.
Isi penting dan contoh karangan ini boleh membantu untuk menghadapi peperiksaan yang bakal berlangsung.
Isi Penting Karangan Kepentingan Memelihara Bangunan Bersejarah 1. Mempunyai Nilai Seni dan Estetika
Bangunan-bangunan ini biasanya mempunyai nilai seni bina yang halus dan bercorakkan budaya bangsa. Contohnya, ukiran pada dinding kayu rumah Melayu tradisional memaparkan kecantikan dan keharmonian bangsa Melayu. Ukiran pada dinding batu dan kayu dalam bangunan bersejarah memaparkan corak budaya masa silam. Membolehkan kita menghayati keistimewaan budaya kita. 2. Mempelajari dan Mendalami Sejarah Negara
Lawatan ke sesebuah bangunan bersejarah memberi ruang untuk menyaksikan kesan peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di situ. Contohnya, lawatan ke Kota A Formosa di Melaka membolehkan kita mempelajari mengenai penjajahan Portugis terhadap Melaka bermula pada tahun 1511. Memahami fakta sejarah jika kita dapat melihat kesan peninggalannya. Pelajar akan lebih berminat terhadap pembelajaran sejarah negara dan pembelajaran secara kontekstual ini amat berkesan. 3. Mempunyai Nilai Ekonomi yang Tinggi
Bangunan-bangunan bersejarah dapat menjadi tarikan kepada pelancong tempatan atau pun pelancong asing. Misalnya, Kota Cornwallis di Pulau Pinang, Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, dan Rumah Puteri Meninjau di Sabah sering menjadi tumpuan para pelancong. Dapat membantu perkembangan industri pelancongan melalui pengaliran masuk wang asing ke negara ini. Merancakkan ekonomi negara menerusi industri pelancongan. 4. Memberikan Pengajaran kepada Masyarakat
Bangunan bersejarah akan mengingatkan tentang peristiwa masa lampau yang telah berlaku. Contohnya, bangunan zaman pemerintahan Jepun mengingatkan kita tentang penderitaan hidup rakyat semasa peperangan. Rakyat juga akan menyedari pahit maung yang dialami oleh pejuang tanah air sewaktu perjuangan mereka menuntut kemerdekaan. Menghargai keamanan dan kebebasan yang dinikmati selama ini. Sentiasa berwaspada agar kesilapan silam tidak akan berulang lagi. Contoh Karangan Kepentingan Memelihara Bangunan Bersejarah i) PENDAHULUAN
Di negara kita, banyak terdapat bangunan bersejarah yang masih kukuh dan sering menarik perhatian sama ada para pelancong dari dalam atau luar negara. Bangunan-bangunan bersejarah ini perlu dikekalkan supaya .tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. untuk menjadi tatapan generasi yang akan datang. Kebanyakan bangunan bersejarah merupakan tinggalan sejak zaman penjajah. Antara bangunan bersejarah yang sering menjadi kunjungan pelancong ialah Kota A Famosa dan bangunan Satadsyus di Melaka, bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, dan Kota Belanda di Pulau Pangkor. Bangunan-bangunan ini bukan sahaja mempunyai nilai-nilai budaya dan keseniannya yang tersendiri malah merakamkan sejarah penting negara. Oleh kerana itu, pemeliharaan bangunan bersejarah sememangnya penting di Malaysia.
ii) ISI 1: MEMPUNYAI NILAI SENI DAN ESTETIKA
Satu daripada kepentingan mengekalkan bangunan bersejarah di negara ini kerana bangunan tersebut mempunyai nilai seni dan estetika. Bangunan-bangunan ini biasanya mempunyai nilai seni bina yang halus dan bercorakkan budaya bangsa. Sebagai contohnya, ukiran pada dinding kayu rumah Melayu tradisional memaparkan kecantikan dan keharmonian bangsa Melayu. Dari sini, kita dapat menghayati kehalusan dan kreativiti seni bina bangsa kita pada masa silam. Ukiran pada dinding batu dan kayu dalam bangunan bersejarah memaparkan corak budaya masa silam. Ini membolehkan kita menghayati keistimewaan budaya kita.
iii) ISI 2: MEMPELAJARI DAN MENDALAMI SEJARAH NEGARA
Selain itu, pemeliharaan bangunan bersejarah juga membolehkan kita mempelajari dan mendalami sejarah negara pada masa lampau melalui bangunan-bangunan bersejarah. Lawatan ke sesebuah bangunan bersejarah membolehkan kita menyaksikan kesan peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di situ. Sebagai contohnya, lawatan ke Kota A Formosa di Melaka membolehkan kita mempelajari mengenai penjajahan Portugis terhadap Melaka bermula pada tahun 1511. Dari sinilah kita akan lebih memahami fakta sejarah jika kita dapat melihat kesan peninggalannya. Dalam konteks ini, pelajar akan lebih berminat terhadap pembelajaran sejarah negara dan pembelajaran secara kontekstual ini amat berkesan.
iv) ISI 3: MEMPUNYAI NILAI EKONOMI YANG TINGGI
Di samping itu, bangunan-bangunan bersejarah juga perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Ini kerana bangunan-bangunan bersejarah ini dapat menjadi tarikan kepada pelancong tempatan atau pun pelancong asing. Misalnya, Kota Cornwallis di Pulau Pinang, Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, dan Rumah Puteri Meninjau di Sabah sering menjadi tumpuan para pelancong di negara kita. Secara tidak langsung keadaan ini dapat membantu perkembangan industri pelancongan melalui pengaliran masuk wang asing ke negara ini. Ini kemudiannya dapat merancakkan ekonomi negara menerusi industri pelancongan.
v) ISI 4: MEMBERIKAN PENGAJARAN KEPADA MASYARAKAT
Pemeliharaan bangunan bersejarah juga penting bagi memberikan pengajaran kepada kita. Bangunan bersejarah akan mengingatkan kita tentang peristiwa masa lampau yang telah berlaku. Sebagai contohnya, bangunan zaman pemerintahan Jepun mengingatkan kita tentang penderitaan hidup rakyat semasa peperangan. Rakyat juga akan menyedari pahit maung yang dialami oleh pejuang tanah air sewaktu perjuangan mereka menuntut kemerdekaan. Hal ini akan menjadikan kita lebih menghargai keamanan dan kebebasan yang kita nikmati selama ini. Selain itu, kita juga akan sentiasa berwaspada agar kesilapan silam tidak akan berulang lagi.
vi) PENUTUP
Bangunan-bangunan bersejarah merupakan sebahagian daripada warisan sejarah yang tidak ternilai harganya. Oleh itu, bangunan bersejarah perlulah terus dipelihara untuk tujuan penghayatan dan kepentingan generasi akan datang. Dengan ini diharapkan usaha-usaha pemulihara bangunan bersejarah dilaksanakan secara berterusan agar negara dapat menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negara ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kepentingan-memelihara-bangunan-bersejarah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kepentingan-memelihara-bangunan-bersejarah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Berakhir Dengan Buat Bangunan Sistar19 Dedah Sumbangan Terbesar Untuk Starship Entertainment

Kami Berakhir Dengan Buat Bangunan Sistar19 Dedah Sumbangan Terbesar Untuk Starship Entertainment

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 195 hits
Selepas 11 tahun menyepi SISTAR19 akhirnya membuat kemunculan semula pada tahun ini ARTIKEL BERKAITAN Pada 18 Januari satu temu bual di laman sosial YouTube menjemput ahli kumpulan SISTAR19 Dalam temu bual tersebut Bo ra dan Hyolyn mendedah...
Bangunan Kedua Tertinggi Dunia Ini 8 Benda Seram Disebalik Pembinaan Menara Merdeka 118

Bangunan Kedua Tertinggi Dunia Ini 8 Benda Seram Disebalik Pembinaan Menara Merdeka 118

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 161 hits
Di Malaysia terdapat banyak mercu tanda yang menjadi kebanggaan negara seperti Menara KLCC Jambatan Pulau Pinang dan Bangunan Sultan Abdul Samad Sebagai tambahan terkini rakyat Malaysia sekali lagi berbangga apabila Menara Merdeka 118 Setel...
Mb Pahang Sampaikan Mock Key Penyerahan Bangunan Paid Kuantan Barat Di Jaya Gading

Mb Pahang Sampaikan Mock Key Penyerahan Bangunan Paid Kuantan Barat Di Jaya Gading

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 114 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail hari ini nbsp menyampaikan Mock Key sempena Majlis Penyerahan Bangunan Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan Barat di Jalan Jaya Gading 4 dekat sini Dalam ucapannya Wan Rosdy berhar...
Tempat Menarik Di Ipoh Jejak Warisan Concubine Lane Koh Heng Square Dan Bangunan Lama Jadi Tarikan

Tempat Menarik Di Ipoh Jejak Warisan Concubine Lane Koh Heng Square Dan Bangunan Lama Jadi Tarikan

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 186 hits
Cadangan anak anak untuk menginap semalam di Ipoh tak dapat dipenuhi walau teringin sangat sebab dah lama tak real holiday dengan bermalam di inap desa atau hotel tapi sejak rutin berubah dah jadi tanggungjawab untuk bonda cadangan terpaksa...
Bangunan Runtuh Di Seremban Lima Cedera Bangunan Runtuh

Bangunan Runtuh Di Seremban Lima Cedera Bangunan Runtuh

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 213 hits
NOR AINNA HAMZAHSEREMBAN Lima individu warga tempatan yang merupakan pekerja pemasangan solar panel cedera dalam kejadian runtuhan bumbung bangunan di Pusat Komersial Oakland di sini tengah hari tadi Dalam kejadian kira kira pukul 1 05 teng...
Kaya Sebab Blackpink Datang Melawat Kafeteria Skala Bangunan Yg Dipuji Ahli Hangout With Yoo

Kaya Sebab Blackpink Datang Melawat Kafeteria Skala Bangunan Yg Dipuji Ahli Hangout With Yoo

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 222 hits
Nama BLACKPINK telah disebut di dalam episod terbaru rancangan Hangout with Yoo ketika ahli pergi melawat bangunan YG ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini ketika melawat bangunan YG Entertainment ahli rancangan Hangout With Yoo telah mengeluarka...
Ketua Kpk Wanti Wanti Pejabat Negara Soal Konflik Kepentingan Itu Wujud Nyata Korupsi

Ketua Kpk Wanti Wanti Pejabat Negara Soal Konflik Kepentingan Itu Wujud Nyata Korupsi

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 147 hits
Conflict of interest bukan lagi sekedar embrio korupsi melainkan wujud nyata perilaku korupsi itu sendiri kata Nawawi
Kepentingan Protein Bagi Tumbesaran Kanak Kanak Autisme

Kepentingan Protein Bagi Tumbesaran Kanak Kanak Autisme

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 203 hits
Oleh Nurul Hazimah Ab Latif Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia Autisme dikenali sebagai gangguan spektrum kerana mempunyai pelbagai jenis dan tahap keseriusan terhadap gejala yang dialami sesorang Semua jantina kaum etni...
Cara Anies Atasi Kepentingan Partai Dan Masyarakat Jika Bertabrakan

Cara Anies Atasi Kepentingan Partai Dan Masyarakat Jika Bertabrakan

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 112 hits
Sehingga mantan Gubernur DKI Jakarta ini pun menyebut ada empat patokan dalam mengambil suatu keputusan
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas