Kandungan Diffenz Junior Sesuai Untuk Kanak Kanak Berumur 12 Tahun Kebawah


 Assalamualaikum..


Nak cari produk terbaik untuk perlindungan anak-anak berumur 12 tahun ke bawah di musim Covid ni? Ha… Ni aku nak kongsikan kat korang semua satu produk makanan tambahan yang sesuai untuk mereka.


Biasanya kalau kanak-kanak yang jenis susah nak makan atau memilih makan ni mak ayah akan belikan vitamin untuk tingkatkan selera makan anak. Diffenz Junior ni fungsinya sama macam vitamin dan boleh tingkatkan selera anak kerana ada kandungan vitamin C dan D. Selain dapat tingkatkan selera anak, Diffenz Junior boleh melindungi daripada jangkitan kuman yang berbahaya serta memberikan nutrisi tambahan untuk bantu anak-anak membesar dengan aktif dan sihat. Lagi-lagi waktu covid sekarang ni.

 

Aku tau ramai mak ayah yang risau kat luar sana nak bawa anak-anak keluar kerana mereka ni masih belum boleh ambil vaksin dan seperti yang kita sedia maklum, kes harian Covid-19 ni tak ada tanda-tanda penurunan dan tak mustahil juga kes akan naik balik macam sebelum ni. Dr Noor Hisyam juga dah bagi amaran mungkin akan ada gelombang ketiga kalau kita tak jaga SOP.

 


 

Dengan Diffenz Junior, sedikit sebanyak ia boleh bantu tingkatkan sistem imun badan kanak-kanak ni untuk elakkan mereka daripada dijangkiti. Dah la tengah musim ramai yang pergi bercuti sekarang ni. Jadi, korang perlulah buat persediaan untuk beri perlindungan kepada anak-anak ni.
 

Jom kita ambil tahu apakah kandungan Diffenz Junior ni.

 

Cendawan Susu Harimau (Lignosus Rhinocerus)




Cendawan ini diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar didapati pada masa kini. Menurut cerita orang-orang tua dahulu, nilai cendawan ini sangat mahal kerana ia hanya akan tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan. Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun daripada jangkitan kuman dan virus. Uniknya cendawan susu harimau ini tak tumbuh secara berjemaah macam cendawan yang lain, sebaliknya ia tumbuh secara bersendirian.

 

Tempoh masa untuk cendawan ni membesar memakan masa bertahun lamanya, menjadikan ia cendawan yang tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa ini sangat ‘rare’ dan susah diperolehi.. Harganya juga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit! Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini. 

 

Sememangnya Cendawan Susu Harimau ini adalah khazanah negara yang sukar didapati dan sangat mahal harganya ya. Jadi, Eskayvie Diffenz Junior ini telah diformulasikan untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan. 

 

Kebaikan Cendawan Susu Harimau

 

●        Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.

●        Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.

●        Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar. 

●        Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.

●      Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.

 

Kolostrum

 



Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia turut dikenali sebagai cecair emas dan amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Tumbesaran (Growth Factor). Selain itu, ia juga membantu

 

●        meningkatkan sistem imun badan 

●        melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan 

●        kesan anti-mikrob dan anti-virus

●        melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit 

●        menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat

 

Multivitamin Dan Mineral

 



Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater. Multivitamin dan mineral ini dapat membantu,
 

●        melengkapkan keperluan nutrisi

●        menyokong penglihatan 

●        merangsang sistem imun badan (immunomodulatory) 

●        melindungi diri daripada jangkitan 

●        membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak

●        membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf 

 

Buah Camu - Camu (Myrciaria Dubia)

 



“Digunakan bagi tujuan perubatan oleh penduduk asli Amazon sejak lebih 700 tahun dahulu”

Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. Banyak kajian mendapati ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren! Disebabkan khasiatnya yang melimpah ruah inilah maka buah camu-camu ini mendapat jolokan SUPERFOOD.

 

Superfood ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.

 

Kebaikan Buah Camu-Camu 

 

●        Menguatkan sistem imun

●        Antioksidan dan anti-radang

●        Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak

●        Menstabilkan tekanan darah tinggi

●        Merangsang penghasilan kolagen

●        Mengawal gula darah

 

Vitamin D

 



Jika dulu vitamin D sering diwar-warkan untuk fungsi tulang yang kuat. Namun, kini saintis giat mengkaji dan telah menemui 3000 reseptor vitamin D di dalam badan, menyebabkan ia bukan hanya penting untuk tulang tetapi untuk keseluruhan badan. Malah, ia sangat penting di musim pandemik ini kerana membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan.

 

Malah, ada golongan tertentu yang mempunyai risiko kekurangan vitamin ini seperti wanita berhijab, individu yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil dan menyusu serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas. 

 

Walaupun Malaysia merupakan negara yang mempunyai sinar matahari mencukupi, namun, 67.4% rakyat Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin ni. Walhal, ia sangat penting untuk mengawal selia sistem imun, membantu kawalan gula darah, kekuatan tulang dan banyak lagi. Sumber utama vitamin D dalam badan adalah daripada matahari, namun ada beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi penyerapan vitamin ini di antaranya termasuklah:

 

Warna kulit yang lebih gelap menyukarkan penyerapan cahaya matahari.
Cahaya matahari perlu kena terus kepada kulit tanpa halangan sunblock, pakaian, kaca, awan mendung dan topi.
 

Hanya 10-20% sumber Vitamin D mampu dicapai daripada sumber makanan dan ini mengakibatkan ramai individu mengalami kekurangan Vitamin D. 

 

Vitamin C

 



Vitamin ini dapat memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Sudah tentu pengambilan vitamin C ini boleh bantu elak jangkitan virus dan mengurangkan kesan virus terhadap mereka yang dijangkiti.

 

Namun, badan tak mampu menghasilkan Vitamin C atau menyimpannya secara efisien kerana ia adalah vitamin larut air. Ia boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayuran ataupun melalui makanan tambahan yang berasaskan vitamin C.
 

Walaupun pengambilan makanan telah seimbang, tetapi penyerapan vitamin dan nutrisi masih bergantung kepada kadar penyerapan nutrisi tersebut yang mana bukan semua vitamin C daripada makanan akan dapat diserap oleh badan. Pengambilan vitamin C yang mencukupi daripada makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5 hidangan buah segar dan sayuran, dengan syarat, 2 hidangan daripada makanan tadi adalah tinggi dengan vitamin C dan perkara ini agak mustahil untuk sesetengah individu. Situasi ini menjadikan pengambilan suplemen vitamin C amat diperlukan masa kini.

 

Bukan itu sahaja, cara masakan juga menyebabkan vitamin C di dalam sayuran berkurangan sekitar 13-60% menyebabkan semakin ramai yang tidak dapat mendapat bekalan vitamin C yang cukup. Jika kita tidak mengambil vitamin C dengan cukup, anda akan berhadapan dengan masalah seperti gusi berdarah atau skurvi, kulit kering, sakit sendi, mudah dijangkiti penyakit dan luka lambat sembuh.

 

Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.

 

Dapatkan Diffenz Junior Untuk Anak-Anak Anda

 

Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid 

 

Kalau korang tengok pada bahan-bahan yang ada dalam Diffenz Junior, ia dihasilkan untuk menyokong kesihatan dan memberi perlindungan yang terbaik untuk kanak-kanak serta membantu meningkatkan perkembangan dan tumbesaran mereka.

 

So, kalau anak korang ada resdung, alahan dan eczema, Diffenz Junior ni memang sesuai sangat.

 

Macam mana nak dapatkan Diffenz Junior ni? Mudah je caranya. Korang boleh layari laman web dan media sosial Eskayvie dibawah untuk dapatkan lebih lanjut mengenai Diffenz Junior.

 

Website:  https://diffenzjunior.com/

FB PAGE: Eskayvie Malaysia -  https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official

INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia -  https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/

 

 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cinqleafclover.blogspot.com/2021/11/kandungan-diffenz-junior-sesuai-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meme Lawak Plkn Apabila Mensasarkan Belia Berumur 16 Sehingga 35 Tahun

Meme Lawak Plkn Apabila Mensasarkan Belia Berumur 16 Sehingga 35 Tahun

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 334 hits
Program Latihan Khidmat Negara yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanakan semula membabitkan dua fasa Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bagi Fasa 1 pelajar Tingkatan 4 melalui silibus Kementerian Pendidikan yang mengandu...
Lapan Jam Ditinggalkan Dalam Kenderaan Kanak Kanak Perempuan Dua Tahun Meninggal Dunia

Lapan Jam Ditinggalkan Dalam Kenderaan Kanak Kanak Perempuan Dua Tahun Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 229 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas hampir lapan jam berada dalam kenderaan di Ara Damansara di sini selepas ibunya menyangka sudah menghantar mangsa ke tadika semalam Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asi...
Sehari Selepas Sambut Birthday Kanak Kanak 12 Tahun Dicederakan Bapa Kandung

Sehari Selepas Sambut Birthday Kanak Kanak 12 Tahun Dicederakan Bapa Kandung

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 245 hits
Kebiasaan sebagai seorang bapa dia tidak akan menyusahkan anak anak dan akan memikul tanggungjawab untuk memastikan anak anak sentiasa di dalam keadaan selamat dan serba serbi mencukupi Namun lain kisahnya apabila seorang kanak kanak lelaki...
Kasus Korupsi Bts Bakti Kominfo Galumbang Menak Dituntut 15 Tahun Penjara

Kasus Korupsi Bts Bakti Kominfo Galumbang Menak Dituntut 15 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 182 hits
Selain tindak pidana jaksa juga menghukum terdakwa untuk membayar denda sebesar Rp1 miliar subsider satu tahun kurungan
Bapa Ditahan Tumbuk Tendang Anak 12 Tahun

Bapa Ditahan Tumbuk Tendang Anak 12 Tahun

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 173 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang kanak kanak lelaki cedera ditumbuk dan ditendang bapa kandungnya di Kampung Perah dekat Gerik semalam sehari selepas mangsa menyambut ulang tahun kelahirannya Ketua Polis Gerik Zulkifli Mahmood berkata sia...
Terungkap Safe House Firli Bahuri Disewakan Bos Hotel Alexis Alex Tirta Rp650 Juta Per Tahun

Terungkap Safe House Firli Bahuri Disewakan Bos Hotel Alexis Alex Tirta Rp650 Juta Per Tahun

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 205 hits
Alex turut berkecimpung di dunia badminton Indonesia Dirinya menduduki jabatan di PP PBSI sebagai Ketua Harian periode 2020 2024
Foto Puan Maharani Pimpin Pembukaan Masa Sidang Paripurna Ii Tahun 2023 2024 Yang Dihadiri 154 Anggota Secara Fisik

Foto Puan Maharani Pimpin Pembukaan Masa Sidang Paripurna Ii Tahun 2023 2024 Yang Dihadiri 154 Anggota Secara Fisik

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 165 hits
Sidang Paripurna II Tahun 2023 2024 dihadiri anggota DPR sebanyak 154 orang secara fisik sementara yang izin 140 anggota
Densus 88 Teror Dan Pelaku Teroris Alami Penurunan Dalam 3 Tahun Terakhir

Densus 88 Teror Dan Pelaku Teroris Alami Penurunan Dalam 3 Tahun Terakhir

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 197 hits
Terdapat tren penurunan kejadian teror dan pelaku tindak pidana terorisme dalam 3 tahun terakhir
Dicekoki Miras Campur Tolakangin Remaja 18 Tahun Jadi Korban Pemerkosaan

Dicekoki Miras Campur Tolakangin Remaja 18 Tahun Jadi Korban Pemerkosaan

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 199 hits
Orang tua pelaku mengantarkan korban ke rumah dan masih dalam kondisi tidak sadarkan diri
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun