Kanak Kanak Tiga Tahun Maut Dalam Kebakaran
 Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI 

 ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Telok Pelanduk, Port Dickson pagi tadi yang mengorbankan seorang m kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun - FOTO/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI PORT  DICKSON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas  dipercayai sesak nafas dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Telok  Pelandok di sini pagi tadi. 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat  Telok Kemang, Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, pihaknya menerima  panggilan kecemasan pada pukul 11.51 pagi dan tiba di tempat kejadian  sembilan minit kemudian. 
“Apabila sampai pihak bomba mendapati  kebakaran sudah mencapai 80 peratus dan kami cuba memadamkan api  berkenaan pada masa yang sama turut menjalankan penyelamatan mangsa  iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.
“Bagaimanapun, selepas masuk ke bilik  kedua iaitu di ruang tengah kami menjumpai seorang kanak-kanak berusia  tiga tahun yang sudah meninggal dunia dalam timbunan pakaian di tepi  sebuah katil,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. 
Tambah  beliau, pihak bomba dimaklumkan terdapat seramai enam orang berada di dalam rumah berkenaan ketika kejadian.
” Namun hanya lima mangsa sahaja  selamat dan tidak mengalami kecederaan. Kebakaran tersebut telah  melibatkan 90 peratus rumah yang diperbuat daripada batu itu, “  katanya. 
Menurut Mohd. Kamal, seramai 16 orang  anggota terlibat dari Balai Bomba Telok Kemang dan balai bomba bantuan  dari Balai Bomba Port Dickson yang  melibatkan lapan orang anggota. 
“Punca kebakaran masih belum  diketahui dan pihak bomba menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis  untuk siasatan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/kanak-kanak-tiga-tahun-maut-dalam.html