Kanak Kanak Antara Paling Berisiko Dalam Penularan Pandemik Golongan Tidak Divaksinasi




 Sejak kebelakangan ini, jumlah kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 menunjukkan peningkatan ketara, dan ini dipercayai oleh pakar perubatan ada kaitan dengan penularan varian Delta yang semakin dominan di negara ini.


Perunding pakar kardiologi pediatrik Prof Madya Dr Norazah Zahari berkata perkembangan itu, khususnya dalam tempoh dua bulan lepas, menyebabkan satu tingkat di Kompleks Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Universiti Malaya diperuntukkan bagi merawat kanak-kanak bergejala Covid-19, berbanding hanya satu wad sebelum ini.




“Ada beberapa kes yang dimasukkan ke ICU (unit rawatan rapi). (Mereka) mengalami komplikasi jantung akibat jangkitan Covid-19,” katanya kepada Bernama, dan menambah satu daripada kes tersebut disahkan sebagai sindrom keradangan pelbagai sistem pada kanak-kanak (MIS-C).


MIS-C merupakan komplikasi Covid-19 yang serius, iaitu suatu keadaan di mana keradangan berlaku pada pelbagai organ seperti jantung, paru-paru, pembuluh darah serta buah pinggang. Sekalipun kemungkinan untuk kanak-kanak mengalami gejala Covid-19 yang teruk adalah kecil, jelas mereka tidak kebal jangkitan itu.


Pakar kesihatan kini menggambarkan penularan Covid-19 sebagai “pandemik golongan tidak divaksinasi” yang diburukkan lagi oleh kehadiran dominan varian Delta. Buat masa ini Malaysia belum membenarkan kanak-kanak divaksinasi sekalipun vaksin keluaran Pfizer-BioNTech telah diluluskan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.


“Golongan yang tidak divaksinasi ini dilihat sebagai lompang dan mereka menjadi golongan yang paling terdedah - kanak-kanak dan remaja,” kata Prof Madya Dr Mas Ayu Said, pakar epidemiologi di Universiti Malaya (UM).


“Jika anda langsung tidak mempunyai antibodi, amat mudah (untuk anda dijangkiti), seolah-olah anda membuka pintu yang membolehkan ia (virus) masuk,” tambah beliau.


ADVERTISEMENT




Peningkatan kes melibatkan kanak-kanak berserta penularan varian Delta menyaksikan kembalinya gesaan agar kerajaan melaksanakan pemvaksinan ke atas remaja.


Pada 15 Ogos lepas, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin mengumumkan pemvaksinan ke atas golongan berusia 12 hingga 17 tahun bermula 15 Sept ini. Keutamaan diberikan kepada mereka yang komorbid dan pelajar sekolah sebelum diperluas kepada generasi lebih muda, bergantung pada bekalan vaksin.


Langkah itu disambut baik oleh pakar, namun mereka bimbang kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan oleh beberapa negeri untuk golongan yang telah lengkap dua dos vaksin akan menyebabkan kanak-kanak terus terdedah. Antara kelonggaran itu ialah membenarkan ibu bapa makan di premis bersama anak-anak serta melakukan perjalanan rentas negeri.


Setakat 14 Ogos lepas, sebanyak 51.7 peratus penduduk Malaysia, menyamai 72.1 peratus orang dewasa, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Daripada jumlah itu, 31.9 peratus atau 44.5 peratus telah lengkap dua dos vaksin.


Peningkatan kes kanak-kanak yang tidak divaksinasi dijangkiti Covid-19 akibat penularan varian Delta turut berlaku di negara-negara lain termasuk negara yang telah melaksanakan pemvaksinan ke atas orang dewasa dan remaja mereka.


Lebih mudah berjangkit berbanding campak, ada data tentatif yang menunjukkan strain itu berpotensi menyebabkan jangkitan lebih serius. Malah, orang yang telah divaksinasi juga boleh dijangkiti dan menyebarkan virus, cuma dalam tempoh singkat dan pada kadar lebih rendah berbanding mereka yang tidak divaksinasi.


Di Malaysia, kerajaan mengambil masa dua bulan sebelum membenarkan golongan muda diberikan vaksin disebabkan kebimbangan tentang kemungkinan mereka mengalami miokarditis dan perikarditis - keradangan pada jantung.


Kebimbangan itu ada asasnya dengan Pfizer dan Moderna kini meletakkan label amaran tentang kemungkinan kesan sampingan dalam kalangan remaja selepas dos kedua, namun pakar perubatan yang berpandangan kemungkinan risiko tersebut berlaku amat rendah, menegaskan dalam soal ini manfaatnya jauh lebih besar berbanding risiko.


“Tak mengapa lambat, asalkan dapat,” kata perunding pakar pediatrik Datuk Dr Musa Mohd Nordin ketika dihubungi Bernama melalui WhatsApp.


“Memang bagus JKJAV (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin) menimbang keputusan berdasarkan sains dan analisis risiko-faedah,” katanya.


Memetik data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, beliau berkata risiko mengalami keradangan jantung akibat jangkitan Covid-19 bagi kelompok usia 12 hingga 17 tahun ialah 13 kali ganda untuk lelaki dan 24 kali ganda bagi perempuan, berbanding mendapatnya akibat vaksinasi.


Bagaimanapun, kadar insiden ialah 67 daripada sejuta dos kedua bagi lelaki dan sembilan daripada sejuta bagi perempuan. Setakat ini belum ada kes kematian dilaporkan.


Pemvaksinan ke atas golongan remaja yang dianggar Jabatan Perangkaan Malaysia berjumlah 2.7 juta orang, akan mengambil masa dan sebahagian daripada mereka tidak akan sempat divaksinasi sebelum sesi persekolahan bersemuka bermula kembali, dijadualkan pada 3 Okt ini.


Ketua Jawatankuasa Penasihat Bebas Vaksinasi Covid-19 Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berkata tidak ada keperluan untuk membuka semula sekolah kecuali untuk dijadikan sebagai pusat pemvaksinan pelajar.


“Saya secara peribadi berpendapat tidak perlu lagi diadakan sesi bersemuka kerana penggal persekolahan tahun ini sudah hampir tamat, melainkan untuk pemvaksinan,” katanya menerusi WhatsApp.


Beliau berkata setiap pejabat kesihatan daerah mempunyai pasukan kesihatan sekolah yang berpengalaman dalam melaksanakan pemvaksinan ke atas kanak-kanak, dan mereka boleh digerakkan untuk tujuan itu.


Pekeliling Kementerian Kesihatan bertarikh 12 Ogos menyenaraikan 12 tempat untuk pelajar sekolah mendapatkan vaksin termasuk hospital, klinik kesihatan serta program outreach.


Dr Mas Ayu yang juga pakar perubatan kesihatan awam di Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan UM menyarankan agar pusat pemberian vaksin (PPV) mega turut dimasukkan dalam senarai itu.


“Berdasarkan momentum semasa, saya rasa kita boleh capai 50 peratus pelajar sekolah dalam tempoh tiga bulan,” katanya.


Beliau juga menyarankan agar PPV menyediakan laluan khas untuk keluarga bagi memudahkan proses kerana mereka yang berusia 18 tahun ke bawah memerlukan persetujuan ibu bapa atau penjaga sebelum divaksinasi, dan pada masa sama boleh juga dimanfaatkan untuk pemvaksinan keseluruhan isi rumah.


Pakar kesihatan berpandangan belum waktunya untuk pihak berkuasa memberikan kelonggaran kepada mereka yang telah lengkap vaksinasi, khususnya ibu bapa yang tinggal atau bekerja dengan anak-anak, memandangkan Malaysia belum mencapai tahap imuniti kelompok.


Dr Awang Bulgiba menyifatkan kelonggaran yang diberikan itu sebagai “kurang bijak” dan boleh menjejaskan kejayaan yang disaksikan oleh Malaysia sekarang hasil program imunisasi tersebut.


“Kita perlu mengasaskan jangkaan kita tentang ‘kehidupan normal’ pada persediaan melawan Covid-19 untuk jangka masa yang lama. Perkara praktikal yang perlu dilakukan ialah menyelesaikan pemvaksinan secepat mungkin agar kita dapat mencapai imuniti kelompok,” katanya.


Beliau juga berkata Malaysia harus terus memantau kadar penularan dalam masyarakat selain mengekalkan SOP seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal sebelum melonggarkan sekatan secara beransur-ansur.


Dr Norazah pula berkata beliau tidak menggalakkan ibu bapa keluar rumah, baik dengan anak-anak ataupun tidak, sehingga semua kanak-kanak telah divaksinasi atau pandemik dapat dikawal.


“Kalau mereka perlu juga keluar, patuhilah SOP bagi memastikan orang kesayangan yang belum divaksinasi di rumah selamat,” katanya. -Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/08/kanak-kanak-antara-paling-berisiko.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Fda Lulus Dos Ketiga Vaksin Kepada Golongan Berisiko

Covid 19 Fda Lulus Dos Ketiga Vaksin Kepada Golongan Berisiko

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 183 hits
COVID 19 FDA lulus dos ketiga vaksin kepada golongan berisiko Pentadbiran Makanan dan Ubat Ubatan Amerika Syarikat meluluskan penggunaan dos penggalak atau booster vaksin COVID 19 jenis Pfizer dan Moderna kepada individu yang mempunyai taha...
Warisan Teruskan Misi Bantu Golongan Terjejas Pandemik Covid 19

Warisan Teruskan Misi Bantu Golongan Terjejas Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 186 hits
Parti Warisan telah mengagihkan bakul bakul makanan keperluan harian kepada penduduk yang terjejas teruk akibat pandemik Covid 19 KENINGAU Misi bantuan bakul makanan Parti Warisan Sabah diteruskan di beberapa kampung sekitar Liawan dan Sook...
2 Golongan Berisiko Tinggi Dijangkiti Covid 19 Walaupun Sudah Divaksin

2 Golongan Berisiko Tinggi Dijangkiti Covid 19 Walaupun Sudah Divaksin

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 188 hits
PETUGAS kesihatan menyediakan jarum suntikan vaksin di sebuah pusat vaksinasi di daerah Errahma berhampiran Casablanca AFP GENEVA Pertubuhan Kesihatan Sedunia memaklumkan golongan warga emas dengan sistem pertahanan badan lemah dan individu...
Hiburan Elvina Mohamad Tidak Mahu Hamil Waktu Pandemik Akui Berisiko Tinggi

Hiburan Elvina Mohamad Tidak Mahu Hamil Waktu Pandemik Akui Berisiko Tinggi

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 223 hits
Pelakon jelita Elvina Mohamad berkata dia enggan untuk menambah zuriat di saat negara sedang berhadapan pandemik COVID 19 pada kala ini ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar Elvina dia sedar tentang betapa bahayanya virus membunuh tersebut te...
Cegah Penularan Covid 19 Polisi Masih Perketat Pintu Masuk Aceh Sumut

Cegah Penularan Covid 19 Polisi Masih Perketat Pintu Masuk Aceh Sumut

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 173 hits
Pos perbatasan Aceh Sumatera Utara terletak di Desa Seumadam Kejuruan Muda Aceh Tamiang
Epidemiolog Kasus Covid 19 Turun Karena Testing Melorot Dan Penularan Melambat

Epidemiolog Kasus Covid 19 Turun Karena Testing Melorot Dan Penularan Melambat

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 228 hits
Menurut Epidemiolog Universitas Airlangga Windhu Purnomo sebetulnya saat ini Indonesia masih berada pada puncak gunung es Covid 19 Namun diakuinya terjadi tren penurunan penularan Covid 19
Panas Pm Tidak Sah Malaysia Dalam Keadaan Berisiko Tinggi

Panas Pm Tidak Sah Malaysia Dalam Keadaan Berisiko Tinggi

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 144 hits
August 12 2021 1 Telah menjadi rahsia terbuka YAB Perdana Menteri yang menerajui negara sekarang ini bukan sahaja menerajuinya tanpa mandat rakyat akan tetapi juga telah kehilangan suara majoriti di dalam Dewan Rakyat Walaupun pada zahirnya...
Kontraksi Yang Lama 18 20 Jam Diketagori Sebagai Poor Progress Labour Sangat Berisiko Untuk Ibu Bayi

Kontraksi Yang Lama 18 20 Jam Diketagori Sebagai Poor Progress Labour Sangat Berisiko Untuk Ibu Bayi

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 139 hits
Proses bersalin yang lama atau poor progress labour boleh menimbulkan beberapa komplikasi kepada ibu dan bayi Kelahiran bermaksud proses fisiologi di mana bayi dan uri dikeluarkan dari rahim Bagi kelahiran yang normal proses berlangsung sel...
Pembukaan Semula Sekolah Pada September Sangat Berisiko

Pembukaan Semula Sekolah Pada September Sangat Berisiko

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 121 hits
Kanak kanak mungkin terdedah kepada risiko lebih besar dengan pembukaan semula sekolah yang dijadualkan pada September ini KUALA LUMPUR Kanak kanak mungkin terdedah kepada risiko lebih besar dengan pembukaan semula sekolah yang dijadualkan ...
Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Catatan Hujung Minggu

Perlis Darul Kopi Ada 100 Port Untuk Ngopi Di Perlis

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Pendapat Pelabur Asing Kerajaan Melayu Kerajaan Korup

Maksud All Eyes On Rafah

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group

Majlis Rumah Terbuka Koperasi Norras Berhad



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Chonggu Experimental School By Bau Brearley Architects Urbanists In Shanghai China

Wang Ehsan Ke T Ganu Kelantan Tanda Kerajaan Madani Adil

Beraninya Kata Saya Pernah Bercinta Dengan Aliff Didi Astillah

Macc Proposes Criminal Charges In Case Involving Perlis Mb S Son

No Talks About Opening Uitm To Non Bumi Students Says Zambry

Singapore S New Pm Takes Office Pledging To Lead In His Own Way